{"id":8416,"date":"2019-03-07T06:27:50","date_gmt":"2019-03-07T06:27:50","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=8416"},"modified":"2019-03-07T06:32:54","modified_gmt":"2019-03-07T06:32:54","slug":"pilihan-terbaik-buat-mca-dan-mic","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=8416","title":{"rendered":"PILIHAN TERBAIK BUAT MCA DAN MIC"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh Isham Jalil<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">MCA dan MIC kini berada di persimpangan dalam perjuangan mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mereka telah lama berjuang dalam BN bersama UMNO dan saya sendiri mempunyai ramai sahabat karib dalam MCA dan MIC dan telah berjuang bersama-sama mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kini MCA dan MIC mempunyai tiga pilihan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">(Saya akan membuat ulasan secara rasional dan bukan mengikut sentimen ke atas pilihan-pilihan ini kerana saya berpendapat pertimbangan rasional yang diperlukan oleh MCA dan MIC untuk membuat keputusan di persimpangan ini dan bukan mengikut sentimen atau emosi.)<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">PILIHAN PERTAMA<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pertama, mereka boleh meninggalkan BN dan berjuang bersendirian.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pilihan ini adalah sama kesannya dengan cadangan mereka untuk membubarkan BN dan meninggalkan rakan kerjasama sekian lama iaitu UMNO.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika mereka memilih jalan ini, MCA dan MIC akan berjuang dan bertanding dalam pilihan raya secara bersendirian menentang BN dan PH.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Di atas permukaan, ini adalah langkah yang nampak berprinsip yang menghantar isyarat yang jelas bahawa mereka tidak bersetuju dengan penyatuan UMNO dan PAS dan pada masa yang sama mereka bukan oportunis yang lari kepada PH apabila menghadapi masalah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun demikian, sekiranya MCA dan MIC bergerak bersendirian, besar kemungkinan mereka tidak akan menang mana-mana kerusi Parlimen mahupun DUN, jauh sekali membentuk kerajaan pada sekurang-kurangnya PRU yang akan datang atau pilihan raya-pilihan raya kecil sebelumnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">DAP dan Parti Gerakan tahu akan hal ini; mereka tidak pernah berjaya untuk membentuk kerajaan sebelum ini di peringkat negeri mahupun persekutuan tanpa kerjasama dengan parti-parti politik besar yang lain dalam Barisan Nasional mahupun Pakatan Harapan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">DAP hanya menang Pulau Pinang pada tahun 2008 setelah bekerjasama dengan PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat, setelah mereka berkali-kali mencuba dan tidak berjaya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sekiranya MCA dan MIC memilih pilihan ini, besar kemungkinan DAP dan PKR akan berjaya melenyapkan mereka seperti yang dikatakan oleh DAP sebelum ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Untuk kelangsungan perjuangan politik dan menegakkan prinsip untuk rakyat, kita perlu mendapatkan kuasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam sistem demokrasi, untuk mendapatkan kuasa kita perlu menang pilihan raya dahulu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tanpa kemenangan pilihan raya, mana-mana parti atau pemimpin politik tidak akan mendapat mandat daripada rakyat untuk membawa perubahan kepada dasar kerajaan dan kehidupan rakyat seperti yang diperjuangkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika ini berlaku, perjuangan dan prinsip yang diperjuangkan akan menjadi sia-sia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Harapan dan aspirasi perjuangan politik mereka besar kemungkinan akan terkubur.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini bukanlah pilihan yang bijak dan baik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">PILIHAN KEDUA<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kedua, mereka boleh meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Harapan (PH).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika mereka memilih pilihan ini, maka mereka mungkin boleh menang di kerusi-kerusi yang mereka bertanding sebelum ini iaitu di kawasan-kawasan bandar di bawah tiket Pakatan Harapan (PH) jika diberi peluang bertanding.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebelum ini, di atas tiket BN, MCA dan MIC telah bertanding di 39 dan 8 kerusi Parlimen yang hampir semua adalah di kawasan bandar atau separa bandar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan di hampir semua kerusi-kerusi ini mereka telah tewas teruk di tangan DAP dan PKR.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mereka hanya menang di segelintir kawasan-kawasan luar bandar atau separa bandar di mana majoriti pengundi adalah orang Melayu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun demikian, adalah sukar untuk digambarkan bahawa DAP dan PKR akan menyerahkan kerusi-kerusi Parlimen yang mereka telah menang besar tersebut kepada MCA atau MIC untuk bertanding di atas tiket Pakatan Harapan dalam pilihan raya yang akan datang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika ada pun, MCA atau MIC mungkin akan dapat satu atau dua kerusi boleh menang sebagai \u2018<em>token<\/em>\u2019 daripada DAP atau PKR dan mereka akan terhutang budi dan terpaksa tunduk kepada DAP dan PKR dalam PH.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Besar kemungkinan PH akan memberikan MCA dan MIC untuk bertanding di kerusi-kerusi kawasan Melayu atau campuran di luar bandar yang mereka kalah dahulu berhadapan dengan UMNO atau PAS.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan tanpa sokongan Melayu pada kali ini, MCA dan MIC di bawah PH akan tewas di semua kerusi-kerusi ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sekiranya ini berlaku, sekali lagi harapan dan aspirasi perjuangan politik mereka akan terkubur.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun saya pasti perjuangan MCA dan MIC bukanlah sekadar perjuangan merebut kerusi untuk menang pilihanraya dan mendapat jawatan kerajaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perjuangan mereka ialah perjuangan untuk komuniti mereka: iaitu perjuangan untuk orang-orang Cina dan orang-orang India di Malaysia tanpa mengganggu-gugat hak kaum lain.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini selari dengan perjuangan UMNO dan PAS iaitu perjuangan untuk orang-orang Melayu dan Islam tanpa mengganggu-gugat hak kaum-kaum dan agama-agama lain.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dari segi ideologi, jika MCA dan MIC menyertai PH, ini adalah tidak selari dengan ideologi perjuangan politik mereka selama ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">MCA dan MIC adalah parti yang berasaskan kaum atau identiti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebaliknya, PH memperjuangkan asimilasi kaum; oleh itu parti berasaskan kaum atau identiti tidak ada tempat dalam PH.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini mendatangkan konflik ideologi kepada MCA dan MIC dengan parti-parti dalam PH sendiri sekiranya MCA dan MIC menyertai PH.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebelum ini saya pernah menulis bahawa parti berasaskan kaum dan identiti tidak semestinya rasis dan parti yang pelbagai bangsa tidak semestinya tidak rasis.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam banyak kes, parti atau organisasi yang kononnya pelbagai bangsa lebih teruk mengamalkan rasisme dan kerap kali menyelindung amalan ini dengan menggunakan &#8216;tokenisme&#8217;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Masalah di atas menjadi lebih teruk di negara-negara yang mengamalkan asimilasi bangsa, seperti yang diperjuangkan oleh DAP dan PH (baca selanjutnya di sini: &#8220;ICERD dan mengapa semua kaum di Malaysia perlu menolaknya&#8221;\u00a0 di <a href=\"https:\/\/ishamjalil.com\/2018\/12\/07\/icerd-dan-mengapa-semua-kaum-di-malaysia-perlu-menolaknya\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><strong><em>IshamJalil.com<\/em><\/strong><\/a>).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Di negara-negara yang mengamalkan asimilasi, kaum-kaum minoriti terpaksa meninggalkan budaya, cara hidup serta adat resam mereka dan berasimilasi dengan mengambil budaya dan adat resam kaum majoriti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun oleh kerana perbezaan agama dan warna kulit, masalah perkauman dan diskriminasi tetap berlaku dalam masyarakat majmuk yang cuba diasimilasi terutama dalam hal sosio-ekonomi malah ia menjadi lebih teruk apabila tiada parti-parti politik berasaskan identiti untuk memperjuangkan untung nasib komuniti mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab itu parti-parti politik berasaskan identiti dan kaum seperti UMNO, MCA, MIC dan PAS adalah penting.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebelum ini saya pernah berkata bahawa dalam masyarakat majmuk, asimilasi kaum akan menerukkan masalah diskriminasi dan bukannya sebaliknya seperti yang berlaku di Amerika Syarikat dan Singapura.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan sebab itu juga saya pernah berkata bahawa konsep Malaysian Malaysia seperti yang dibawa oleh DAP dan PH tidak akan berjaya menyelesaikan masalah perkauman dan diskriminasi di Malaysia malah menjadikannya lebih parah dan menggetirkan lagi hubungan antara kaum di negara ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Di Malaysia di bawah Barisan Nasional sejak sekian lama sebelum ini kita mengamalkan integrasi kaum dan bukannya asimilasi.<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini bermaksud, semua kaum bebas mengamalkan dan meneruskan kelangsungan adat resam dan budaya mereka tanpa paksaan untuk ber-asimilasi ke dalam budaya kaum majoriti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab ini juga Kerajaan BN sebelum ini membiayai sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil untuk kelangsungan dan pengekalan identiti serta budaya masyarakat Cina dan India di Malaysia seperti yang dipersetujui dalam kontrak sosial sewaktu pembentukan negara ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tidak ada negara majmuk dalam dunia ini yang mana kerajaan membiayai sekolah-sekolah berasaskan identiti kaum minoriti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini hanya berlaku di Malaysia di bawah dasar integrasi kaum Barisan Nasional selama ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sekiranya kita beralih kepada dasar asimilasi seperti yang diperjuangkan DAP, maka besar kemungkinan tiada lagi sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan dibiayai oleh kerajaan sebab ianya tidak selari dengan ideologi asimilasi bangsa ala Malaysian Malaysia yang dibawa PH.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jikapun PH masih mengekalkan dasar BN untuk membiayai sekolah-sekolah berasaskan identiti kaum ini, ia adalah kerana kepentingan politik mereka semata-mata iaitu sebab mereka takut hilang undi Cina dan India walaupun dasar ini bertentangan dengan ideologi mereka (PH).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sekiranya MCA dan MIC menyertai PH, mereka juga akan terperangkap dengan konflik ideologi ini yang akan melemahkan prinsip perjuangan mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pilihan ini juga tidak baik untuk mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">PILIHAN KETIGA<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ketiga, mereka boleh kekal di dalam BN dan meneruskan perjuangan bersama UMNO dengan kerjasama PAS.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika MCA dan MIC kekal dalam perjuangan bersama UMNO dalam BN, maka kita ada peluang untuk menang kembali dan membentuk kerajaan pada PRU-15 akan datang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kerjasama PAS bersama BN akan meningkatkan peluang kita untuk sama-sama mencapai kejayaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kerjasama ini menguntungkan semua dalam blok pembangkang baik UMNO, MCA, MIC dan PAS.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">UMNO dan PAS tidak akan bertanding tiga penjuru menentang PH lagi pada PRU yang akan datang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kedua-dua parti ini akan membincangkan soal pembahagian kerusi apabila dekat pilihan raya kelak.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hampir kesemua kerusi-kerusi yang akan diagihkan di antara UMNO dan PAS ini bukanlah kerusi-kerusi MCA dan MIC di kawasan campuran atau kawasan bandar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh itu MCA dan MIC tidak perlu risau akan hal ini malah dengan BN mereka boleh bertanding di lebih banyak kerusi boleh menang berbanding jika mereka menyertai PH atau bertanding bersendirian.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dengan bantuan PAS, adalah dijangka bahawa BN dan PAS akan berjaya menang dan menambah lebih 30 kerusi Parlimen di PRU-15 akan datang termasuk di kerusi-kerusi MCA dan MIC.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kerjasama UMNO dan PAS dalam BN ini adalah ancaman yang besar kepada DAP, PKR, Bersatu dan PAN dalam PH; ia bukan suatu ancaman kepada MCA dan MIC malah jauh sekali, ianya adalah satu peluang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika sebelum ini DAP boleh bekerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat, saya rasa MCA dan MIC adalah lebih semulajadi (<em>natural<\/em>) untuk bekerjasama dengan PAS berbanding DAP sebab MCA dan MIC adalah parti yang lebih pragmatik dan berfikiran terbuka berbanding DAP.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Secara rasional, di antara ketiga-tiga pilihan di atas, saya berpendapat pilihan ketiga iaitu kekal bersama BN adalah pilihan yang terbaik buat MCA dan MIC.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika kita berpecah, maka kita akan menghadapi jalan yang lebih berliku di hadapan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun sebaliknya, sekiranya kita istiqamah dan kekal bersama dalam perjuangan ini, kita ada peluang yang besar untuk membentuk semula kerajaan dalam masa yang terdekat ini untuk kebaikan rakyat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya harap MCA dan MIC akan membuat pertimbangan yang sewajarnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya mendoakan yang terbaik untuk mereka dan sahabat-sahabat saya dalam MCA dan MIC walau apa pun keputusan mereka esok.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ikhlas dan Salam,<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ISHAM JALIL<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Marhaen BN<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">7 Mac 2019<\/span><\/p>\n<p>https:\/\/www.facebook.com\/220524935369705\/posts\/422035385218658\/<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Isham Jalil MCA dan MIC kini berada di persimpangan dalam perjuangan mereka. Mereka telah lama berjuang dalam BN bersama UMNO dan saya sendiri mempunyai ramai sahabat karib dalam MCA dan MIC dan telah berjuang bersama-sama mereka. Kini MCA dan MIC mempunyai tiga pilihan. (Saya akan membuat ulasan secara rasional dan bukan mengikut sentimen ke [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":8418,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"override_template":"0","override":[{"template":"1","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}]},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":{"enable_post_split":"0","post_split":[{"template":"1","tag":"h2","numbering":"asc","mode":"normal"}]},"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[500,140,162,241,159],"class_list":["post-8416","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-isham-jalil","tag-mca","tag-mic","tag-pakatan-harapan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8416","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8416"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8416\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8421,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8416\/revisions\/8421"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8418"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8416"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8416"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8416"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}