{"id":9929,"date":"2019-05-17T06:18:17","date_gmt":"2019-05-17T06:18:17","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=9929"},"modified":"2019-05-17T06:20:24","modified_gmt":"2019-05-17T06:20:24","slug":"pengampunan-diraja-tidak-membatalkan-sabitan-jenayah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=9929","title":{"rendered":"PENGAMPUNAN DIRAJA TIDAK MEMBATALKAN SABITAN JENAYAH"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">17 Mei 2019 | 12 Ramadhan 1440<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">1. Kenyataan Setiausaha Agong PAS, YB Dato\u2019 Takiyudin Hassan pada 10 Mei 2019 sewaktu berucap dalam ceramah bagi kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, yang melabelkan Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang \u201cbekas banduan\u201d adalah tepat dan berlandaskan undang-undang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">2. Secara faktanya, DSAI telah mempunyai 2 sabitan kesalahan jenayah sebagaimana berikut:-<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">(a) SABITAN PERTAMA:-<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada 4 April 1999, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Hakim Augustine Paul telah mensabitkan DSAI atas 4 pertuduhan melakukan perbuatan rasuah (<em>corrupt practices<\/em>) sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, dengan mengarahkan Dato\u2019 Mohd Said Bin Awang (Pengarah Cawangan Khas) dan Amir Bin Junus (Timbalan Pengarah Cawangan Khas II PDRM) untuk memperolehi pengakuan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat, yang mana ia merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat, 1970.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Untuk sabitan tersebut, DSAI telah dihukum selama 6 tahun penjara. Rayuan DSAI ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan telah ditolak, sabitan dan hukuman penjara dikekalkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">(b) SABITAN KEDUA:<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada 11 April 2014, Mahkamah Rayuan melalui Hakim Mahkamah Rayuan (HMR) Balia Yusuf Wahi, Aziah Ali dan Mohd Zawawi Salleh telah membenarkan rayuan Pendakwaraya (terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelumnya membebaskan DSAI) dan mensabitkan DSAI atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii (liwat) dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Untuk sabitan ini, DSAI telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Rayuan DSAI ke Mahkamah Persekutuan telah ditolak, sabitan dan hukuman dikekalkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">3. DSAI telah menjalani keseluruhan hukuman penjara bagi Sabitan Pertama, dan sebahagian hukuman penjara bagi Sabitan Kedua kerana telah diberikan Pengampunan DiRaja oleh YDPA pada 16.5.2018. Justeru dengan sabitan undang-undang dan proses hukuman penjara tersebut, adalah jelas bahawa DSAI adalah seorang \u201cbekas banduan\u201d pada kaca mata perundangan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4. Pengampunan DiRaja di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan adalah merujuk kepada kuasa YDPA untuk memberi ampun (<em>pardon<\/em>), tunda hukum (<em>reprieve<\/em>) dan lega hukum (<em>respite<\/em>) bagi kesalahan-kesalahan jenayah yang telah disabitkan. Manakala berdasarkan Perkara 48(3) Perlembagaan Persekutuan pula, YDPA juga diberi kuasa tambahan untuk menggugurkan sekatan ketidaklayakan bagi seseorang yang telah disabitkan jenayah, untuk menyertai pilihan raya bagi tujuan dilantik sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">5. Penelitian lanjut kepada Seksyen 300 dan 301 Kanun Acara Jenayah, akan merujuk kepada kuasa YDPA\/Sultan untuk menggantung perlaksanaan hukuman, meringankan dan\/atau mengurangkan sesuatu hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah. Bahkan di bawah Seksyen 300(2) Kanun Acara Jenayah, apabila sesuatu permohonan pengampunan dibuat, YDPA\/Sultan boleh (<em>may<\/em>) meminta Hakim\/Majistret yang telah mensabitkan banduan tersebut untuk memberikan pendapatnya tentang sama ada sesuatu permohonan pengampunan itu layak dibenarkan atau sebaliknya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">6. Justeru penelitian penuh kepada semua peruntukan Perlembagaan dan Kanun Acara Jenayah, Pengampunan DiRaja (<em>Royal Pardon<\/em>) sama ada yang disebut sebagai <em>full pardon<\/em> atau <em>free pardon <\/em>hanyalah merujuk kepada pengampunan dalam konteks perlaksanaan hukuman semata-mata. Ia hanya merujuk kepada sama ada sesuatu hukuman yang sedang dijalani (atau akan dijalani) tersebut akan dilegakan, diringankan (digantikan dengan hukuman yang lebih ringan) atau ditamatkan serta-merta.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">7. Pengampunan DiRaja samada oleh YDPA atau Sultan, tidak akan membatalkan sabitan jenayah (<em>criminal conviction<\/em>). Tiada mana-mana peruntukan Perlembagaan dan Undang-Undang yang memberi kuasa kepada YDPA \/ Sultan untuk mengenepikan sesuatu sabitan jenayah. Sabitan jenayah itu akan terus kekal, selagimana ia tidak diketepi dan dibatalkan oleh sebuah Mahkamah yang kompeten.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">8. Dalam hal ini, tafsiran perundangan yang jelas telah diberikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad melalui satu Artikel bertarikh 7 Oktober 2018 yang bertajuk: Pengampunan dan Pembatalan Kehilangan Kelayakan Untuk Menjadi Ahli Parlimen, di mana beliau menegaskan sebagaimana berikut:-<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u201cPemberian <em>pardon, reprieve<\/em> dan <em>respite<\/em> itu tidak bererti sabitan dan hukuman yang dikenakan ke atas pesalah itu dimansuhkan atau dipadamkan daripada rekod mahkamah. Perintah itu kekal, cuma pesalah itu diampunkan atau dimaafkan daripada menjalani hukumannya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pengampunan itu tidak boleh disamakan dengan perintah mahkamah <em>to set aside<\/em> (mengenepikan), <em>quash<\/em> (membatalkan), atau deklarasi <em>null and void<\/em> (tidak sah dan batal). Hanya mahkamah yang boleh membuat perintah-perintah itu\u201d.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">9. Justeru, kenyataan-kenyataan balas pimpinan Pakatan Harapan, khususnya dari Setiausaha Agong PKR yang menyanggah terma \u201cbekas banduan\u201d dan menyatakan \u201cia tidak lagi timbul kerana DSAI diberi pengampunan penuh (<em>full pardon<\/em>) oleh YDPA\u201d adalah merupakan satu pembiasan politik yang sangat terdesak, untuk mengelirukan fakta sebenar seolah-olah sabitan jenayah DSAI telah dibatalkan sepenuhnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8220;Sejahtera Bersama Islam&#8221;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8220;Mara Menuju Cita&#8221;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">WAN ROHIMI BIN WAN DAUD<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pengarah<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jabatan Hal Ehwal Undang-undang (JUHAM)<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dewan Pemuda PAS Malaysia<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA 17 Mei 2019 | 12 Ramadhan 1440 1. Kenyataan Setiausaha Agong PAS, YB Dato\u2019 Takiyudin Hassan pada 10 Mei 2019 sewaktu berucap dalam ceramah bagi kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, yang melabelkan Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang \u201cbekas banduan\u201d adalah tepat dan berlandaskan undang-undang. 2. Secara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":9930,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"override_template":"0","override":[{"template":"1","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}]},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":{"enable_post_split":"0","post_split":[{"template":"1","tag":"h2","numbering":"asc","mode":"normal"}]},"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[158,1001,961,1000,790],"class_list":["post-9929","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-anwar","tag-dewan-pemuda-pas","tag-prosedur-mahkamah","tag-wan-rohimi","tag-ydp-agong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9929","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9929"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9929\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9933,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9929\/revisions\/9933"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9930"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9929"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9929"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9929"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}