{"id":7460,"date":"2019-01-27T04:06:38","date_gmt":"2019-01-27T04:06:38","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=7460"},"modified":"2019-01-27T04:06:38","modified_gmt":"2019-01-27T04:06:38","slug":"pasca-prk-cameron-highlands-dap-semakin-besar-kepala","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=7460","title":{"rendered":"PASCA PRK CAMERON HIGHLANDS: DAP SEMAKIN \u2018BESAR KEPALA\u2019"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh Anuar Shaari<\/span><\/p>\n<div class=\"jeg_ad jeg_ad_article jnews_content_inline_ads  \" style=\"text-align: justify;\">\n<div class=\"ads-wrapper align-right \"><\/div>\n<\/div>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">27 Januari 2019<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">1. Sebagaimana kempen DAP bermula dengan pincang, begitulah juga dengan penutup kempen pada 26 Januari semalam. Calon DAP melakukan kesalahan serius dengan memakai logo parti bertanding di dalam pusat mengundi. Kesalahan ini boleh membawa denda dan penjara, tambahan pula calon DAP itu telah 3 kali bertanding di kawasan pilihanraya Cameron Highlands. Kesalahan ini dikesan dengan bukti bergambar dan sepatutnya diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Namun telah ada bunyi-bunyi yang menyatakan mengapa nak bising-bising lagi? BN dah pun menang bergaya PRK kali ini!<\/span><\/p>\n<div class=\"jeg_ad jeg_ad_article jnews_content_inline_2_ads  \" style=\"text-align: justify;\">\n<div class=\"ads-wrapper align-center \"><\/div>\n<\/div>\n<div class=\"jeg_ad jeg_ad_article jnews_content_inline_3_ads  \" style=\"text-align: justify;\">\n<div class=\"ads-wrapper align-center \"><\/div>\n<\/div>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">2. Ingin ditegaskan, ini bukan soal BN dah menang atau PH\/DAP dah kalah. Ini adalah soal melakukan kesalahan dan yang salah tetap salah. Memohon maaf bukan tiket untuk menutup kesalahan. Lebih-lebih lagi DAP dan calonnya telah banyak kali memohon maaf atas kesalahan-kesalahan lain.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">3. DAP memulakan kempen PRK Cameron Highlands dengan langkah sumbang. Menghina Orang Asli dengan kenyataan orang Melayu tidak akan membeli kuih mereka. Ini kenyataan rasis dan menghina Orang Asli. Setelah dikecam dan takut kehilangan undi, DAP mohon maaf. Mungkin tiada aduan kerana kempen belum bermula secara rasmi, namun ia tetap salah kerana menghina.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4. Sekutu DAP Senator Bob Nolan dari PKR telah mengugut mana-mana Tok Batin yang tidak menyokong calon DAP dari kerajaan PH akan digugurkan jawatan mereka dan tidak akan dibayar gaji. Supremo DAP Lim Kit Siang tampil membela senator ini dengan \u2018tai-chi\u2019 senator itu tidak melakukan kesalahan. Setelah rakaman audio senator tersebut tersebar, beliau meminta maaf kerana insiden tersebut. Lim Kit Siangpun diam dalam hal ini biarpun menggunakan kedudukan dalam kerajaan untuk melakukan jenayah ugut yang merupakan kesalahan serius. Tiada tindakan dari pihak berkuasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">5. Petugas DAP\/PH dikesan melalui bukti bergambar ketika sedang mengagihkan wang tunai kepada pengundi Cameron Highlands. Sekali lagi supremo DAP Lim Kit Siang tampil mengatakan ia adalah agihan \u2018duit minyak\u2019 kepada petugas DAP\/PH. Ini sangat bertentangan dengan apa yang DAP usahakan sehingga PRK Cameron Highlands diadakan semula. Hakim berkata pemberian wang tunai dalam apa jua bentuk semasa pilihanraya adalah rasuah dan ia salah.\u00a0 Namun sehingga kini tiada apa-apa tindakan dari berkuasa terhadap DAP\/PH.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">6. Sebuah kereta yang dipandu petugas PH dikesan melakukan kesalahan pilihanraya. Setelah melalui beberapa proses, petugas tersebut dikesan dengan bukti rakaman video beliau telah memandu sebuah kereta agensi kerajaan bagi melakukan tugas pilihanraya. Setelah disiasat lebih lanjut, akhirnya terbongkar seorang timbalan menteri DAP terlibat memalsukan permohonan kereta dan menggunakan kereta tersebut (aset kerajaan) bagi kerja-kerja pilihanraya. Ini adalah perbuatan khianat dan penyelewengan kuasa yang sangat serius.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">7. Malangnya sehingga artikel ini ditulis, tiada apa-apa tindakan dari pihak berkuasa. BERSIH yang diketahui kecenderungan mereka, yang konon serius memantau dan mahukan pilihanraya bersih, menikus dan ber\u2019tai-chi\u2019 mahu SPR mengambil tindakan. Tiada kecaman besar-besaran terhadap kesalahan DAP ini. \u2018<em>One man show<\/em>\u2018 Pengerusi SPRpun tidak memberikan apa-apa kenyataan serius tentang 2 kesalahan besar DAP dalam PRK Cameron Highlands kali ini. Apakah Azhar Harun juga berharap isu yang membabitkan kesalahan DAP ini reda setelah kemenangan bergaya BN di Cameron Highlands?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Telahan umum bahawa DAP adalah abang besar dalam PH adalah benar. Tiada sekutu PH yang mengecam dengan serius kesalahan-kesalahan yang dilakukan DAP. PKR, PAN dan PPBM diam seribu bahasa bila DAP melakukan kesalahan, dan inilah natijahnya keputusan pasca PRU-14, DAP semakin \u2018besar kepala\u2019 walaupun BN telah menang di PRK Cameron Highlands.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tahniah buat BN dan semua petugasnya atas kemenangan bergaya semalam. Semoga ini meningkatkan lagi daya usaha kita bagi menjamin kemenangan berterusan dan jihad kita memerangi DAP yang semakin \u2018besar kepala\u2019 di bumi Malaysia ini\u2026<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Anuar Shaari 27 Januari 2019 1. Sebagaimana kempen DAP bermula dengan pincang, begitulah juga dengan penutup kempen pada 26 Januari semalam. Calon DAP melakukan kesalahan serius dengan memakai logo parti bertanding di dalam pusat mengundi. Kesalahan ini boleh membawa denda dan penjara, tambahan pula calon DAP itu telah 3 kali bertanding di kawasan pilihanraya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":7456,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"override_template":"0","override":[{"template":"1","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}]},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":{"enable_post_split":"0","post_split":[{"template":"1","tag":"h2","numbering":"asc","mode":"normal"}]},"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[563,150,270,792],"class_list":["post-7460","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-anuar-shaari","tag-dap","tag-lim-kit-siang","tag-prk-cameron-highlands"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7460","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7460"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7460\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7461,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7460\/revisions\/7461"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7456"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7460"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7460"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7460"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}