{"id":31793,"date":"2023-08-23T02:30:57","date_gmt":"2023-08-23T02:30:57","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=31793"},"modified":"2023-08-23T02:30:57","modified_gmt":"2023-08-23T02:30:57","slug":"anwar-bukan-pilihan-rakyat-dr-ramalan-yunus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=31793","title":{"rendered":"ANWAR BUKAN PILIHAN RAKYAT &#8211; DR. RAMALAN YUNUS\u00a0"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Tun Mahathir mengulangi lagi kenyataannya bahawa Anwar bukan Perdana Menteri pilihan rakyat. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Ya, memang benar Anwar bukan Perdana Menteri pilihan rakyat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dato&#8217; Seri Anwar ialah Perdana Menteri yang dipilih dan dilantik oleh DYMM Tuanku Agong untuk memimpin Kerajaan Perpaduan yang dititahkan pembentukannya oleh baginda. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Ini kerana selepas PRU-15, tidak ada satupun gabungan parti-parti politik yang mendapat majoriti mudah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini bukan masalah. Ini solusi dari Istana Negara untuk menyelesaikan konflik politik dan krisis ekonomi yang sedang melanda negara. Pers<\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">oalannya ialah kenapa seorang tokoh besar dan ahli politik yang cukup berpengalaman seperti Tun Mahathir tidak dapat menerima kenyataan ini? <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Apa lagi yang beliau mahukan? <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Mahu jadi Perdana Menteri lagi sekali? <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Beliau sudahpun mendapat peluang sebanyak dua kali menjadi Perdana Menteri Malaysia untuk membuktikan kemampuannya mentadbir negara ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tempoh pentadbirannya cukup panjang. Iaitu selama 22 tahun dan ditambah lagi dengan 22 bulan. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Namun beliau terbukti gagal menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia yang baik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Gaya kepemimpinannya dan strategi politiknya telah membuatkan rakyat Malaysia membenci UMNO semasa beliau menjadi Perdana Menteri keempat Malaysia. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Pelbagai gelaran dan label yang buruk telah diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap beliau pada waktu itu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dasar-dasar pentadbirannya seperti dasar perindustrian, dasar automotif dan dasar penswastaan telah memiskinkan orang Melayu dan menyebabkan mereka terpinggir di negara sendiri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kegagalannya yang paling ketara ialah apabila beliau tidak berjaya memulihkan kembali nilai ringgit kepada nilai asalnya sebelum krisis matawang pada tahun 1997. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Dari krisis tersebut bermula era bajet defisit sehinggalah ke hari ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kejayaan yang dibanggakan oleh para penyokong Tun Mahathir agak berlebihan dan sebenarnya hanyalah bersifat kosmetik semata-mata. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Tidak ada satupun projek beliau yang mampu mengatasi kejayaan Felda, Petronas dan lain-lain projek yang diwujudkan di zaman Tun Abdul Razak Hussein.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kali kedua menjadi Perdana Menteri Malaysia prestasi beliau lebih buruk lagi. Ekonomi negara yang berjalan baik di zaman Dato&#8217; Seri Najib terus merudum di tangannya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jadi secara peribadi sebagai seorang usahawan dan ahli kewangan yang faham tentang ilmu politik dan ekonomi, saya akan mengenang beliau sebagai seorang pemimpin yang gagal. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Kejayaannya di mata saya hanya sekadar menjadi pemecah-belah penyatuan dan perpaduan orang Melayu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bayangkan apa yang akan Tun Mahathir lakukan jika beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia pada hari ini?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya masih ingat lagi apabila berlaku krisis dalam UMNO pada tahun 1987 dan apa yang telah beliau lakukan atas alasan untuk mengekalkan kestabilan politik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Beliau telah menangkap beratus-ratus ahli-ahli politik yang menentangnya dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam satu operasi besar-besaran yang dipanggil Operasi Lalang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Begitu juga apabila timbul lagi krisis dalam UMNO pada tahun 1998 berikutan pemecatan Dato&#8217; Seri Anwar Ibrahim dari UMNO. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Ramai penyokong-penyokong Dato&#8217; Seri Anwar Ibrahim telah ditangkap dan ditahan dengan menggunakan ISA.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tidak cukup sekadar itu, beliau telah berjaya memujuk dan merayu musuh-musuh politiknya untuk bersama-sama beliau menyerang Dato&#8217; Seri Najib Razak. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Pelbagai pembohongan, fitnah dan persepsi buruk yang dilemparkan kepada Dato&#8217; Seri Najib dan UMNO-BN demi untuk memenangi PRU-14.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya kira ramai yang masih ingat dengan kenyataannya di Dewan Rakyat bahawa manifesto bukan kitab suci.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kini untuk kekal relevan dalam dunia politik, beliau melancarkan gerakan Proklamasi Melayu yang saya sifatkan sebagai satu gerakan anti tesis terhadap pembinaan sebuah negara bangsa yang berasaskan kepada konsep Malaysia Madani.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Penyatuan Melayu versi Tun Mahathir dan PN cacat logik dan cacat dari segi definisinya. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Mana tidaknya konon anti DAP tetapi mereka berusaha membunuh UMNO.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kalau benar jujur dan ikhlas mahu menyatukan Melayu, bubarkan semua parti Melayu dan masuk ke dalam UMNO. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Bukankah itu jauh lebih baik dari berusaha membunuh UMNO yang mempunyai sejarah yang panjang dan jasa yang besar terhadap rakyat dan negara ini?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Adakah beliau akan dikenang sebagai hero bangsa Melayu moden kalau berjaya membunuh UMNO? <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Saya masih gagal meraba logik berfikir Tun Mahathir.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya kira sudah sampai masanya untuk Dato&#8217; Seri Anwar melakukan kaedah dan pendekatan yang sama seperti Tun Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri Malaysia. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Langkah-langkah yang tegas perlu diambil atas nama kestabilan politik dan demi kesejahteraan serta kemakmuran rakyat dan negara ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini kerana teguran dari pihak Istana kelihatannya tidak mampu mengurangkan keghairahan beliau untuk terus menyerang Dato&#8217; Seri Anwar dan Kerajaan Perpaduan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kita tidak boleh membuang masa hanya untuk melayani segelintir politikus yang begitu rakus dengan kuasa dan jawatan. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Masa yang masih tersisa harus digunakan sepenuhnya untuk menangani isu-isu ekonomi dan kewangan yang kritikal.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kita tidak akan berjaya memulihkan ekonomi dan kewangan kita kalau sekadar bersandar kepada nasihat dari World Bank dan IMF. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Segala bentuk bantuan dan pinjaman kewangan dari badan-badan tersebut hanya akan mengikat kita kepada mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kita sedang berada dalam keadaan yang luar biasa. Kaedah dan pendekatan yang lebih radikal dan ekstrem perlu diperkenalkan. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Kita mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri untuk bangkit sebagai satu kuasa ekonomi baru di zaman <em>All Digital<\/em> ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebagai seorang usahawan dan seperti usahawan-usahawan yang lain, saya hanya mahukan kestabilan politik untuk terus berusaha bagi menyara diri dan keluarga.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebagai pengamat politik dan ekonomi pula, saya hanya mahu melihat rakyat Malaysia bernegara menurut prinsip-prinsip dalam Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Itu sahaja kemahuan dan kepentingan saya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dato&#8217; Dr Ramalan Yunus<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Penganalisis politik &amp; ekonomi bebas<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tun Mahathir mengulangi lagi kenyataannya bahawa Anwar bukan Perdana Menteri pilihan rakyat. Ya, memang benar Anwar bukan Perdana Menteri pilihan rakyat. Dato&#8217; Seri Anwar ialah Perdana Menteri yang dipilih dan dilantik oleh DYMM Tuanku Agong untuk memimpin Kerajaan Perpaduan yang dititahkan pembentukannya oleh baginda. Ini kerana selepas PRU-15, tidak ada satupun gabungan parti-parti politik yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":31795,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"3","single_blog_custom":"18274","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"no-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"0","number_popup_post":"1","show_author_box":"1","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":"","disable_ad":"0"},"jnews_primary_category":{"id":"","hide":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[61,212],"tags":[158,2225,1353,242,790],"class_list":["post-31793","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","category-utama","tag-anwar","tag-dr-ramalan-yunus","tag-kerajaan-perpaduan","tag-tun-mahathir","tag-ydp-agong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/31793","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=31793"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/31793\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31794,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/31793\/revisions\/31794"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/31795"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=31793"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=31793"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=31793"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}