{"id":32017,"date":"2023-08-28T00:29:16","date_gmt":"2023-08-28T00:29:16","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=32017"},"modified":"2023-08-28T00:29:16","modified_gmt":"2023-08-28T00:29:16","slug":"biar-lebih-islamik-dr-ramalan-yunus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=32017","title":{"rendered":"BIAR LEBIH ISLAMIK &#8211; DR. RAMALAN YUNUS\u00a0"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Saya menyokong penuh perlaksanaan modul penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah-sekolah kerajaan. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Kalau boleh bukan sekadar Hadis 40 tetapi sistem pendidikan negara seharusnya berasaskan kepada Islam. Ini kerana kita adalah sebuah negara Islam. Bukan negara sekular.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya juga berharap penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi tersebut hendaklah menurut tafsiran para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bukan aliran selain dari aliran itu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini kerana aliran lain selain dari Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ia juga bertentangan dengan amalan majoriti umat Islam di negara ini sejak zaman berzaman.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini amat penting bagi mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat umat Islam di negara ini. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Dalam masa yang sama kita juga tidak boleh membiarkan pengaruh aliran-aliran lain berkembang luas di negara ini tanpa sebarang kawalan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perkara seperti itu tidak baik untuk kesatuan dan persatuan umat Islam di negara ini. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Cukuplah dengan apa yang telah berlaku setakat ini. Hari ini kita melihat bagaimana umat Islam berpecah belah kerana berpunca dari perbezaan aliran pemikiran dalam Islam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini kerana aliran selain dari aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah agak ekstrem dan tidak sesuai diamalkan di negara ini yang secara tradisinya berpegang kepada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya juga berpendapat sebaiknya murid-murid bukan Islam juga turut dilibatkan dan digalakkan untuk mengikuti modul tersebut. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Mempelajari Islam bukan bermakna mereka harus memeluk agama Islam atau akan dipaksa untuk memeluknya tetapi untuk lebih memahami ajaran Islam serta umat Islam itu sendiri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ada beberapa kebaikan yang akan mereka perolehi kesan dari mengikuti perlaksanaan modul tersebut. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Paling utama, sebagai rakyat Malaysia, mempelajari tentang Islam itu sebenarnya adalah merupakan tanggungjawab kenegaraan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini kerana berdasarkan kepada Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan telah dinyatakan secara jelas bahawa Islam adalah agama negara. Jadi negara ini mempunyai agama dan agamanya adalah Islam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebagai sebuah negara, kenyataan tersebut membawa maksud bahawa Islam adalah merupakan cara hidup bernegara di negara ini. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Sebagai warganegara Malaysia maka seluruh rakyat Malaysia terikat dengan akujanji itu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Atas dasar itu bukankah menjadi sesuatu yang menghairankan apabila seorang warganegara dalam sebuah negara Islam tidak tahu apa-apa mengenai Islam?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mengikuti modul tersebut juga akan dapat menambah kefahaman mereka tentang ajaran agama Islam yang sebenar. Pasti kelak mereka akan dapat membezakan antara Islam dan umat Islam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini kerana pada hari ini, tidak ramai di kalangan umat Islam yang mampu menjadi &#8216;duta&#8217; yang baik kepada agama Islam itu sendiri. Sikap umat Islam hari ini sudah jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ajaran Islam yang sebenar bersifat <em>moderate<\/em> dan bertoleransi tinggi. Ia juga menitikberatkan soal adab dan akhlak yang mulia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Soal adab dan akhlak sebenarnya begitu penting untuk hidup rukun dan damai dalam sesebuah negara khususnya negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya kira sudah sampai masanya Islam bangun untuk memimpin Malaysia. Ia harus dimulai dengan memimpin sistem pendidikan negara agar negara ini menjadi lebih Islamik. Bukannya menjadi lebih sekular dan demokratik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Semoga anak cucu kita nanti lebih kenal selawat Nabi Muhammad SAW berbanding lagu-lagu pop.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dato&#8217; Dr Ramalan Yunus<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Penganalisis politik &amp; ekonomi bebas<\/span><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya menyokong penuh perlaksanaan modul penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah-sekolah kerajaan. Kalau boleh bukan sekadar Hadis 40 tetapi sistem pendidikan negara seharusnya berasaskan kepada Islam. Ini kerana kita adalah sebuah negara Islam. Bukan negara sekular. Saya juga berharap penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi tersebut hendaklah menurut tafsiran para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":32019,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"3","single_blog_custom":"18274","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"no-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"0","number_popup_post":"1","show_author_box":"1","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":"","disable_ad":"0"},"jnews_primary_category":{"id":"","hide":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[122,212],"tags":[1566,2098,2225,2813,2026,703],"class_list":["post-32017","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bicara-agama","category-utama","tag-adab","tag-akhlak-islam","tag-dr-ramalan-yunus","tag-hadis-40","tag-pelajar-sekolah","tag-perlembagaan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/32017","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=32017"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/32017\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":32018,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/32017\/revisions\/32018"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/32019"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=32017"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=32017"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=32017"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}