Oleh Mohd Puad Zarkashi
Kenapa Shukri berhenti awal? Kerajaan PH adalah kerajaan bulldozer. Dia ‘bulldozed‘ semua. Yang pelik jadi tidak pelik. “Bishe-bishe je”.
Kalau Latheefa Koya yang melaungkan integriti gagal membuktikan integiriti kerana menerima pelantikan, maka apa jaminan SPRM akan berintegriti?
Walaupun sudah meletak jawatan dalam PKR, itu hanya lakonan sahaja. Fikrah politik kepartian sudah terpasak kuat dalam dirinya. Bahkan dia juga menonjol dalam politik ‘kem’ yang berantakan dalam PKR.
Hari itu lantik Ketua Polis Negara dari kalangan pegawai kontrak yang sudahpun berhenti awal. Hari ini lantik pula boss SPRM dari kalangan orang politik.
Memang patut pegawai-pegawai yang menunggu giliran dan bekerja keras dari bawah merasa marah dan demotivated.
Apatah lagi ia adalah dua agensi penguatkuasaan yang melibatkan integriti. Senang-senang sahaja orang luar yang tidak pernah memahami dan menyumbang dalam perkhidmatan awam apatah lagi SPRM, hendak menjadi “Bossku”.
Tapi hendak tahu juga kenapa DS Shukri mahu berhenti awal? Shukri kata, “Mission completed”? Apakah cukup setakat Najib ditahan semalam, diheret ke mahkamah dan dibicarakan?
Mana dia pendakwaan atas kesalahan Najib mencuri berbilion ringgit duit 1MDB? Kes SRC adalah kes money laundering. Perbicaraan yang sedang berjalan sekarang hanya mampu mendedahkan naratif politik kerajaan PH semata-mata.
Adakah ada kaitan dengan kenyataan akhbar Peguam Negara bertarikh 30 Mei 2019 yang mengaku bahawa wang 1MDB yang dikatakan hilang dan dicuri oleh Najib sebenarnya berlaku selepas dihantar dan dijamin oleh IPIC iaitu syarikat milik 100% kerajaan Abu Dhabi?
Maka ia menjadi tanggungjawab IPIC di mana sebenarnya wang itu boleh dituntut semula. Oleh kerana itu ia dibawa kepada Arbitration London.
Sama seperti kita menyimpan wang di dalam Tabung Haji dan tiba-tiba pegawai Tabung Haji selewengkan duit tersebut.
Mana boleh tuduh pendeposit sebagai pencuri. Sudah tentu TH kena bertanggungjawab dan bayar balik kepada si pendeposit atau pelabur.
Maka sekarang berdasarkan kenyataan media AG dan seperti yang dilaporkan oleh portal FMT, Tommy Thomas akan merayu keputusan Mahkamah Dagang London dan cuba mendapatkan balik RM14.6 Bilion yang dibayar oleh anak syarikat 1MDB kepada IPIC.
Maka adakah apabila Shukri mengundur diri maka pelantikan Latheefa sebenarnya ialah meneruskan misi siasatan dan pendakwaan “selektif dan politik ” kerajaan PH?
Sebab itu lantik orang politik.