SIAPA VVIP YANG PUJUK AZILAH?

1.7k
SHARES
6.3k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

18 Disember 2019

Tun Daim pernah mendedahkan dia sendiri berjumpa dengan Anwar di penjara Sungai Buloh. Dia diminta oleh Tun Mahathir supaya memujuk Anwar untuk bergabung menumbangkan BN dan dijanjikan jawatan Perdana Menteri.

Daim mendedahkannya dalam Program Soal Rakyat TV3 pada 5 September 2018. Dia terpaksa jadi peguam semula untuk jumpa Anwar. Kerana hanya peguam dan keluarga sahaja yang boleh jumpa Anwar di penjara.

Maka siapakah VVIP yang didedahkan oleh Peguam Tan Sri Shafie Abdullah dan Raja Petra Kamaruddin yang jumpa Azilah di luar penjara?

Mereka juga cuba memujuk Sirul Azhar di Australia. Setelah gagal, Azilah pula dipujuk dengan janji terlepas dari tali gantung.

Tun Mahathir membuktikan beliau boleh melakukan apa sahaja sehingga memujuk Anwar di penjara. 

Lagipun beliau ada Peguam Negara yang tidak menghormati rule of law. Tommy Thomas boleh gugurkan kes rasuah Lim Guan Eng. Beliau boleh batalkan rayuan pendakwaan terhadap Rafizi.

Beliau satu-satunya Peguam Negara dalam sejarah yang diputuskan ada prima facie menghina mahkamah oleh Hakim Koroner dalam kes Mohd Adib.

Akuan bersumpah Azilah selepas hampir dua tahun memerintah membuktikan Kerajaan PH sudah tidak yakin untuk memenjarakan “segera” Najib dengan puluhan tuduhan kleptokrasi, AMLA dan salah guna kuasa.

Dengan tuduhan “membunuh” Najib boleh segera dipenjarakan. Maka ia menghalang program Bossku terus menarik sokongan rakyat khususnya anak muda terhadap BN.

Ia juga mampu menghalang Facebook Najib daripada terus aktif dengan hujah dan fakta yang gagal disanggah oleh Tun Mahathir dan menteri-menterinya.

Justeru SD terbaru Azilah itu tidak akan wujud tanpa adanya VVIP yang hebat itu.

Ia adalah conspiracy at the highest level.

Game plan Mahathir belum berakhir. Beliau “tersenyum” bila ditanya mengenai SD Azilah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts