{"id":35289,"date":"2026-06-18T20:27:56","date_gmt":"2026-06-18T12:27:56","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=35289"},"modified":"2026-06-18T20:27:56","modified_gmt":"2026-06-18T12:27:56","slug":"as-iran-meterai-perjanjian-damai-awal-rundingan-isu-nuklear-diteruskan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=35289","title":{"rendered":"AS-IRAN METERAI PERJANJIAN DAMAI AWAL, RUNDINGAN ISU NUKLEAR DITERUSKAN"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><strong style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">PARIS, 18 Jun<\/strong><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\"> \u2013 Amerika Syarikat (AS) dan Iran menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) bagi menamatkan konflik antara kedua-dua negara, sekali gus membuka laluan kepada rundingan lanjut mengenai program nuklear Tehran dalam tempoh 60 hari akan datang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perjanjian yang ditandatangani Presiden AS, Donald Trump, dan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian itu berkuat kuasa serta-merta dan dianggap sebagai langkah diplomatik paling penting sejak tercetusnya peperangan antara kedua-dua negara pada penghujung Februari lalu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Antara kandungan utama memorandum itu ialah pembukaan semula Selat Hormuz kepada pelayaran antarabangsa tanpa sebarang caj bagi tempoh 60 hari, penamatan semua bentuk sekatan ekonomi AS terhadap Iran serta cadangan pelan pembinaan semula Iran bernilai AS$300 bilion.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bagaimanapun, isu paling kritikal iaitu program nuklear Iran masih belum dimuktamadkan dan akan dirundingkan secara berasingan dalam tempoh yang dipersetujui, yang boleh dilanjutkan sekiranya kedua-dua pihak mencapai persetujuan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Trump, yang menandatangani dokumen itu ketika menghadiri Sidang Kemuncak G7 di Perancis, berkata perjanjian berkenaan mampu mengelakkan kemelesetan ekonomi global susulan gangguan bekalan tenaga akibat konflik tersebut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Beliau bagaimanapun memberi amaran bahawa tindakan ketenteraan terhadap Iran akan diteruskan sekiranya rundingan akhir gagal mencapai persetujuan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8220;<em>Saya tidak mahu dunia berdepan malapetaka ekonomi. Namun jika tiada penyelesaian dicapai, pilihan ketenteraan masih ada,<\/em>&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Memorandum itu turut menyatakan Iran mengulangi komitmennya untuk tidak memperoleh atau membangunkan senjata nuklear.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selain itu, uranium yang telah diperkaya akan dicairkan (down-blended) di dalam negara di bawah pemantauan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), berbeza daripada tuntutan awal Washington yang mahu bahan berkenaan dipindahkan keluar dari Iran.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sementara itu, Yang Dipertua Parlimen Iran yang juga ketua perunding negara itu, Mohammad Bagher Ghalibaf, menegaskan Tehran masih berhati-hati terhadap komitmen Washington.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Menurutnya, Iran masih bersedia mengambil tindakan balas sekiranya rundingan gagal menghasilkan penyelesaian yang memuaskan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Beliau turut memberi bayangan bahawa Iran mungkin mengenakan semula caj kepada kapal-kapal yang melalui Selat Hormuz selepas tempoh 60 hari yang diperuntukkan dalam memorandum itu berakhir.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pengumuman perjanjian berkenaan memberi kesan positif kepada pasaran global apabila harga minyak mentah Brent susut kira-kira satu peratus dalam dagangan awal Asia, walaupun masih berada pada paras lebih tinggi berbanding sebelum konflik bermula.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam perkembangan berkaitan, perjanjian itu turut menetapkan penamatan segera operasi ketenteraan di semua medan termasuk di Lubnan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bagaimanapun, perkembangan tersebut menimbulkan persoalan apabila Israel memaklumkan ia tidak bercadang menarik tenteranya dari Lubnan dan meneruskan serangan terhadap Hezbollah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Trump turut menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, supaya mengurangkan intensiti operasi ketenteraan bagi memastikan proses damai yang sedang diusahakan tidak tergugat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sementara itu, perjanjian berkenaan menerima kritikan daripada ahli politik di Washington, termasuk dalam kalangan Parti Republikan sendiri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mereka mempersoalkan cadangan dana pembinaan semula Iran bernilai AS$300 bilion serta menyifatkan memorandum itu gagal menyelesaikan isu utama seperti program peluru berpandu Iran dan sokongan Tehran terhadap kumpulan proksi di Asia Barat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walaupun begitu, pentadbiran Trump menegaskan dana berkenaan bukan melibatkan wang pembayar cukai AS, sebaliknya bertujuan menggalakkan pelaburan antarabangsa dalam usaha membangunkan semula ekonomi Iran selepas konflik berakhir.<\/span><\/p>\n<p><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-35291 aligncenter\" src=\"https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/IMG-20260618-WA0100-200x300.jpg\" alt=\"\" width=\"200\" height=\"300\" srcset=\"https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/IMG-20260618-WA0100-200x300.jpg 200w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/IMG-20260618-WA0100-682x1024.jpg 682w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/IMG-20260618-WA0100-768x1152.jpg 768w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/IMG-20260618-WA0100-750x1125.jpg 750w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/IMG-20260618-WA0100.jpg 853w\" sizes=\"(max-width: 200px) 100vw, 200px\" \/><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PARIS, 18 Jun \u2013 Amerika Syarikat (AS) dan Iran menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) bagi menamatkan konflik antara kedua-dua negara, sekali gus membuka laluan kepada rundingan lanjut mengenai program nuklear Tehran dalam tempoh 60 hari akan datang. Perjanjian yang ditandatangani Presiden AS, Donald Trump, dan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian itu berkuat kuasa serta-merta dan dianggap [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":35292,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"subtitle":"","format":"standard","override":[{"template":"1","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","post_calculate_word_method":"str_word_count","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","show_comment_section":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"1","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post_label":"Sponsored by","disable_ad":"0"},"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":{"override_bookmark_button":"0","override_show_bookmark_button":"0"},"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"percentage","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"view_counter_number":"0","share_counter_number":"0","like_counter_number":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":{"post_split":[{"template":"1","tag":"h2","numbering":"asc","mode":"normal","first":"0","enable_toc":"0","toc_type":"normal"}]},"footnotes":""},"categories":[212,285],"tags":[3219,3010,3109,602],"class_list":["post-35289","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-utama","category-dunia","tag-14-rangka-kerja-iran-us","tag-konflik-iran-israel","tag-masoud-pezeshkian","tag-trump"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/35289","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=35289"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/35289\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":35293,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/35289\/revisions\/35293"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/35292"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=35289"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=35289"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=35289"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}