{"id":31628,"date":"2023-08-15T14:57:49","date_gmt":"2023-08-15T14:57:49","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=31628"},"modified":"2023-08-15T14:57:49","modified_gmt":"2023-08-15T14:57:49","slug":"al-arqam-jemaah-islamiah-terbaik-di-dunia-dr-ramalan-yunus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=31628","title":{"rendered":"AL-ARQAM JEMAAH ISLAMIAH TERBAIK DI DUNIA &#8211; DR. RAMALAN YUNUS\u00a0"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hari ini Selasa 15 Ogos 2023 pada jam 3.40 pagi telah kembali ke rahmatullah sahabat dan kekanda saya Al Fadzil Ustaz Haji Abdul Halim Abbas, mantan Timbalan Yang DiPertua Yayasan Darul Arqam atau lebih dikenali sebagai Al-Arqam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Nota sederhana ini adalah sebagai satu tanda penghormatan dan penghargaan dari saya buat Almarhum sebagai seorang pendakwah. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Dalam nota ini saya ingin meninjau kembali Al-Arqam sebagai sebuah organisasi dakwah dan sumbangannya kepada dunia Islam dan apa yang boleh kita pelajari dari pengalaman mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini kerana Al-Arqam adalah kenderaan kepada perjuangan Almarhum sebagai seorang pendakwah dan seorang ahli strategi. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Bagi saya secara peribadi, mengenang Al-Arqam adalah mengenang Almarhum Al Fadzil Ustaz Abdul Halim Abbas.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini kerana beliau adalah antara salah seorang pengasas dan juga anggota kumpulan terawal yang menjadi tenaga penggerak dalam Al-Arqam. Ia<\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\"> adalah sebuah organisasi dakwah yang menurut pandangan saya sebagai yang terbaik di dunia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini kerana mereka dapat mengamalkan cara hidup Islam di dalam setiap aspek kehidupan mereka secara berjemaah. Baik dalam aspek Ibadat, munakahat mahupun dalam aspek muamalat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Berdasarkan pengamatan saya Al-Arqam adalah satu-satunya organisasi Islam yang mampu mengamalkan poligami juga secara berjamaah di dunia ini. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Ini adalah sesuatu yang unik dan istimewa serta merupakan ciri khas kepada jemaah Al-Arqam itu sendiri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Al-Arqam berjaya membentuk satu komuniti yang bebas dari sistem para elit global yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Kaedah dan pendekatan dakwah yang lembut dan penuh kasih sayang yang telah digunakan oleh Al-Arqam berjaya memikat perhatian masyarakat khususnya para pelajar di pengajian tinggi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Al-Arqam adalah jentera di sebalik kebangkitan Islam pada era 70an selain ABIM. Atas dasar itu Al-Arqam begitu dekat dengan Dato&#8217; Seri Anwar Ibrahim pada waktu itu. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Sistem pendidikan dan sistem ekonomi mereka dicemburui oleh banyak pihak.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Al-Arqam adalah organisasi pertama yang memperkenalkan istilah dan produk-produk halal di Malaysia. Ki<\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">ni istilah produk halal telah terkenal di seluruh dunia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Al-Arqam juga merupakan organisasi pertama yang memperkenalkan apa yang dikenali hari ini sebagai Menu Rahmah. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Pendekatan konsep Rahmah ini bukan sahaja diaplikasikan di restoran-restoran mereka bahkan dalam semua sektor perniagaan yang mereka ceburi di seluruh dunia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun populariti dan perhatian yang mereka perolehi sama ada dari dalam negara mahupun dari luar negara kepada organisasi ini pada akhirnya mengundang padah. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Akibat kepentingan politik pada masa itu maka perancangan licik untuk menjatuhkan dan membinasakan Al-Arqam telah dilaksanakan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Salah satu faktornya juga mungkin kerana hubungan rapat mereka dengan Dato&#8217; Seri Anwar Ibrahim. A<\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">kibatnya Darul Arqam telah diharamkan secara rasmi oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1994.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun sayap ekonomi dan entiti korporatnya iaitu Global Ikhwan yang sebelum itu dikenali sebagai Rufaqa terus wujud sehingga ke hari ini malah sudah berkembang ke seluruh dunia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Global Ikhwan adalah satu-satunya entiti korporat yang telah berjaya membentuk model &#8220;<em>community base economy<\/em>&#8221; atau apa yang sedang dipromosikan kini oleh World Economic Forum sebagai &#8220;<em>stakeholder capitalism.&#8221;<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Model ekonomi seperti ini yang diperlukan oleh pihak kerajaan untuk mengisi Wawasan Malaysia Madani. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Dalam keadaan Kerajaan Perpaduan sendiri masih teraba-raba untuk mencari model dan kaedah ekonomi yang terbaik maka adalah wajar model ekonomi Global Ikhwan diberikan perhatian.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kalau tidak dengan tujuan untuk &#8216;diarus-perdanakan&#8217;\u00a0<\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">sekurang-kurangnya boleh dijadikan sebagai model alternatif. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Pihak kerajaan wajar memberikan peranan kepada Global Ikhwan untuk menjadi pemandu dan peneraju kepada pembangunan ekonomi halal.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selain dari ekonomi, sistem pendidikan Al-Arqam juga boleh dijadikan model untuk membangunkan cara hidup Islam dalam era Malaysia Madani. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Sistem pendidikan Al-Arqam berjaya menerapkan semangat dan nilai-nilai keusahawanan di peringkat anak-anak kecil lagi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pasti ramai yang masih ingat dengan anak-anak yang berserban dan berjubah mengetuk pintu rumah untuk menjual majalah, suratkhabar dan pelbagai lagi produk Al-Arqam. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Majalah dan suratkhabar mereka menjadi begitu popular pada waktu itu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Inilah konsep &#8220;<em>action learning<\/em>&#8221; yang semakin popular di zaman <em>All Digital<\/em> yang bakal menggantikan konsep pendidikan arus perdana. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Konsep ini akan dapat membebaskan negara dari masalah pengangguran dan hutang pendidikan atau masalah &#8220;<em>unemployment and student debt<\/em>&#8220;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Begitulah serba sedikit yang dapat saya sampaikan mengenai Al Arqam untuk pengetahuan generasi hari ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Akhir kalam marilah sama-sama kita mendoakan semoga Allah SWT mengampuni segala dosa-dosa Almarhum dan menempatkan beliau di kalangan hamba-hambaNya yang soleh.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Allahumma Aamiin.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dato&#8217; Dr Ramalan Yunus<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Penganalisis politik &amp; ekonomi bebas<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hari ini Selasa 15 Ogos 2023 pada jam 3.40 pagi telah kembali ke rahmatullah sahabat dan kekanda saya Al Fadzil Ustaz Haji Abdul Halim Abbas, mantan Timbalan Yang DiPertua Yayasan Darul Arqam atau lebih dikenali sebagai Al-Arqam. Nota sederhana ini adalah sebagai satu tanda penghormatan dan penghargaan dari saya buat Almarhum sebagai seorang pendakwah. Dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":31630,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"3","single_blog_custom":"18274","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"no-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"0","number_popup_post":"1","show_author_box":"1","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":"","disable_ad":"0"},"jnews_primary_category":{"id":"","hide":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[2780,2392,2781,2779],"class_list":["post-31628","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-al-arqam","tag-halal","tag-perniagaan","tag-ustaz-haji-abdul-halim-abbas"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/31628","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=31628"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/31628\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31631,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/31628\/revisions\/31631"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/31630"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=31628"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=31628"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=31628"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}