{"id":31228,"date":"2023-08-01T04:56:29","date_gmt":"2023-08-01T04:56:29","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=31228"},"modified":"2023-08-01T08:51:54","modified_gmt":"2023-08-01T08:51:54","slug":"beza-ph-1-0-pimpinan-tun-mahathir-dan-ph-pimpinan-ds-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=31228","title":{"rendered":"BEZA PH 1.0 PIMPINAN TUN MAHATHIR DAN PH 2.0 PIMPINAN DS ANWAR"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">1. Perlu diingat bahawa yang memimpin kerajaan hari ini ialah seorang Perdana Menteri Muslim yang mengucap dua kalimah syahadah sama seperti Muslim yang lain, dan Pakatan Harapan 2.0 yang dipimpinnya kini jauh berbeza dengan Pakatan Harapan 1.0 pimpinan Tun Mahathir Mohamad\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">2. Rakyat masih belum lupa penjarahan harta dan aset negara yang berlaku ketika zaman Pakatan Harapan 1.0 pimpinan Mahathir yang juga seorang Muslim tetapi hanya membiarkan kebejatan dan kebobrokan berlaku<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">3. Di bawah beliau bukan sahaja ekonomi negara terjejas teruk dalam masa hanya 22 bulan malah kelemahannya itu turut mengesankan kehidupan rakyat, lebih teruk\u00a0agensi perisikan negara juga &#8216;<em>compromise<\/em>&#8216; sehingga keselamatan negara turut terjejas<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">4. Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 pimpinan Tun Mahathir termasuk DAP di bawah Lim Guan Eng ketika itu, hanya mahu menghumban pemimpin-pemimpin UMNO ke dalam penjara dalam satu siri &#8216;<em>witch-hunt<\/em>&#8216; Dan dendam yang panjang, termasuklah menjejaskan sistem kehakiman negara yang tidak melalui Suruhanjaya Pelantikan Hakim (JAC) seperti lazimnya<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">5. Bukan itu sahaja, kerajaan Pakatan Harapan 1.0 pimpinan Tun Mahathir dan DAP-Lim Guan Eng ketika itu amat bermaharajalela seumpama &#8220;kera mendapat bunga&#8221; dan &#8220;kaduk naik junjung&#8221; sehinggalah sanggup membelakangkan Raja-raja Melayu dan mahu meratifikasi ICERD dan Statut Rom<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">6. Ini menimbulkan bukan sahaja kemarahan dalam kalangan rakyat terutamanya orang Melayu malah Institusi DiRaja juga murka dan bermesyuarat bagi menghentikan tindakan jahat kerajaan Pakatan Harapan 1.0 pimpinan Tun Mahathir, sehingga tercetusnya himpunan membantah secara besar-besaran di ibukota<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">7. Selain itu, tragedi kematian seorang penjawat awam iaitu seorang anggota bomba dan penyelamat iaitu arwah Muhammad Adib tidak mendapat pembelaan di bawah kerajaan Tun Mahathir, walaupun beliau sendiri mengakui bahawa &#8220;Adib dipukul untuk membunuhnya&#8221;\u00a0<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">8. Perlu diingat, ketika tragedi berlaku, Tan Sri Mahiaddin Yassin merupakan Menteri Dalam Negeri di bawah Pakatan Harapan 1.0, mempunyai segala kuasa ketika itu untuk memberi keadilan penuh kepada ahli keluarganya namun tidak melakukannya<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">9. Lebih malang kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Mahiaddin selepas itu meneruskan &#8220;legasi kebodohan&#8221; Mahathir yang tidak membela kematian arwah Adib walaupun Mahkamah Koroner telah membuat keputusan bahawa arwah telah dipukul sehingga menyebabkan kematiannya<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">10. Pelbagai NGO yang &#8220;mesra-Mahiaddin&#8221; ketika itu juga mengetahui bagaimana sikap Menteri Dalam Negeri DS Hamzah Zainuddin di bawah Perikatan Nasional pimpinan Mahiaddin, yang biadap menengking seorang &#8216;ustaz&#8217; dalam NGO tersebut sambil berkata &#8220;Adib bukan terbunuh akibat dipukul tetapi dilanggar&#8221;<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">11. Bukankah pandangan Hamzah selaku Menteri KDN ini bertentangan dengan keputusan Mahkamah Koroner yang telahpun membuat keputusan bahawa arwah Adib terbunuh akibat kecederaan dipukul pada malam tragedi tersebut?<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">12. Malah lebih memalukan apabila NGO yang mesra-Mahiaddin tersebut digesa oleh pihak media agar membuat kenyataan media mendedahkan pandangan Hamzah, tetapi hanya &#8216;menikus&#8217; menutup mulut dengan alasan mempunyai banyak lagi agenda bersama Mahiaddin<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">13. Itu belum disentuh isu Tabung Haji yang teruk dijarah ketika zaman Pakatan Harapan 1.0 pimpinan Tun Mahathir yang juga diteruskan oleh Mahiaddin tanpa &#8216;<em>undo<\/em>&#8216; sedikitpun apa yang berlaku sehingga ribu hektar asetnya terlepas ke tangan orang bukan Islam<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">14. Bagaimana pula kontroversi yang terpalit antara Mahiaddin dan Peguam peribadinya Rosli Dahalan yang keduanya bermaharajalela ketika Perikatan Nasional memerintah? <\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">15. Jangan lupa juga kontroversi melibatkan pembinaan aplikasi MySejahtera serta pembelian dan pelaksanaan vaksin di bawah Mahiaddin dan Perikatan Nasional yang sepatutnya disiasat sehingga ke lubang cacing<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">16. Jika Pakatan Harapan 1.0 di bawah Tun Mahathir terpalit dengan isu ICERD dan Statut Rom yang cuba menghakis kedaulatan Raja-raja Melayu, di zaman Perikatan Nasional dan Mahiaddin pula berlakunya darurat dan Sidang Parlimennya dihalang walaupun Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bertitah agar ia dibuka segera<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">17. Rakyat masih belum lupa dan jijik dengan perlakuan Mahiaddin dan kerajaannya ketika itu termasuk PAS yang bersekongkol memperlekeh dan mempermainkan titah baginda yang mahukan Parlimen bersidang segera<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">18. Rakyat juga masih belum lupa dan jijik dengan perlakuan Mahiaddin dan Perikatan Nasional yang ingkar dan menolak mentah-mentah titah cadangan baginda untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan sedangkan sebelum itu mereka bermati-matian mahu menjadi kerajaan<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">19. Kemudian setiap hari &#8216;meroyan&#8217; mahu menumbangkan kerajaan apabila baginda Tuanku memperkenan Kerajaan Perpaduan antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional serta gabungan belasan parti-parti lain, serta DS Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri kesepuluh (PMX)<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">20. Hakikatnya ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan 1.0 pimpinan Tun Mahathir dan Perikatan Nasional pimpinan Mahiaddin hanya &#8220;dua kali lima&#8221;, apa yang dibuat Mahathir dan Pakatan Harapan 1.0 sebelum itu diteruskan oleh Mahiaddin dan Perikatan Nasional\u00a0<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">21. Persoalannya ialah;<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">a. Adakah semua kebejatan dan kebobrokan yang tersenarai di atas ini berlaku di bawah pimpinan DS Anwar selaku PMX yang disokong oleh Pakatan Harapan 2.0 dan juga Barisan Nasional atau berlaku di zaman Mahathir dan Mahiaddin memerintah? <\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">b. Adakah cubaan rafitikasi ICERD dan Statut Rom berlaku di zaman DS Anwar Ibrahim memerintah? <\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">c. Adakah LGBT di zaman DS Anwar kini telah dihalalkan atau kesucian agama Islam kini tergugat?<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">d. Adakah di bawah DS Anwar Ibrahim selaku PMX kedaulatan Raja-raja Melayu semakin tercabar atau Bahasa Melayu dan hak Bumiputera semakin terjejas?<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">e. Adakah DAP yang dahulu diterajui oleh Lim Guan Eng dan kuncu-kuncunya itu kini &#8216;bertaring&#8217; lagi di bawah Pakatan Harapan 2.0 pimpinan Anthony Loke yang realitinya jauh berbeza berbanding Pakatan Harapan 1.0?<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">f. Tanya juga diri sendiri sampai bilakah kita mahu hubungan Melayu &#8211; Cina terus tegang dengan pertembungan UMNO &#8211; DAP yang tidak berkesudahan sedangkan semuanya merupakan rakyat yang bernaung di bawah kerajaan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sejak dahulu lagi?\u00a0<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">22. Justeru, cukup-cukuplah Perikatan Nasional, Mahiaddin dan Bersatu, Haji Hadi dan PAS serta Tun Mahathir (yang telahpun ditolak oleh pengundi-pengundinya sendiri di Langkawi) mahu membodohkan dan memperdaya rakyat dengan retorik 3R (<em>Religion, Race, Royalty<\/em>) kononnya semakin terjejas di bawah DS Anwar Ibrahim\u00a0<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">23.<\/span><\/span><span style=\"font-size: 16px; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"> Sedangkan kerajaan pasca PRU-15 sedang mewarisi <\/span><em style=\"font-size: 16px; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">failed state<\/em><span style=\"font-size: 16px; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"> akibat kebejatan dan kebobrokan yang berlaku sejak 2018 di bawah Mahathir dan Mahiaddin, namun Kerajaan Perpaduan tetap berusaha mengembalikan negara ke landasan yang sepatutnya<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">24. Bagi penyokong-penyokong fanatik Perikatan Nasional dan Mahathir yang sengaja tidak mahu menerima realiti, jujurlah dengan diri sendiri dan jawab sahaja semua persoalan di atas &#8211; nescaya anda akan mendapat jawapan bahawa adakah<\/span><\/span><span style=\"font-size: 16px; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"> Tun Mahathir, Mahiaddin dan Perikatan Nasional boleh dipercayai lagi sedangkan mereka berdualah punca kepada segala-galanya?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">25. Namun jika masih mahu percaya dan sengaja mahu membiarkan diri anda ditipu berkali-kali, maka undilah Perikatan Nasional demi &#8216;menghalalkan&#8217; semua kebejatan dan kebobrokan yang berlaku di atas. <\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">Nescaya segala kebodohan yang berlaku sejak 2018 akan berulang kembali.<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 16px; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Cukup-cukuplah.<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>1. Perlu diingat bahawa yang memimpin kerajaan hari ini ialah seorang Perdana Menteri Muslim yang mengucap dua kalimah syahadah sama seperti Muslim yang lain, dan Pakatan Harapan 2.0 yang dipimpinnya kini jauh berbeza dengan Pakatan Harapan 1.0 pimpinan Tun Mahathir Mohamad\u00a0 2. Rakyat masih belum lupa penjarahan harta dan aset negara yang berlaku ketika zaman [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":31238,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"3","single_blog_custom":"18274","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"no-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"0","number_popup_post":"1","show_author_box":"1","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":"","disable_ad":"0"},"jnews_primary_category":{"id":"","hide":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[214,61],"tags":[158,1660,1843,1353,461,241,343,1402,242,790],"class_list":["post-31228","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-khas","category-rencana","tag-anwar","tag-darurat","tag-kehakiman","tag-kerajaan-perpaduan","tag-muhyiddin","tag-pakatan-harapan","tag-parlimen","tag-perikatan-nasional","tag-tun-mahathir","tag-ydp-agong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/31228","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=31228"}],"version-history":[{"count":9,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/31228\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31239,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/31228\/revisions\/31239"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/31238"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=31228"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=31228"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=31228"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}