{"id":5283,"date":"2018-11-07T15:51:15","date_gmt":"2018-11-07T15:51:15","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=5283"},"modified":"2018-11-08T06:12:15","modified_gmt":"2018-11-08T06:12:15","slug":"pelik-zaini-hassan-kecam-utusan-selama-ini-tidak-berkecuali","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=5283","title":{"rendered":"INSAFLAH ZAINI DARI SENTIASA MENYALAHKAN UTUSAN"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>Zaini kata Utusan selama ini buat silap kerana tidak bersikap berkecuali<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Penolong Ketua Pengarang\u00a01 Kumpulan Utusan,\u00a0Datuk Zaini\u00a0Hassan akan meninggalkan Utusan setelah hampir 30 tahun bersama &#8216;akhbar UMNO&#8217; ini. Beliau pergi meninggalkan &#8216;bekas&#8217; di hati, bagaimana\u00a0 tidak setujunya beliau &#8220;Utusan tidak berkecuali&#8221;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Zaini kata Utusan buat kesalahan besar selama ini kerana akhbar ini sepatutnya berkecuali walaupun dimiliki oleh sebuah parti politik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selaku seorang pengamal media, tidak seperti bos baru beliau iaitu Datuk\u00a0Abd\u00a0Aziz Sheikh Fadzir, yang merupakan seorang ahli politik, Zaini sepatutnya lebih cerdik dari Aziz untuk menulis dengan menyemak fakta dan bersikap adil, yang Aziz sendiri tidak lakukan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>Zaini sendiri perlu berkecuali<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Zaini sepatutnya mengambil pendirian berkecuali walaupun beliau mungkin cenderung memihak kepada mana-mana parti politik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Zaini sendiri kelihatan &#8216;takut&#8217; kerana sejak pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan, beliau tidak berani mengkritik dan membidas kerajaan di sebalik segala macam kepincangan, kelemahan, penipuan dan melanggar &#8216;<em>rule of law<\/em>&#8216; malah asyik memuji pemimpin Pakatan Harapan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sepatutnya beliau menghabiskan masa dari 9 Mei sehingga kini, kurang 2 hari genap 6 bulan Pakatan Harapan berkuasa untuk &#8216;menegur&#8217; mana-mana kepincangan, kelemahan dan penipuan oleh kerajaan Pakatan Harapan.<\/span><\/p>\n<p><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-5287\" src=\"https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2018\/11\/g-233x300.png\" alt=\"\" width=\"748\" height=\"963\" srcset=\"https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2018\/11\/g-233x300.png 233w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2018\/11\/g-466x600.png 466w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2018\/11\/g.png 514w\" sizes=\"(max-width: 748px) 100vw, 748px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>Kenapa Utusan,\u00a0Roketkini, Keadilan dan Harakah pro-parti masing-masing?<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebagai sebuah akhbar yang dimiliki oleh UMNO maka Utusan diwajibkan untuk bersikap pro-UMNO. Ini bukan satu kesalahan dan tidak perlu terlalu cerdikpun untuk memahami perkara ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Akhbar yang boleh dilihat sebagai berkecuali mungkin hanya akhbar yang dimiliki oleh syarikat ataupun milik individu tertentu seperti akhbar Sinar, yang dimiliki oleh\u00a0Datuk Hussamuddin\u00a0Yaacub.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun jika beliau berkecenderungan memihak kepada mana-mana parti politik, tentunya &#8216;<em>direction<\/em>&#8216; akhbar Sinar akan condong ke arah pro-parti yang disukai oleh pemiliknya dan mereka masih tidak mampu &#8216;berkecuali&#8217;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Seperti berita yang tidak dimiliki oleh sebarang parti walaupun dikaitkan dengan DAP iaitu Malaysiakini, namun jelas mereka sendiri\u00a0pro-pembangkang sebelum PRU-14. Selepas PRU-14 mereka menyesuaikan diri dengan melaporkan sebarang berita dari kedua-dua belah pihak namun masih mengekalkan kecenderungan mereka sebagai pro-Pakatan Harapan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>Ini hanyalah &#8216;<em>common sense<\/em>&#8216; dan amat pelik Zaini gagal memahaminya<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Zaini sendiri adalah seorang pengamal media selama hampir 30 tahun, malah &#8216;<em>Gen-Y<\/em>&#8216; atau &#8216;<em>Gen-WeChat<\/em>&#8216;\u00a0 hari inipun boleh faham dengan mudah mengenai perkara ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apatah lagi sekiranya Utusan yang dimiliki oleh UMNO, jika pengurusan tertingginya tidak pro-UMNO, maka sebaiknya UMNO gantikan Ketua Pengarangnya atau UMNO sendiri keluar dari jadi pemegang saham terbesar Utusan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>Utusan &#8216;tidak berkecuali&#8217; sama seperti Roketkini, Keadilan, Harakah dan Malaysiakini<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa manfaatnya jika memiliki sebuah akhbar namun pengurusan akhbar itu sendiri mentohmah kembali pemegang saham utamanya? Cuba Zaini bertanyakan akhbar milik DAP (Roketkini), PAS (Harakah), dan Keadilan (Suara Keadilan), adakah mereka berkecuali?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pernah Zaini lihat Harakah mentohmah atau hentam Tuan Guru Haji Hadi dan pimpinan tertinggi PAS?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pernah Zaini lihat Roketkini mentohmah atau hentam Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pernah Zaini lihat Keadilan hentam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan tertingginya?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>Utusan sama seperti akhbar lain, tidak mengkritik Presiden dan pimpinan tertinggi UMNO<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maka Zaini tidak akan lihat Utusan mentohmah atau hentam Tun Mahathir, Pak Lah, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan kini Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan tertinggi UMNO lainnya kerana ini adalah sikap biasa sesuatu akhbar milik sesebuah parti yang menjaga Presiden parti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tidak perlu malu untuk bekerja dalam akhbar seperti ini yang kononnya tidak berkecuali namun haruslah Zaini mempunyai harga diri jika tidak bersetuju sejak sekian lama, berhenti dan mencari kerja dalam &#8220;syarikat akhbar yang berkecuali&#8221;. Jika tiada di negara ini, Zaini boleh berhijrah ke negara mencari akhbar impiannya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tidak perlu beliau menunggu sehingga 30 tahun dalam akhbar yang tidak berkecuali ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>Presiden arah ataupun restu jika akhbar parti mengkritik pemimpin ataupun bekas pemimpin<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika Zaini ada melihat sebarang akhbar yang dimiliki parti seperti Utusan ini mentohmah atau hentam pimpinan tertinggi mereka, maka ini bermakna Presiden parti itu sendiri yang arahkan atau merestui tindakan akhbar tersebut bertindak demikian. Namun perkara ini jarang-jarang berlaku.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sama seperti sebelum ini Utusan melalui Pengerusi Eksekutifnya, menggunakan nama samaran &#8216;Awang Selamat&#8217; mentohmah bekas Presiden parti iaitu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, tanpa memperincikan sebarang bukti yang kukuh, sekadar &#8216;bukti video&#8217; dari wartawan nakal.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Parti akan dilihat lemah dan tidak mampu menjaga pemimpin<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tindakan Presiden arah atau merestui perkara ini sebenarnya hanya akan menyusahkan dan memalukan UMNO sendiri, kerana itulah tiada parti lain seperti DAP, PKR ataupun PAS yang pernah mengambil tindakan seperti ini kerana mereka tahu parti mereka akan dilihat sebagai lemah apabila bertindak demikian.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Zahid dan UMNO perlu belajar daripada parti DAP, PAS dan PKR bagaimana\u00a0mengawal media mereka sendiri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Akhbar pro-parti tetap mempertahan pemimpinnya<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maka kerana inilah setiap akhbar pro-parti tidak akan mampu menjadi berkecuali sampai bila-bila. Jika ada salah laku pemimpin mereka yang didakwa namun masih belum disabitkan, mereka akan mendokongnya bahkan jika dipenjarakan sekalipun, mereka akan melaungkannya sebagai salah guna kuasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Inilah ciri-ciri akhbar pro-parti yang sepatutnya, iaitu tetap mempertahankan pemimpin mereka dalam apa jua keadaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>Impian Zaini mengenai &#8216;Akhbartopia&#8217;<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hanyalah satu impian jika Zaini mengimpikan satu akhbar yang &#8220;seratus-peratus berkecuali&#8221;, mungkin hanya akan berlaku jika Zaini membuat akhbarnya sendiri dan bersikap berkecuali mengikut acuannya.\u00a0 <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Belum tentu mendapat sambutan kerana hakikatnya pembaca sendiri tidak berkecuali, n<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">amun Zaini boleh jadikan cadangan ini sebagai cabaran buat beliau mewujudkan akhbar yang seratus-peratus berkecuali.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Insaflah Zaini, jangan cakap sahaja berdegar-degar, tetapi diri sendiri memihak.<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Zaini kata Utusan selama ini buat silap kerana tidak bersikap berkecuali Penolong Ketua Pengarang\u00a01 Kumpulan Utusan,\u00a0Datuk Zaini\u00a0Hassan akan meninggalkan Utusan setelah hampir 30 tahun bersama &#8216;akhbar UMNO&#8217; ini. Beliau pergi meninggalkan &#8216;bekas&#8217; di hati, bagaimana\u00a0 tidak setujunya beliau &#8220;Utusan tidak berkecuali&#8221;. Zaini kata Utusan buat kesalahan besar selama ini kerana akhbar ini sepatutnya berkecuali walaupun [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":5284,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"override_template":"0","override":[{"template":"1","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}]},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":{"enable_post_split":"0","post_split":[{"template":"1","tag":"h2","numbering":"asc","mode":"normal"}]},"footnotes":""},"categories":[211,212],"tags":[692,159,196,697],"class_list":["post-5283","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-laporan","category-utama","tag-aziz-sheikh-fadzir","tag-umno","tag-utusan","tag-zaini-hassan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5283","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5283"}],"version-history":[{"count":13,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5283\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5301,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5283\/revisions\/5301"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5284"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5283"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5283"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5283"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}