{"id":35442,"date":"2026-08-01T11:14:39","date_gmt":"2026-08-01T03:14:39","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=35442"},"modified":"2026-08-01T22:03:48","modified_gmt":"2026-08-01T14:03:48","slug":"analisis-prn-negeri-sembilan-bn-pn-dijangka-bentuk-kerajaan-24-hingga-26-kerusi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=35442","title":{"rendered":"ANALISIS PRN NEGERI SEMBILAN: BN-PN DIJANGKA BENTUK KERAJAAN, 24 &#8211; 26 KERUSI"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">SEREMBAN, 1 Ogos \u2014 Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka mempunyai kelebihan untuk membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini, dengan penilaian semasa meletakkan gabungan itu berpotensi memenangi antara 24 hingga 26 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pakatan Harapan (PH) pula diunjurkan memperoleh antara 10 hingga 12 kerusi, dengan sebahagian besar kekuatannya dijangka kekal tertumpu di kawasan bandar, campuran dan beberapa kerusi marginal.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Negeri Sembilan memerlukan sekurang-kurangnya 19 kerusi bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Penilaian itu dibuat berdasarkan analisis keputusan pilihan raya terdahulu, data demografi, perkembangan calon, indikator awam, maklumat sumber terbuka (OSINT), analisis pergerakan sokongan serta maklumat kerja lapangan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walaupun BN dan PN mempunyai kelebihan struktur dalam penilaian semasa, keputusan sebenar masih bergantung kepada beberapa pemboleh ubah utama, terutama kadar keluar mengundi mengikut kawasan, kekuatan calon serta kesan pertandingan Bersatu di kerusi yang tidak ditandingi BN atau PN.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">BN-PN ada kelebihan, tetapi beberapa kerusi tetap berisiko<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Struktur pertandingan kali ini memberi kelebihan tertentu kepada BN dan PN selepas kedua-dua blok itu membahagikan sebahagian besar kerusi yang ditandingi di mana\u00a0<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">BN bertanding di 25 kerusi dan dan PN pula di 11 kerusi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bagaimanapun, struktur itu tidak sepenuhnya menghasilkan pertandingan dua penjuru antara BN-PN vs PH kerana Bersatu turut bertanding secara berasingan di 24 kerusi.\u00a0<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Keadaan itu menjadikan Bersatu antara pemboleh ubah paling penting dalam menentukan keputusan di beberapa kawasan majoriti Melayu yang mempunyai margin kemenangan kecil.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Undi Bersatu berpotensi mengurangkan margin BN di sesetengah kawasan, menjejaskan PN di kawasan lain atau sekadar menjadi undi tambahan yang tidak mengubah keputusan sekiranya jurang antara calon utama cukup besar.\u00a0<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh itu, kerjasama BN-PN tidak boleh dianggap secara automatik menghasilkan pemindahan undi 100 peratus antara penyokong kedua-dua parti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kesan sebenar bergantung kepada penerimaan pengundi terhadap kerjasama tersebut, kekuatan calon, struktur jentera dan keupayaan setiap parti menggerakkan penyokong pada hari mengundi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Isu adat dan institusi negeri turut menjadi faktor<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selain faktor parti dan calon, isu berkaitan institusi adat, Undang serta hubungan antara pentadbiran negeri dengan struktur tradisional Negeri Sembilan berpotensi menjadi antara faktor yang mempengaruhi sentimen pengundi, khususnya di kawasan luar bandar dan luak tertentu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bagaimanapun, kesan isu berkenaan tidak semestinya seragam di seluruh negeri.\u00a0<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Analisis semasa di lapangan menunjukkan isu tersebut berpotensi mengurangkan keberkesanan mesej berkaitan ekonomi dan prestasi pentadbiran PH di sesetengah kawasan, tetapi magnitudnya bergantung kepada tahap kepentingan isu kepada pengundi setempat, demografi, calon dan kekuatan jentera.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pengundi muda juga menjadi kelompok penting dalam menentukan keputusan.\u00a0<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mereka tidak boleh dianggap sebagai satu blok politik yang secara automatik memihak kepada mana-mana gabungan kerana pilihan mereka turut dipengaruhi identiti parti, keluarga, komuniti, isu tempatan, calon, media sosial dan tahap mobilisasi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam beberapa kawasan, pengundi muda Melayu menunjukkan kecenderungan yang lebih memihak kepada BN-PN, manakala pengundi muda Cina dilihat lebih konsisten menyokong PH. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Justeru, persoalan utama bukan hanya jumlah pengundi muda, tetapi pihak yang berjaya membawa mereka keluar mengundi, yang lebih dipercayai.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Linggi dan Sikamat antara kerusi penentu<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Antara kerusi yang mendapat perhatian khusus ialah Linggi dan Sikamat, terutama selepas Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, berpindah untuk bertanding di Linggi. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perubahan itu mempunyai implikasi terhadap kedua-dua kawasan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Di Linggi, Aminuddin perlu mempertahankan kedudukan politiknya melalui kerusi baharu, manakala Sikamat kehilangan faktor penyandang yang selama ini menjadi antara elemen penting kepada kekuatan PH.\u00a0<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kedua-dua kerusi itu perlu dilihat secara berpasangan kerana keputusan di Linggi dan Sikamat boleh memberikan gambaran lebih jelas mengenai tahap kekuatan sebenar PH selepas perubahan calon.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Beberapa kerusi lain turut dikenal pasti sebagai kawasan yang mempunyai tahap sensitiviti tinggi, antaranya Klawang, Ampangan, Sungai Lui, Palong, Jeram Padang, Lenggeng, Juasseh, Seri Menanti, Senaling dan Kota.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perubahan kecil pada margin kemenangan di beberapa kerusi berkenaan boleh menentukan sama ada BN-PN berada pada paras minimum 24 kerusi atau bergerak ke arah jumlah yang lebih tinggi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Chennah jadi ujian kepada kekuatan PH<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Chennah pula mempunyai nilai tersendiri dalam membaca kekuatan PH di kawasan campuran.\u00a0<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kerusi tersebut mempunyai komponen pengundi Melayu yang besar selain pengundi Cina dan India, sekali gus menjadikannya tidak sesuai dilihat semata-mata sebagai kerusi bandar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malah penyandangnya Anthony Loke Siew Fook dilihat calon &#8216;<em>heavyweight<\/em>&#8216;, kerana beliau ialah Setiausaha Agung DAP, nescaya mempertahankan &#8216;maruah&#8217; kerusi berkenaan lebih utama berbanding di DUN lain, hatta kerusi Aminuddin sendiri dilihat tidak sepenting di Chennah.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kedudukan Loke itu memberikan nilai simbolik kepada DAP, namun kekuatan personaliti calon tidak semestinya menjadikan sesebuah kerusi itu bakal selamat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Keputusan di Chennah boleh menjadi antara petunjuk sama ada PH terutama DAP masih mampu mengekalkan kelebihan di kawasan campuran apabila faktor nasional, tempatan dan calon bertembung secara serentak.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Unjuran 24-26 kerusi kekal sebagai senario utama<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Berdasarkan penilaian keseluruhan, 24 hingga 26 kerusi untuk BN-PN kekal sebagai senario paling munasabah.\u00a0<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam keadaan itu, PH dijangka memperoleh antara 10 hingga 12 kerusi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bagaimanapun, kebarangkalian ini turut mengenal pasti kemungkinan BN-PN mencapai 27 hingga 29 kerusi sekiranya beberapa faktor bergerak serentak memihak kepada gabungan berkenaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Antaranya ialah pemindahan undi BN-PN yang lebih berkesan, mobilisasi pengundi Melayu yang lebih tinggi, undi Bersatu yang tidak cukup besar untuk mengubah keputusan di kerusi marginal serta kadar keluar mengundi yang lebih rendah di kawasan bandar dan campuran berbanding jangkaan PH.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Senario itu bagaimanapun dianggap sebagai had atas (<em>upper-bound<\/em>) dan bukannya unjuran utama.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Penilaian ini turut mengiktiraf kemungkinan BN-PN hanya memperoleh sekitar 20 hingga 21 kerusi jika berlaku kebocoran undi Bersatu yang ketara, pemindahan undi antara BN dan PN tidak berlaku seperti dijangka, PH berjaya meningkatkan keluar mengundi di kawasan bukan Melayu serta berjaya mempertahankan sebahagian besar kerusi marginal. Apatah lagi sudah timbul isu PH menggunakan politik wang dan sudah ada laporan polis serta tangkapan dibuat.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam senario tersebut, BN-PN masih mempunyai peluang membentuk kerajaan tetapi dengan majoriti yang jauh lebih kecil.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Data alternatif tidak boleh diketepikan<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Penilaian utama 24 hingga 26 kerusi juga tidak bermaksud semua indikator menunjukkan arah yang sama.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Unjuran yang dikaitkan dengan Ong Kian Ming, sekitar 23 hingga 25 kerusi untuk BN-PN, dilihat relatif hampir dengan <em>baseline<\/em> analisis ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebaliknya, data Vodus menunjukkan senario yang jauh lebih kompetitif untuk PH, dengan unjuran 17 kerusi untuk PH, 15 BN dan dua PN, selain dua kerusi yang dianggap terlalu rapat untuk ditentukan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walaupun kaedah tinjauan dalam talian dan saiz sampel 437 responden mengehadkan penggunaannya sebagai penentu tunggal keputusan, dapatan tersebut tetap penting sebagai <em>counter-indicator<\/em> yang menunjukkan kemungkinan PH lebih kompetitif daripada yang digambarkan oleh model utama.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Angka 22 kerusi BN-PN yang dikaitkan dengan Ilham Centre pula perlu dilihat dengan berhati-hati sekiranya sumber primer atau metodologi asal tidak dapat disahkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perbezaan antara pelbagai unjuran menunjukkan bahawa persoalan utama bukan sekadar siapa memperoleh undi popular lebih banyak, tetapi sejauh mana undi tersebut berjaya diterjemahkan kepada kerusi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tiga faktor terakhir menentukan keputusan<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Secara keseluruhan, BN-PN mempunyai kelebihan struktur yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Negeri Sembilan, namun tahap dominasi sebenar masih belum boleh dipastikan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tiga pemboleh ubah dijangka paling penting dalam menentukan keputusan akhir ialah:<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pertama, kadar keluar mengundi mengikut demografi dan kawasan;<\/span><\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kedua, jumlah sebenar undi yang diperoleh Bersatu di kerusi yang ditandinginya secara berasingan; dan<\/span><\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ketiga, keberkesanan pemindahan undi antara penyokong BN dan PN.<\/span><\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sekiranya ketiga-tiga faktor tersebut bergerak seperti yang diunjurkan, BN-PN berpotensi mencapai 24 hingga 26 kerusi dan membentuk kerajaan dengan majoriti yang selesa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun, sekiranya berlaku &#8216;kebocoran&#8217; undi yang lebih besar daripada jangkaan atau PH berjaya menghasilkan mobilisasi tinggi di kawasan bandar dan campuran, jurang kemenangan boleh menjadi jauh lebih kecil.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Justeru, 24 hingga 26 kerusi kekal sebagai penilaian utama, manakala 27 hingga 29 kerusi dianggap senario terbaik dan 20 hingga 21 kerusi sebagai senario risiko rendah bagi BN-PN.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri Sembilan hari ini akhirnya akan menjadi ujian terhadap sejauh mana struktur pertandingan, pola pengundian, kekuatan calon dan mobilisasi jentera yang dikenal pasti dalam analisis ini berjaya diterjemahkan kepada keputusan sebenar di 36 DUN. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa yang lebih penting, ia juga akan turut mempengaruhi kerjasama di peringkat nasional pada PRU ke-16 kelak, sama ada akan timbul blok baharu berwarna biru melawan warna merah ataupun ia kekal dengan kerjasama yang sama dalam Kerajaan Perpaduan.\u00a0<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEREMBAN, 1 Ogos \u2014 Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka mempunyai kelebihan untuk membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini, dengan penilaian semasa meletakkan gabungan itu berpotensi memenangi antara 24 hingga 26 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Pakatan Harapan (PH) pula diunjurkan memperoleh antara 10 hingga 12 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":35444,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"subtitle":"","format":"standard","override":[{"template":"1","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","post_calculate_word_method":"str_word_count","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","show_comment_section":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"1","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post_label":"Sponsored by","disable_ad":"0"},"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":{"override_bookmark_button":"0","override_show_bookmark_button":"0"},"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"percentage","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"view_counter_number":"0","share_counter_number":"0","like_counter_number":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":{"post_split":[{"template":"1","tag":"h2","numbering":"asc","mode":"normal","first":"0","enable_toc":"0","toc_type":"normal"}]},"footnotes":""},"categories":[61,214,212],"tags":[3224,240,241,1402,2729],"class_list":["post-35442","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","category-khas","category-utama","tag-adat-negeri-sembilan","tag-barisan-nasional","tag-pakatan-harapan","tag-perikatan-nasional","tag-prn-negeri-sembilan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/35442","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=35442"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/35442\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":35446,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/35442\/revisions\/35446"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/35444"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=35442"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=35442"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=35442"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}