{"id":5364,"date":"2018-11-11T15:21:49","date_gmt":"2018-11-11T15:21:49","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=5364"},"modified":"2018-11-19T15:22:14","modified_gmt":"2018-11-19T15:22:14","slug":"halatuju-kami-perutusan-rasmi-pengerusi-gagasan-tiga-g3-raggie-jessy","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=5364","title":{"rendered":"HALATUJU KAMI: PERUTUSAN RASMI PENGERUSI GAGASAN TIGA (G3), RAGGIE JESSY"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato\u2019 Azwanddin Hamzah selaku Penasihat Kehormat Tetap Gagasan Tiga (G3), dan juga saudara Amran Ahmad Nor, selaku Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga (G3), kerana diberi kepercayaan dan mandat menerajui gabungan NGO-NGO terbesar yang pernah termeterai dalam sejarah tanahair kita ini.<\/span><\/p>\n<h4 style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saudara-saudari yang dihormati sekalian,<\/span><\/h4>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bermulanya usaha menubuhkan Gagasan Tiga (G3) ini adalah hasil dari pelbagai pertemuan dan perbincangan yang diadakan di antara Dato\u2019 Azwanddin dan saya sendiri selama tempoh beberapa bulan bermula sejurus selepas tamatnya pilihanraya umum ke-14 (PRU-14).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pertemuan dan perbincangan tersebut menjurus ke arah satu kata sepakat, di mana Dato\u2019 Azwanddin dan saya bersetuju untuk membentuk satu gagasan kumpulan-kumpulan yang diterajui orang-orang Islam, terdiri daripada NGO-NGO dan aktivis-aktivis yang ingin memartabatkan kedudukan Raja-Raja Melayu di sisi Perlembagaan dan kaca mata rakyat sebagai Raja Berperlembagaan dan Ketua Agama Islam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perbincangan kami turut menekankan betapa perlunya gagasan tersebut demi memelihara kesucian agama Islam, di samping menjaga kebajikan ummah dan memupuk penyatuan umat Islam di seluruh negara, baik dari pangkal hinggalah ke pucuk dan bukan hanya bertumpu kepada barisan pimpinan politik yang sedia ada.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Justeru, satu pertemuan yang dipengerusikan oleh Dato\u2019 Azwanddin di pejabat Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bersama wakil-wakil beberapa NGO, termasuk Pergerakan Malaysiaku Tanahairku pimpinan saya sendiri, dan Consent Malaysia, pimpinan saudara Amran, telah memutuskan untuk menubuhkan Gagasan Tiga (G3), iaitu satu Gagasan perpaduan berunsur \u201cKuasa Ketiga\u201d (<em>Third Force<\/em>) bagi memenuhi empat objektif utama yang digariskan dalam pertemuan tersebut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Objektif-objektif tersebut adalah:<\/span><\/p>\n<ul style=\"text-align: justify;\">\n<li><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>Memelihara kesucian agama Islam<\/strong><\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>Memupuk penyatuan Melayu<\/strong><\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>Memperkasakan keunggulan Institusi Raja-Raja<\/strong><\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>Menjaga kebajikan ummah<\/strong><\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pertemuan yang julung kali diadakan itu berlangsung pada 1 November 2018 dan diputuskan untuk melantik saya sebagai Pengerusi Gagasan Tiga (G3) dan Amran sebagai Penolong Pengerusi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sejurus kemudian, barisan kepimpinan Gagasan Tiga (G3) yang baru dilantik tersebut mengisytiharkan berlangsungnya mesyuarat pertama Gagasan Tiga (G3), sekaligus menyaksikan perlantikan Dato\u2019 Azwaddin Hamzah sebagai Penasihat Kehormat Tetap Gagasan Tiga (G3).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tertubuhnya Gagasan Tiga (G3) ini adalah atas kesedaran, bahawa kuasa-kuasa politik Melayu-Islam yang sedia ada di tanahair ini telah lama diterajui barisan-barisan kepimpinan yang tidak muak dan jemu bertelagah, baik sesama sendiri di dalam kelompok politik yang sehaluan pandangan ideologinya mahupun di antara kelompok-kelompok politik yang berbeza pandangan ideologi.<\/span><\/p>\n<h4 style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saudara-saudari yang dihormati sekalian,<\/span><\/h4>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sudah jelas lagi bersuluh, bahawa barisan kepimpinan Islam dan kelompok politik sedia ada lebih mementingkan kuasa dan kedudukan masing-masing di \u201ctakhta politik tanahair\u201d dari melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah demi memelihara dan menyatukan umat-Nya ke arah perlaksanaan syariah Islam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Alangkah ajaibnya, bahawa sungguhpun barisan kepimpinan Melayu-Islam ini telah bertahun melaung-laungkan perlunya umat Islam bersatu, namun mereka sendiri tidak pernah bermuzakarah ke arah penyatuan dengan seikhlas mungkin sambil mengenepikan kepentingan kuasa, wang dan kedudukan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saban tahun saya perhatikan, bahawa setiap kali adanya ura-ura akan berlaku satu pertemuan di antara pemimpin-pemimpin Melayu-Islam ke arah penyatuan kelompok politik berteraskan Islam, sudah pasti isu kuasa dan kedudukan dimainkan pihak-pihak berkepentingan sehinggakan tidak pernah tercapainya kata sepakat di antara kuasa-kuasa politik Melayu-Islam di tanahair tercinta ini.<\/span><\/p>\n<h4 style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saudara-saudari yang dihormati sekalian,<\/span><\/h4>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Negara kita telah menikmati kemerdekaan selama 61 tahun.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Amat menyedihkan, bahawa di dalam 61 tahun tersebut, bukan hanya pemimpin-pemimpin Melayu-Islam gagal menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah dalam menyatukan kaum Muslimin dan Muslimat, mereka lebih giat bertelagah untuk merebut kuasa, sehinggakan telah wujud pelbagai kelompok sosio-politik yang jauh tersasar dari nilai peradaban Islam dan budaya Melayu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sesungguhnya, peradaban inilah yang menekankan akan perlunya hamba Allah memiliki dan memelihara akidah, ilmu, akhlak dan nilai-nilai norma masyarakat yang murni, seperti bertoleransi, tolong menolong, menghormati agama lain, bersifat sederhana serta amalan-amalan yang mencerminkan nilai-nilai yang baik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Umat Islam di tanahair tercinta ini perlu faham, bahawa peradaban inilah yang mampu mengatasi segala ancaman dari puak-puak fasiq dan munafiq yang kian lama kian bersekongkol dengan musuh-musuh Islam, semata-mata kerana dijanjikan kuasa, wang dan kedudukan sekiranya berjaya memecah-belahkan umat Islam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sekiranya asas-asas peradaban ini tidak diendahkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu Islam dalam konteks kepimpinan negara, dan sekiranya pemimpin-pemimpin tersebut terus-menerus membelakangkan nilai peradaban Islam demi mengejar kuasa, wang dan kedudukan, maka sudah tentu ia akan menjurus ke arah keruntuhan sesebuah tamadun Islam yang terulung di rantau Asia Tenggara dan tersungkurnya suatu peradaban Islam yang terulung di bumi Allah ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Asas-asas peradaban inilah yang telah lama diperjuangkan Tuan Guru Dato\u2019 Seri Haji Abdul Awang, yang saban tahun menekankan akan perlunya umat Allah memiliki sifat kesederhanaan dan toleransi dalam bermuzakarah ke arah penyatuan ummah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malangnya, sifat-sifat murni yang dimiliki pemimpin seperti Dato\u2019 Seri Haji Abdul Awang inilah yang menjadi nadi penggerak kepada puak-puak fasik dan munafik memperkasakan usaha mereka untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin Melayu-Islam demi mengejar kuasa, wang dan kedudukan.<\/span><\/p>\n<h4 style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saudara-saudari yang dihormati sekalian,<\/span><\/h4>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Wujudnya puak-puak fasik dan munafik yang berkepentingan ini telah menjurus kepada perpecahan ummah dan secara tidak langsung membuka ruang kepada kelompok-kelompok politik pimpinan bukan Islam seperti DAP untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin Melayu-Islam ke arah kesesatan akidah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tingkah-laku beberapa pemimpin dari kelompok politik pimpinan kaum bukan Islam inilah yang telah menyebabkan pemimpin-pemimpin daripada PAS dan UMNO mencurah lebih banyak tenaga selama berdekad lamanya untuk membuktikan \u2018ke-Islaman\u2019 masing-masing daripada berusaha untuk menyatukan ummah menerusi muzakarah perpaduan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tidak dapat dinafikan, bahawa ketidakmampuan UMNO untuk berkerjasama dengan PAS telah juga didorong oleh pemimpin-pemimpin berkepentingan dari kedua-dua parti tersebut, yang tidak pernah jemu mematahkan segala apa usaha kerjasama yang dirancang barisan kepimpinan masing-masing kerana khuatir akan dipinggirkan sekiranya parti-parti tersebut bergabung.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Alangkah sedihnya, bahawa tindak-tanduk puak-puak berkepentingan ini akhirnya menjurus kepada berpecahnya PAS dan UMNO dan tertubuhnya parti-parti yang entah ke mana nilai peradaban Islamnya, seperti Amanah, PKR dan PPBM.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malah, wujudnya parti Amanah pimpinan golongan yang saya kira sesat dari segi keimanan barisan kepimpinannya kepada Allah SWT merupakan contoh yang paling baik bagi menjelaskan bagaimana puak-puak politik pimpinan kaum bukan Islam seperti DAP berjaya melaga-lagakan pemimpin-pemimpin Melayu-Islam, sehinggakan wujudnya dua parti Islam (PAS dan Amanah) yang masing-masing mengakui bahawa Islam merekalah yang lebih hebat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perpecahan parti-parti pimpinan Melayu-Islam seperti inilah yang akhirnya mengucar-kacirkan suasana politik tempatan, sehinggakan wujudnya perpecahan di kalangan umat Islam baik di arena politik kebangsaan mahupun di peringkat perkampungan dan institusi kekeluargaan.<\/span><\/p>\n<h4 style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saudara-saudari yang dihormati sekalian,<\/span><\/h4>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sudah sampai masanya kaum Melayu-Islam mengambil satu langkah ke belakang dan mengimbas kembali kesilapan-kesilapan lampau, sambil berkata, \u201cCukuplah, cukuplah kami dilaga-lagakan sebegini sehingga tersungkurnya parti-parti pimpinan Melayu-Islam di tanahair sendiri.\u201d<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ya, katakanlah, bahawa sudah cukup kami dipaksa melutut dan meminta belas kasihan dari golongan-golongan fasik dan munafik yang bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin bukan-Islam tertentu untuk memecah-belahkan ummah, sehingga tersungkurnya satu peradaban Islam yang terulung di bumi Allah ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Lafazkanlah, wahai hamba Allah, bahawa sudah cukup kami bersabar, kerana setiap jenis kesabaran itu ada hadnya di sisi Allah, di mana kami hamba Allah diwajibkan berjuang demi menegakkan syiar Islam sambil membimbing ummah ke arah penyatuan dan kebenaran.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tidak dapat saya nafikan, bahawa kelompok-kelompok politik pimpinan Melayu-Islam yang sedia ada hari ini mampu bermuzakarah ke arah perpaduan dan penyatuan ummah sepertimana yang disarankan agama Islam dan menurut perintah-perintah Allah SAW.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tetapi biar apa sekalipun, saya tetap dengan pendirian saya, bahawa selagi tidak wujudnya satu kuasa ketiga dari kalangan rakyat yang mementingkan perpaduan ummah dan kedudukan Raja-Raja Melayu di sisi Perlembagaan, maka selagi itulah kelompok-kelompok pimpinan Melayu-Islam yang sedia ada akan sentiasa dibelenggu anasir-anasir jahat yang akan giat berusaha memecah-belahkan kaum Melayu-Islam ke tahap kritikal.<\/span><\/p>\n<h4 style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saudara-saudari yang dihormati sekalian,<\/span><\/h4>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya amat yakin, bahawa kuasa-kuasa politik yang sedia ada hari ini sudah tidak mampu lagi menggali semula nilai-nilai peradaban Islam kami, yang satu masa dahulu bukan hanya terulung di dunia, bahkan digeruni oleh puak penjajah sendiri sehinggakan mereka terpaksa menghormati adat-istiadat istana-istana Diraja dan membenarkan Raja-Raja Melayu terus kekal sebagai Ketua Agama Islam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Biarpun begitu, bukan niat kami di Gagasan Tiga (G3) untuk menggantikan kuasa-kuasa politik yang sedia ada ataupun bermusuhan dengan parti-parti politik pimpinan bukan Islam, malah kami sanggup berkerjasama dengan mana-mana pihak yang sehaluan dengan kami ke arah perpaduan dan penyatuan ummah serta permuafakatan sejagat dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Justeru itu, saya menyeru kepada kaum Muslimin dan Muslimat sekalian, supaya sama-sama kita raikan tertubuhnya Gagasan Tiga (G3) ini, yang misi utamanya adalah untuk menjurus ke arah tertubuhnya satu barisan kepimpinan Islam yang berusaha giat untuk memperkasakan Institusi DiRaja, di samping memelihara kesucian agama Islam, memupuk penyatuan orang Melayu dan menjaga kebajikan ummah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli-ahli Gagasan Tiga (G3) kerana diberi kepercayaan dan mandat menerajui gabungan NGO-NGO terbesar yang pernah termeterai dalam sejarah tanahair kita ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya dengan ini mengisytiharkan Gagasan Tiga (G3) sebagai satu usahasama yang wujud ke arah kesejahteraan sejagat, dan mengalu-alukan pihak media untuk bersama-sama meraikan perutusan rasmi yang bakal dibuat Lembaga Pengarah Kebangsaan (LPK) Gagasan Tiga (G3) pada 21 November 2018.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ayuh, saudara-saudari seagamaku, sebangsaku, marilah kita bersama-sama renungi maksud Surah Ali \u2018Imran, Ayat 26. Ia tidak akan datang sendirian, melainkan kita sendiri berusaha ke arah apa yang tertulis dalam maksud ayat tersebut:<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-19022 size-full aligncenter\" src=\"https:\/\/www.thethirdforce.net\/wp-content\/uploads\/2018\/11\/Surah-Ali-Imran-Ayat-26.png\" sizes=\"(max-width: 800px) 100vw, 800px\" srcset=\"https:\/\/www.thethirdforce.net\/wp-content\/uploads\/2018\/11\/Surah-Ali-Imran-Ayat-26.png 800w, https:\/\/www.thethirdforce.net\/wp-content\/uploads\/2018\/11\/Surah-Ali-Imran-Ayat-26-300x49.png 300w, https:\/\/www.thethirdforce.net\/wp-content\/uploads\/2018\/11\/Surah-Ali-Imran-Ayat-26-768x126.png 768w\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"131\" \/><\/span><\/p>\n<h4 style=\"text-align: justify;\"><em><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Katakanlah (Wahai Muhammad): \u201cWahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.<\/span><\/em><\/h4>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sekian.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Wabillahi Taufik Wal Hidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato\u2019 Azwanddin Hamzah selaku Penasihat Kehormat Tetap Gagasan Tiga (G3), dan juga saudara Amran Ahmad Nor, selaku Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga (G3), kerana diberi kepercayaan dan mandat menerajui gabungan NGO-NGO terbesar yang pernah termeterai dalam sejarah tanahair kita ini. Saudara-saudari yang dihormati sekalian, Bermulanya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":5596,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"override_template":"0","override":[{"template":"1","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}]},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":{"enable_post_split":"0","post_split":[{"template":"1","tag":"h2","numbering":"asc","mode":"normal"}]},"footnotes":""},"categories":[44],"tags":[679,698,711,205,681],"class_list":["post-5364","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-daulat","tag-g3","tag-gagasan-tiga","tag-institusi-diraja","tag-islam","tag-reggie-jessy"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5364","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5364"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5364\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5366,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5364\/revisions\/5366"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5596"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5364"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5364"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5364"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}