{"id":3394,"date":"2018-09-05T15:45:43","date_gmt":"2018-09-05T15:45:43","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=3394"},"modified":"2018-09-05T15:45:43","modified_gmt":"2018-09-05T15:45:43","slug":"najib-azmin-gagal-memahami-br1m-dan-b40","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=3394","title":{"rendered":"NAJIB: AZMIN GAGAL MEMAHAMI BR1M DAN B40"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">5 September 2018<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Semalam di Dewan Negara, Menteri Hal-Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali membuat kenyataan agak pelik mendakwa BR1M ialah satu rasuah dan bantuan itu dianggap bukti bahawa kerajaan BN gagal untuk membantu golongan B40.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Alasan diberikan Azmin Ali, ini kerana kerajaan BN gagal untuk mempertingkatkan golongan B40 menjadi golongan M40.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Saya percaya Menteri Hal Ehwal Ekonomi ini keliru dengan kefahaman konsep ekonomi dan matematik beliau.<\/span><\/p>\n<div class=\"text_exposed_show\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Pada setiap masa, golongan B40 memang akan wujud. Ini konsep matematik asas!<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">B40 bermakna kumpulan rakyat berpendapatan 40% paling rendah. Oleh itu, ini tidak bermakna jika kesemua golongan B40 dipertingkat menjadi M40 maka tiada lagi kewujudan golongan B40.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Contohnya, B40 adalah dari pendapatan RM4,000 sebulan namun jika pendapatan rakyat meningkat satu kali ganda pada masa depan, B40 akan diklasifikasi daripada mereka yang terima pendapatan RM8,000 sebulan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Pada setiap masa juga, akan ada keluarga yang keluar dari kumpulan B40 akibat kenaikan pendapatan mereka dan ada keluarga yang baru masuk ke dalamnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Mungkin Menteri ekonomi kita kurang faham. BR1M bukan sekadar skim bagi membasmi kemiskinan. Untuk tujuan itu, ada banyak lagi skim lain dijalankan seperti di bawah jabatan kebajikan dan skim 1Azam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Tujuan utama BR1M ialah satu kaedah pengagihan semula pendapatan daripada golongan 60 peratus kumpulan terkaya kepada golongan 40 peratus pendapatan terendah dan sebagai penggerak ekonomi terutama di luar bandar atau di bandar kecil. Itu tujuan sebenarnya dan penting dalam mengurangkan jurang pendapatan di Malaysia antara yang kaya dengan miskin dan bandar dengan luar bandar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Wang dari GST yang kita perolehi dari golongan yang kaya, yang mengelak cukai dan dari ekonomi gelap yang kebanyakannya di bandar besar, kita dapat agih dan pulangkan kepada golongan B40 yang biasanya di luar bandar ataupun bandar kecil untuk meningkatkan pendapatan dan merancakkan ekonomi tempatan mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Konsep &#8220;<em>direct cash transfer<\/em>&#8221; dan pulangkan duit GST kepada golongan B40 ini bukan perkara baru dalam segi ekonomi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Antara banyak lagi negara, negara jiran kita Singapura juga ada skim seperti BR1M yang mereka memberi nama &#8220;<em>GST Voucher<\/em>&#8221; yang dibayar setiap tahun.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Untuk tahun 2018, Singapura membayar SGD1 billion (RM3 bilion) kepada 1.6 juta warganegara yang berpendapatan SGD28,000 setahun dan ke bawah iaitu purata SGD625 (RM1,875) seorang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Saya hendak tanya Azmin: Adakah kerajaan Singapura telah gagal ataupun mereka membeli atau memanjakan rakyat mereka juga kerana mereka ada skim seperti BR1M?<\/span><\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak 5 September 2018 Semalam di Dewan Negara, Menteri Hal-Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali membuat kenyataan agak pelik mendakwa BR1M ialah satu rasuah dan bantuan itu dianggap bukti bahawa kerajaan BN gagal untuk membantu golongan B40. Alasan diberikan Azmin Ali, ini kerana kerajaan BN gagal untuk mempertingkatkan golongan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":3395,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"override_template":"0","override":[{"template":"1","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}]},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":{"enable_post_split":"0","post_split":[{"template":"1","tag":"h2","numbering":"asc","mode":"normal"}]},"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[148,437,295,253],"class_list":["post-3394","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-azmin","tag-br1m","tag-gst","tag-najib"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3394","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3394"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3394\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3396,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3394\/revisions\/3396"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3395"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3394"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3394"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3394"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}