AZMIN ALI TIDAK MEMPUNYAI CUKUP AHLI PARLIMEN UNTUK DR. MAHATHIR KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI

2.2k
SHARES
11k
VIEWS

Azmin Ali ditugaskan untuk check and balance kekuatan Anwar Ibrahim di dalam Pakatan Harapan.

Dulu, Anwar adalah ‘Boss’ kepada Azmin. Kini, kerana dok impian hendak jadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir adalah Boss kepada Azmin.

Azmin bukan pakar ekonomi. Walaupun diletak pelbagai pakar ekonomi di belakang Azmin.

Tiap-tiap hari, Azmin kena ‘kelentong’ dengan Lim Guan Eng dan Tony Pua.

LGE telah meletakkan pelbagai pegawai berbangsa Cina di MOF sehinggakan pegawai kanan MOF kata, beliau tidak pernah lihat sebegini ramai pegawai berbangsa Cina di MOF.

Perjumpaan pada hari Isnin, malam Selasa yang lalu di rumah kediaman rasmi Azmin di Putrajaya memperlihatkan kehadiran seramai 17 Ahli Parlimen UMNO dan 5 Ahli Parlimen dari PKR.

Ini adalah merupakan satu Grand Plan, untuk mendapatkan sokongan kepada Dr. Mahathir.

Perjumpaan di kediaman rasmi Azmin, lebih memperlihatkan kelemahan Azmin daripada kekuatan yang Azmin ada.

Apa yang pasti, Azmin tidak mempunyai angka yang cukup (Ahli Parlimen), sekiranya Dr. Mahathir ‘dilanggar’ oleh Anwar di Dewan Rakyat.

AZMIN HANYA ADA:

25 MP dari Bersatu.

17 MP UMNO pada malam Selasa.

6 MP PKR (termasuk Azmin sendiri).

18 MP dari PAS yang telah menyatakan sokongan kepada Dr. Mahathir.

Kalaulah dikatakan Azmin dapat semua Ahli Parlimen dari GPS Sarawak;

66 + 19 = 85 Ahli Parlimen.

Azmin masih lagi kurang 27 Ahli Parlimen.

Sekiranya benarlah, Azmin ada 16 orang Ahli Parlimen PKR yang menyokong beliau (6 + 10).

Maka, Azmin ada 85 + 10 lagi Ahli Parlimen PKR = Jumlah penuh 95 Ahli Parlimen.

Azmin masih lagi kurang (112 – 95) = 17 Ahli Parlimen.

Ikut manapun, Azmin masih lagi tidak mempunyai angka 112 Ahli Parlimen untuk Dr. Mahathir.

KEKUATAN ANWAR IBRAHIM:

Manakala, kekuatan Anwar Ibrahim kini terserlah;

45 MP PKR (51 – 6 sokong Azmin).

42 MP DAP.

11 MP AMANAH.

9 MP WARISAN.

Jumlah penuh sokongan Anwar : 45 + 46 + 11 + 8 = 107 Ahli Parlimen.

Bermakna, Anwar Ibrahim kekurangan hanya 5 Ahli Parlimen untuk sampai kepada angka 112.

Kalau diikutkan kenyataan akhbar dari Nazri Aziz (UMNO) yang menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Pasti, dengan sokongan Nazri Aziz, kini Anwar mempunyai jumlah: 108 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang akan menobatkan diri beliau sebagai Perdana Menteri ke-8.

Kecualilah, benar Azmin ada 16 MP PKR.

Maka, Anwar hanya ada 98 Ahli Parlimen bersama dirinya.

KESIMPULANNYA:

Kedua-dua pihak tidak mempunyai Angka 112 Ahli Parlimen.

OPTION PERTAMA:

Akhirnya, sekiranya berlaku pertempuran di Dewan Rakyat, Ahli-Ahli Parlimen BN (UMNO, MCA dan MIC), akan menjadi Power Broker, yang akan menentukan sama ada;

DR. MAHATHIR KEKAL PERDANA MENTERI KE-7,

Atau;

NEGARA AKAN MEMPUNYAI PERDANA MENTERI YANG BARU IAITU PM KE-8.

Apa juga yang jelas, sekiranya Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8,

Anwar akan menjadi Perdana Menteri yang pertama di dalam sejarah negara yang datang dari sebuah parti politik yang bukan 100 peratus parti politik bangsa Melayu.

OPTION KEDUA:

Sekiranya Dr. Mahathir merasakan dia tidak mempunyai angka yang cukup, yakni, 112 Ahli Parlimen.

Dan, Anwar going for the kill.

Apabila, berkemungkinan besar nyawa Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri akan ditentukan oleh;

PEKAN.

BAGAN DATUK dan;

GUA MUSANG.

MAKA, DR. MAHATHIR TIADA PILIHAN LAIN:

Dan berkemungkinan besar akan membubarkan Dewan Rakyat.

Membiarkan Anwar Ibrahim mendapatkan mandatnya sendiri dari rakyat negara ini untuk menjadi Perdana Menteri ke-8.

Kerana itulah, kali ini, Anwar Ibrahim begitu berhati-hati dengan PM Dr. Mahathir.

DITUNGGU.

Salam.

DSBA

25 November 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts