{"id":34504,"date":"2025-07-09T20:25:35","date_gmt":"2025-07-09T12:25:35","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=34504"},"modified":"2025-07-09T21:28:25","modified_gmt":"2025-07-09T13:28:25","slug":"cerita-sabah-di-mata-dunia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=34504","title":{"rendered":"CERITA SABAH DI MATA DUNIA?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><em>SURAT PEMBACA<\/em> | Kemunculan sebuah platform media dikenali sebagai Borneo.TV menjadi tajuk bualan hangat dalam kalangan orang ramai terutamanya penggiat seni kreatif di Sabah.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Segelintir penggiat seni kreatif tempatan \u201cterasa dipinggirkan\u201d apabila tidak terlibat dengan kelahiran saluran media <em>online<\/em> yang baru berusia seminggu lebih ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ada juga yang mempertikaikan halatuju entiti media penyiaran tersebut yang dikendalikan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dengan kerjasama sebuah syarikat swasta dari luar Sabah. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kenapa bukan orang kita yang menerajuinya? Tidak kurang juga, komen &#8216;nakal&#8217; yang menganggap kewujudan Borneo.TV ini hanya strategi kerajaan menjelang PRN DUN Sabah tahun ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jelas, persoalan ini akan terus bermain di media sosial dalam tempoh singkat ini sambil mereka menunggu variasi kandungan yang akan disajikan dengan tema \u201c<em>Cerita Sabah di Mata Dunia<\/em>\u201d. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Daripada sudut pandang saya secara peribadi, persepsi negatif ini sebenarnya perlu diiringi dengan kewarasan dan rasional seseorang itu dalam menilai sejauh mana manfaat Borneo.TV kepada kita.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Realitinya, kita sedang menjalani kehidupan dalam dunia serba moden yang semakin <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">canggih dari semasa ke semasa. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kebergantungan kepada stesen media konvensional atau arus perdana pada masa kini <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">semakin merosot dengan adanya dunia media digital yang dijadikan platform alternatif untuk <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">perkongsian berita semasa, karya seni kreatif dan sosio-budaya masyarakat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Borneo.TV merupakan langkah yang tepat untuk Kerajaan Negeri Sabah manfaatkan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">sepenuhnya sebagai saluran utama mengangkat suara dan wajah anak-anak Sabah di <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">persada antarabangsa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bukan sesuatu yang mudah namun kita perlu bermula dari sekarang untuk mengorak <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">langkah ke depan menggunakan segala kemudahan yang ada di depan mata. Kalau kita <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">lambat, sampai bila kita \u201c<em>mau bubut<\/em>\u201d (kejar) kepesatan teknologi yang berkembang pantas <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">setiap detik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saluran media digital seperti Selangor TV dan TVS di Sarawak adalah inspirasi yang baik <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">untuk kita contohi. Justeru, jalinan kerjasama perlu dilakukan bersama agensi terlibat dalam <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">usaha meningkatkan kemahiran dan pengalaman dalam bidang penyiaran. Persaingan itu <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">sudah pasti wujud, tapi imej dan jenama kita tampilkan membezakan kita.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">MESTI ADA 3K!<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Menjawab isu kenapa syarikat luar yang diberi tanggungjawab mengendalikan saluran ini? <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jawapannya\u2026 pengalaman adalah segala-segalanya. Mengurus dan mengekalkan sebuah <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">saluran media khususnya berkonsepkan TV ini memerlukan mereka yang berpengalaman <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">dalam bidang penyiaran TV.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya yakin di Sabah Negeri di Bawah Bayu belum ada individu atau entiti yang pernah <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">membuka stesen penyiaran TV secara menyeluruh. Pengalaman syarikat yang dilantik itu <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya dalam masa yang ada ini bergantung kepada <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">tempoh kerjasama mereka.\u00a0<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini penting untuk legasi Borneo.TV dapat diteruskan oleh anak <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">watan Sabah pada masa akan datang.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hakikatnya memang ada banyak syarikat produksi atau kita panggil <em>production house<\/em> yang <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">sedia ada di Sabah namun kredibliti syarikat luar ini tidak boleh disangkal dengan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">pengalaman sebelum ini di stesen televisyen arus perdana. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa yang penting sekarang ialah 3K iaitu kemahiran, kos dan komitmen. Ini wajib ada dan terus dipertingkatkan dari semasa ke <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">semasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">i. KEMAHIRAN<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kita seharusnya mengambil peluang keemasan ini untuk belajar sesuatu daripada syarikat <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">yang mengendalikan Borneo.TV. Melihat kepada pengalaman mereka, kita perlu <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">memahirkan diri sendiri meneroka dunia televisyen seiring dengan teknologi masa kini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Daripada sudut teknikal khususnya, kelengkapan fasiliti kejuruteraan penting dalam <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">memastikan kualiti kandungan siaran mencapai standard yang ditetapkan. Kemahiran ini <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">perlu dikuasai dengan kemudahan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang boleh menjadi <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">nilai tambah kepada Borneo.TV pada masa akan datang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ii. KOS<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kalau ada pengalaman, ada ilmu, ada kemahiran tetapi kedudukan kewangan tidak stabil <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">akan menjadi faktor yang bakal merencatkan operasi sesebuah entiti media penyiaran. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pengendali perlu mengkaji pendekatan terbaik dalam menjalankan operasi dengan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">kemudahan teknologi sedia ada sebagai permulaan. Kos tinggi mencecah jutaan ringgit <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">diperlukan untuk mengupah tenaga kerja serta melengkapkan peralatan teknikal dalam <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">tempoh terdekat ini. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh itu, pengurusan kewangan yang baik perlu ada di samping idea <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">baharu untuk menjana pendapatan saluran media ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">iii. KOMITMEN<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Borneo.TV ini bukan strategi PRN maka komitmen tinggi diperlukan dalam memastikan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">saluran tersebut terus relevan walau tampuk pemerintahan kerajaan negeri bersilih ganti. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kepentingan utama adalah objektif wujudnya Borneo.TV membawa Cerita Sabah di Mata <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dunia terus konsisten sampai bila-bila.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">LAMA, APA TUNGGU LAGI?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bak kata orang putih \u201c<em>We All Have To Start Somewhere<\/em>\u201d, sesungguhnya kita perlu <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">menggunakan pendekatan positif menyambut baik wujudnya Borneo.TV ini dan impaknya <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">kepada industri kreatif Sabah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Permulaan yang baik daripada Kerajaan Negeri Sabah untuk memartabatkan seni kreatif <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">tempatan. Saya ingin melihat jalinan kerjasama Borneo.TV ini bersama agensi media lain <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">yang berkaitan dan paling penting, kolaborasi bersama institusi pendidikan di Sabah untuk <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">menggembleng bakat dan potensi anak muda dari bangku sekolah lagi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Contohnya, Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang memiliki fakulti seni memerlukan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">pendedahan untuk para pelajar sebelum mengakhiri pengajian mereka dan berjuang dalam <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">dunia pekerjaan serba mencabar nanti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selain itu, sesi libat urus perlu diadakan bersama penggiat seni kreatif tempatan untuk <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">menentukan format dan kualiti karya seni yang boleh diketengahkan bersama dalam saluran <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ini. Kerjasama erat antara kita penting memastikan visi dan misi Borneo.TV dapat <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">direalisasikan dan boleh dibanggakan sehingga ke peringkat antarabangsa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jangan terlampau \u201c<em>karas<\/em>\u201d (keras) menerima sesuatu yang baharu. Lembutkan hati cari <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">solusi terbaik untuk membangunkan prestasi dan membuka potensi lebih besar dalam dunia <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">seni kreatif dari Negeri di Bawah Bayu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Adakah anda mahu melihat Sabah ada Stesen TV dan Radio sendiri dalam masa 10 tahun <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">akan datang? Bukan sekadar mimpi..Sudah tentu impian ini harus menjadi realiti dan kita <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">perlu bekerjasama menjayakannya satu hari nanti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Borneo.TV semoga maju jaya!<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">MRS &#8211; Anak Borneo di Kuala Lumpur<\/span><\/em><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">(<em>Penulis berkongsi pandangan berdasarkan pengalamannya dalam bidang penyiaran dan<\/em><\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><em>pemberitaan selama hampir 20 tahun<\/em>)<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SURAT PEMBACA | Kemunculan sebuah platform media dikenali sebagai Borneo.TV menjadi tajuk bualan hangat dalam kalangan orang ramai terutamanya penggiat seni kreatif di Sabah.\u00a0 Segelintir penggiat seni kreatif tempatan \u201cterasa dipinggirkan\u201d apabila tidak terlibat dengan kelahiran saluran media online yang baru berusia seminggu lebih ini. Ada juga yang mempertikaikan halatuju entiti media penyiaran tersebut yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":34513,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"subtitle":"","format":"standard","override":[{"template":"1","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","post_calculate_word_method":"str_word_count","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"1","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post_label":"Sponsored by","disable_ad":"0"},"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":{"override_bookmark_button":"0","override_show_bookmark_button":"0"},"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"percentage","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"view_counter_number":"0","share_counter_number":"0","like_counter_number":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":{"post_split":[{"template":"1","tag":"h2","numbering":"asc","mode":"normal","first":"0","enable_toc":"0","toc_type":"normal"}]},"footnotes":""},"categories":[61,212],"tags":[3012,3015,3045,3023,3046,3047],"class_list":["post-34504","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","category-utama","tag-borneo-tv","tag-ib-media-consultant-works-sdn-bhd","tag-rms","tag-sekretariat-sabah-maju-jaya","tag-tv-sarawak","tag-ums"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/34504","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=34504"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/34504\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34516,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/34504\/revisions\/34516"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/34513"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=34504"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=34504"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=34504"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}