{"id":9275,"date":"2019-04-06T11:13:42","date_gmt":"2019-04-06T11:13:42","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=9275"},"modified":"2019-04-28T06:33:50","modified_gmt":"2019-04-28T06:33:50","slug":"buzze-azam-menjawab-3-soalan-kontroversi-berkaitan-statut-rom","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=9275","title":{"rendered":"BUZZE AZAM MENJAWAB 3 SOALAN KONTROVERSI BERKAITAN STATUT ROM"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\"><strong>Oleh Mohd. Khairul Azam Bin Abdul Aziz<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">1) Betulkah Statut Rom ini mengelirukan rakyat dan Raja-Raja Melayu? Mana fakta kerajaan tidak jelaskan kepada Raja-Raja Melayu dan rakyat serta kesan sebenarnya?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jawapan:<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya tidak setuju jika dikatakan Statut Rom ini mengelirukan rakyat. Hanya dengan carian mudah di laman Google, semua rakyat boleh membaca terlalu banyak ulasan dan penulisan dari pakar undang-undang dan juga tokoh politik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pastinya terdapat perbezaan antara kesemua pandangan ini berdasarkan tahap keilmuan, pemahaman dan kecenderungan politik masing-masing. Namun perbezaan ini harus diraikan secara matang, berteraskan neraca ilmu kenegaraan bukan secara emosional seperti yang dilakukan Tun Dr Mahathir semalam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Isu ini kembali hangat apabila secara tiba-tiba DYAM Tunku Mahkota Johor telah memuatnaik status <em>Facebook<\/em> Baginda pada 2 April 2019 bahawa tindakan kerajaan meratifikasi Statut Rom ini adalah tindakan yang tidak berpelembagaan kerana tidak terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini isu sebenar mengapa Kabinet memutuskan untuk menarik balik ratifikasi. Peguam Negara Tommy Thomas telah gagal menasihatkan Kerajaan bahawa mengikut perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa:-<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8220;Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.&#8221;<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jadi untuk menyelamatkan maruah kerajaan yang tidak mendapat nasihat yang betul daripada Peguam Negara Tommy Thomas, sebelum Majlis Raja-Raja mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan, maka adalah selamat untuk Perdana Menteri menarik balik ratifikasi berkenaan sebelum Majlis Raja-Raja bertindak mengikut undang-undang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bukan kerana Rakyat keliru berkaitan Statut Rom, tetapi ini berkaitan kerajaan Malaysia yang telah dikelirukan oleh Peguam Negara yang gagal memberikan nasihat yang betul kepada kerajaan sebelum meraktifikasi Statut Rom.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">2) Apa sebenarnya Statut Rom ini dan kenapa ditentang?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jawapan:<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Terdapat 2 isu berbeza yang perlu difahami terlebih dahulu berkaitan persoalan ini iaitu:-<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">i) Isu proses sebelum meraktifikasi Statut Rom iaitu kewajipan mendapatkan perkenan Majlis Raja-Raja,<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ii) Isu isi kandungan Statut Rom<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kegagalan membezakan kedua-dua isu ini akan menyebabkan kekeliruan yang lebih besar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebenarnya tiada banyak penentangan berkaitan isu kedua iaitu kandungan Statut Rom. Dalam keadaan Malaysia mustahil melakukan 4 jenayah utama dalam Statut Rom, jenayah perang (<em>war crime<\/em>), jenayah pencerobohan (<em>agression crime<\/em>), jenayah kemanusiaan (<em>humanity crime<\/em>), jenayah pembunuhan beramai-ramai (<em>genocide, mass killings<\/em>) maka kelihatan tidak mungkin YDPA selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera boleh didakwa di ICC.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun isu kedua pertikaian ini tidaklah sebesar isu pertama yang dipertikaikan oleh Majlis Raja-Raja kerana isu pertama pertikaian inilah yang menyebabkan kerajaan Malaysia terpaksa menarik balik ratifikasi berkenaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun Perdana Menteri dalam sidang media penuh emosi petang semalam telah mengelak untuk mengulas berkaitan isu pertama ini sebaliknya telah membuat lencongan (<em>diversion<\/em>) isu dengan menyindir (<em>innuendo<\/em>) TMJ dengan isu-isu lain sebagai manifestasi kemarahan beliau terhadap TMJ yang mula-mula mencetuskan isu pertikaian pertama ini sehingga mendapat perhatian utama dalam agenda Mesyuarat Majlis Raja-Raja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kesipuan Perdana Menteri yang gagal menjawab isu pertikaian pertama di atas di dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah menyebabkan Perdana Menteri terpaksa mengambil jalan selamat dengan menarik balik ratifikasi berkenaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">3) Siapa Tun maksudkan pihak yang membuat gerakan batalkan statut itu? Sama ada orang dalam komponen PH atau kerabat Raja? Tun nampaknya tidak maksudkan parti-parti politik?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jawapan:<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tun maksudkan gerakan ini di cetuskan oleh TMJ dan kelihatan ada beberapa kumpulan profesor undang-undang, peguam dan aktivis masyarakat berpengaruh yang telah menyambut lontaran status <em>Facebook<\/em> TMJ berkenaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Disebabkan gerakan ini berteraskan pelanggaran Perlembagaan Persekutuan yang memberi kelebihan kepada Majlis Raja-Raja maka PM percaya kesipuan kerajaan yang tidak mendapat nasihat yang betul dari Peguam Negara Tommy Thomas ini tidak mampu dipertahankan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maka bagi mengelak keadaan bertambah parah, maka adalah selamat Perdana Menteri menarik balik ratifikasi berkenaan sebagai tanda akur dengan nasihat Majlis Raja-Raja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Peguambela &amp; Peguamcara<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">0129770412<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><em>(Beliau juga dikenali sebagai Buzze Azam, syarikat beliau ialah Tetuan Azam Aziz Shaharudinali &amp; Co)<\/em><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Mohd. Khairul Azam Bin Abdul Aziz 1) Betulkah Statut Rom ini mengelirukan rakyat dan Raja-Raja Melayu? Mana fakta kerajaan tidak jelaskan kepada Raja-Raja Melayu dan rakyat serta kesan sebenarnya? Jawapan: Saya tidak setuju jika dikatakan Statut Rom ini mengelirukan rakyat. Hanya dengan carian mudah di laman Google, semua rakyat boleh membaca terlalu banyak ulasan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":9277,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"override_template":"0","override":[{"template":"1","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}]},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":{"enable_post_split":"0","post_split":[{"template":"1","tag":"h2","numbering":"asc","mode":"normal"}]},"footnotes":""},"categories":[44,214],"tags":[688,580,257,909,516,378],"class_list":["post-9275","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-daulat","category-khas","tag-buzze-azam","tag-majlis-raja-raja","tag-peguam-negara","tag-statut-rome","tag-tmj","tag-tommy-thomas"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9275","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9275"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9275\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9595,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9275\/revisions\/9595"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9277"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9275"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9275"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9275"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}