{"id":8743,"date":"2019-03-19T12:54:55","date_gmt":"2019-03-19T12:54:55","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=8743"},"modified":"2019-03-19T13:03:20","modified_gmt":"2019-03-19T13:03:20","slug":"mb-johor-dan-menteri-alam-sekitar-wajar-luaskan-radius-kawasan-dikhuatiri-tercemar-hidrogen-sianida","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=8743","title":{"rendered":"MB JOHOR DAN MENTERI ALAM SEKITAR WAJAR LUASKAN RADIUS KAWASAN DIKHUATIRI TERCEMAR HIDROGEN SIANIDA"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">MENTERI BESAR JOHOR DAN MENTERI ALAM SEKITAR PERLU UMUM TAHAP HIDROGEN SIANIDA 5 KILOMETER DARI GROUND ZERO BUKAN HANYA DI TEMPAT BUANGAN TOKSIK<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tadi Menteri Besar Johor Osman Sapian dan Menteri Alam Sekitar Yeo Bee Yin telah melawat ke tapak pembuangan sisa toksik di Sungai Kim-Kim, Pasir Gudang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Menteri Besar mengatakan bahawa berdasarkan pemeriksaan, bacaan sisa kimia beracun yang boleh membunuh iaitu Hidrogen Sianida di tapak tersebut adalah sifar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun demikian, bagaimana pula bacaan sisa kimia beracun di hiliran sungai di mana air sungai telah mengalir membawa sisa bahan kimia beracun ini dari tapak pembuangan selama 2 minggu sebelum ini?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan bagaimana pula bacaan di kawasan sekitaran dan berdekatan?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kawasan yang terkesan dipengaruhi juga oleh faktor cuaca iaitu hujan dan angin:<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini terdapat beberapa kitaran hari panas diikuti dengan hujan di kawasan tersebut yang mana penyejatan bahan kimia telah berlaku dari sungai ke udara diikuti dengan hujan kimia di kawasan tersebut dan yang berdekatan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya telah pergi ke zon panas Pasir Gudang tersebut semalam dan saya sendiri masih boleh menghidu bau sesuatu yang pelik dalam udara di situ walaupun dengan memakai topeng muka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Seorang dari sukarelawan saya di sana telah dirawat di Stadium Pasir Gudang kerana hampir pengsan setelah hanya sejam berada di kawasan tersebut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Seorang lagi telah muntah-muntah setelah dua jam berada di lapangan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kedua-dua mereka memakai topeng muka R95 dan N95.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Menteri Besar Johor apabila ditanya sama ada bahan kimia ini telah sampai ke laut (perairan sempadan Singapura), beliau dengan yakin berkata tidak.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun demikian, air Sungai Kim-Kim telah mengalir dari tempat kejadian ke laut hanya 5 kilometer ke Tenggara tempat kejadian dan ke perairan sempadan melalui kawasan perumahan penduduk hanya 2 kilometer dari tempat kejadian.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika kelajuan air sungai ialah 1 meter sesaat, ianya hanya memakan masa 2 hari untuk sisa kimia itu sampai ke kawasan perumahan dan 4 hari untuk sampai ke laut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bahan kimia ini telah ditumpahkan di Sungai Kim-Kim dua minggu lalu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh itu apa yang dikatakan oleh Menteri Besar dengan yakin itu bahawa sisa kimia ini tidak sampai ke laut adalah tidak masuk akal.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan saya juga telah dimaklumkan oleh penduduk di sana bahawa bau pelik di udara telah dihidu oleh penduduk tempatan dan mereka telah mengadu simptom kesan gas sejauh 5 kilometer ke Barat tempat kejadian.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mengikut laporan kaji cuaca, arah angin telah bertiup dari arah Timur ke Barat selaju 17 km\/jam sejak dua minggu lalu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh itu kemungkinan besar air sungai telah membawa sisa toksik beracun ini 5 kilometer ke Timur dan Tenggara dan ke sempadan laut, manakala angin dan hujan telah membawanya 5 kilometer ke Barat ke kawasan penduduk.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Memandangkan sisa toksik dan gas beracun telah dibiarkan di tempat pembuangan Sungai Kim-Kim tersebut hampir dua minggu sebelum tindakan serius dan pembersihan diambil oleh kerajaan, adalah tidak mustahil malah lebih masuk akal bahawa radius kesan gas ini telah membesar ke kawasan yang lebih luas iaitu 5-10 kilometer radius berbanding hanya di kawasan pembuangan toksik tersebut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh itu saya menyarankan supaya kerajaan dan Menteri Besar Johor mengambil bacaan dan mengumumkan kepada umum tahap pencemaran toksik air dan udara bukan sahaja di tempat pembuangan sisa toksik tersebut, malah di beberapa kawasan dalam radius sejauh 5 ke 10 kilometer dari tempat kejadian.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini untuk lebih meyakinkan rakyat terhadap tahap keselamatan di kawasan terbabit dan berdekatan serta supaya tindakan pantas dan proakrif dapat diambil sekiranya radius kesan gas beracun ini telah merebak ke kawasan yang lebih besar, dan bukan hanya menunggu orang jatuh sakit di kawasan yang lebih jauh sebelum mengambil tindakan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ISHAM JALIL<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Presiden SUKARELAWAN MALAYSIA<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">20 Mac 2019<\/span><\/p>\n<p>https:\/\/www.facebook.com\/220524935369705\/posts\/428340641254799\/<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MENTERI BESAR JOHOR DAN MENTERI ALAM SEKITAR PERLU UMUM TAHAP HIDROGEN SIANIDA 5 KILOMETER DARI GROUND ZERO BUKAN HANYA DI TEMPAT BUANGAN TOKSIK Tadi Menteri Besar Johor Osman Sapian dan Menteri Alam Sekitar Yeo Bee Yin telah melawat ke tapak pembuangan sisa toksik di Sungai Kim-Kim, Pasir Gudang. Menteri Besar mengatakan bahawa berdasarkan pemeriksaan, bacaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":8749,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"override_template":"0","override":[{"template":"1","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}]},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":{"enable_post_split":"0","post_split":[{"template":"1","tag":"h2","numbering":"asc","mode":"normal"}]},"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[500,508,913,923],"class_list":["post-8743","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-isham-jalil","tag-osman-sapian","tag-pasir-gudang","tag-yeo-bee-yin"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8743","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8743"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8743\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8748,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8743\/revisions\/8748"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8749"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8743"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8743"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8743"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}