{"id":7330,"date":"2019-01-24T08:00:43","date_gmt":"2019-01-24T08:00:43","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=7330"},"modified":"2019-01-24T08:05:50","modified_gmt":"2019-01-24T08:05:50","slug":"ucapan-sembah-tahniah-dan-ikrar-taat-setia-perkasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=7330","title":{"rendered":"UCAPAN SEMBAH TAHNIAH DAN IKRAR TAAT SETIA PERKASA"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">KENYATAAN MEDIA <\/span><\/strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>KETUA PENERANGAN PERKASA MALAYSIA<\/strong> <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh : Nasrul Ali Hasan Abdul Latif<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ketua Penerangan PERKASA Malaysia<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">24 Januari 2019<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bismillahir Rahmanir Rahim.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Alhamdulillahi Rabbil A\u2019lamin wa biHi Nastai\u2019n.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Allahumma Solli A\u2019la Saidina Muhammad, wa A\u2019la A-li Saidina Muhammad.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Didahulukan segalanya, seraya mengangkat puji-pujian dan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T yang telah memberi izin dan limpahan kurnia-Nya kepada seluruh rakyat Malaysia sehingga Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi memilih Yang di-Pertuan Agong yang ke-16 telah berjalan dengan lancar dan memperoleh keputusan yang bijaksana.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ampun Tuanku,<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Presiden bersama Kepimpinan Peringkat Pusat dan Negeri serta warga Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) seluruh negara mengambil kesempatan ini untuk <strong>mempersembahkan ucapan tahniah dan rasa syukur di atas pelantikan Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta\u2019in Billah<\/strong> <strong>selaku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16.<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Betapa rakyat jelata berasa gembira dan sukacita, dengan perlantikan Tuanku selaku Yang di-Pertuan Agong, yang muda serta penuh bertenaga.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selaku Pertubuhan Pribumi yang menjunjung tinggi kelangsungan Kesultanan Melayu sebagai teras utama politik negara menerusi konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen sejak turun temurun, PERKASA merasa bangga dan bertuah di atas pelantikan Tuanku.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sesungguhnya, Institusi Yang di-Pertuan Agong ini adalah unik, kerana ia bukanlah amalan di negara-negara beraja lain di dunia. Ia tidak melalui sistem undian oleh rakyat dan bukan juga diwarisi secara keturunan melainkan penggiliran dari kalangan 9 Raja-Raja Melayu yang dipilih setiap 5 tahun sekali.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Daeng berlima dari Makassar,<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Di Tanah Melayu membuka negeri,<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Menjadi Raja membangun bangsa,<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Gagah pertiwi menjadi besar,<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kasihnya rakyat tiada terperi,<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Daulatlah Raja sepanjang masa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tuanku juga merupakan seorang Raja yang diibaratkan pepatah Melayu, telah jauh berjalan dan luas pengalaman serta telah menerima pelbagai disiplin pendidikan sama ada dari institusi pendidikan dalam mahupun luar negara dalam memperlengkapkan diri menjadi seorang Raja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">In sya Allah, dengan pengalaman luas dan berpandangan jauh lagi saksama yang dianugerahkan Allah SWT kepada Tuanku, rakyat Malaysia akan terus bersatu, makmur, maju dan aman damai dengan agama Islam selaku agama Persekutuan mengambil tempat yang selayaknya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ahli Dewan Tertinggi PERKASA dan sekalian ahlinya ingin menyembah taat setia Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan memperbaharui ikrar mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selagi ada bulan dan matahari, begitulah kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara kekal abadi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Institusi Raja Melayu bagaikan sauh, agar bahtera bangsa tidak dihanyutkan oleh taufan dan badai. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan di Malaysia juga amat tertib menurut lunas-lunas yang ditetapkan, di atas roh juga semangat bahawa Raja dan rakyat berpisah tiada.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Atas sebab itu, PERKASA akan seiringan dan bersama mempertahan serta memelihara kemuliaan Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu di bawah pimpinan Tuanku.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Petik pauh di tepi sawah,<\/span><\/strong><br \/>\n<strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Buah terlerai di hujung tangga;<\/span><\/strong><br \/>\n<strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sanggup kami bermandikan darah,<\/span><\/strong><br \/>\n<strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Demi kedaulatan Islam dan Negara.<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Turut gembira dan bersyukur atas <strong>pelantikan Tuanku Sultan selaku Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Timbalan Yang di-Pertuan Agong<\/strong> yang baru.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perkenan kekanda Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu memilih Tuanku Sultan Perak selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong besar ertinya terhadap kedaulatan dan kebesaran Tuanku. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">PERKASA penuh yakin, Ke Bawah Duli Tuanku mampu memberi makna kepada kesaksamaan kemajuan wilayah dan mengharumkan nama negara ini dengan hemah, prihatin, bijaksana, berjiwa rakyat, mempunyai visi yang dinamik, berjiwa agama dan berdedikasi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">PERKASA juga merakamkan junjungan kasih yang tidak terhingga <strong>Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong ke-15, Tuanku Sultan Muhammad V<\/strong> atas khidmat baginda yang cemerlang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Semoga Allah melanjutkan usia baginda dalam keadaan sihat dan \u2018afiat serta diberikan hidayah dan taufik yang berterusan. Seterusnya memberikan ganjaran atas khidmat baginda dengan ganjaran yang berlipat ganda.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Asam paya buah di hutan,<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ambil pelepah dibuat lidi;<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tuanku berbakti kepada watan,<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jasa dikenang hingga abadi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Akhirul kalam, PERKASA memohon ke hadrat Allah S.W.T semoga Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Agong dikurniakan kesihatan, dipelihara keselamatan dan kesejahteraan yang berpanjangan supaya dapat terus memerintah Negara Malaysia yang tercinta ini dengan segala kemuliaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!<\/span><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PERKASA MALAYSIA Oleh : Nasrul Ali Hasan Abdul Latif Ketua Penerangan PERKASA Malaysia 24 Januari 2019 Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi Rabbil A\u2019lamin wa biHi Nastai\u2019n. Allahumma Solli A\u2019la Saidina Muhammad, wa A\u2019la A-li Saidina Muhammad. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Didahulukan segalanya, seraya mengangkat puji-pujian dan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":7331,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"override_template":"0","override":[{"template":"1","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}]},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":{"enable_post_split":"0","post_split":[{"template":"1","tag":"h2","numbering":"asc","mode":"normal"}]},"footnotes":""},"categories":[44,212],"tags":[805,447,522,790],"class_list":["post-7330","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-daulat","category-utama","tag-nasrul-ali-hasan","tag-perkasa","tag-sultan-pahang","tag-ydp-agong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7330","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7330"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7330\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7334,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7330\/revisions\/7334"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7331"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7330"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7330"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7330"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}