KEBIJAKSANAAN PRESIDEN UMNO MENANGANI ISU TINDAKAN DISPLIN TERHADAP HISHAMUDDIN

682
SHARES
4k
VIEWS

Isu yang paling panas sehari dua ini adalah mengenai peletakan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Displin UMNO, Tan Sri Apandi Ali kerana pucuk pimpinan UMNO menangguhkan kes displin membabitkan Hishamuddin.

Apandi kata ini melibatkan maruah dan integriti beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Displin.

Pucuk pimpinan UMNO seharusnya tidak menangguhkan kes ini, kata Apandi.

Pemimpin-pemimpin UMNO berpendapat, penangguhan kes Hisham ini adalah kerana beberapa faktor dan strategi yang penting.

Sekiranya, Apandi tidak dapat memahami kehendak pucuk pimpinan UMNO, tiada siapa menghalang dirinya meletakkan jawatan.

Dulu pelantikan Apandi sebagai Peguam Negara (AG), adalah atas sokongan dan dokongan parti UMNO jua.

KEDUDUKAN TERKINI POLITIK NEGARA:

Perlu diingatkan UMNO akan berhadapan dengan PRK Kimanis di Sabah dalam waktu terdekat ini.

Tentangan yang kuat dari parti Warisan akan menjadikan PRK Kimanis ujian terbesar untuk UMNO di Sabah.

Selepas kemenangan BN di Tanjung Piai, Rantau, Semenyih dan Cameron Highlands, UMNO mengharapkan momentum sokongan rakyat ini akan berterusan ke Kimanis.

Realiti politik sekarang menunjukkan bahawa:

Dr. Mahathir dan Azmin Ali mempunyai sokongan seramai: 81 Ahli Parlimen.

Manakala, Anwar Ibrahim mempunyai sokongan seramai: 93 Ahli Parlimen.

Kedua-dua mereka tidak mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi iaitu: 112 Ahli Parlimen.

1. Untuk Dr. Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga ke hujung penggal iaitu: Julai 2023.

2. Untuk Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir pada: Mei 2020 atau Disember 2020 (Selepas Mesyuarat APEC).

Kerana itu berkemungkinan Presiden UMNO mengambil langkah:

1. Menangguhkan kes Hishamuddin dahulu kerana parti akan berhadapan dengan PRK Kimanis, dan

2. Menyedari bahawa kedudukan terkini sokongan Ahli-Ahli Parlimen terhadapan Dr. Mahathir dengan Azmin vs. Anwar Ibrahim masih belum berada di dalam keadaan yang kukuh.

3. Manakala kedudukan Ahli-Ahli Parlimen BN adalah seperti berikut:

UMNO = 38 orang.
MCA = 2 orang.
MIC = 1 orang.
Jumlah = 41 orang.

BEBAS DAN LAIN-LAIN = 7 orang.

KEBIJAKSANAAN PRESIDEN UMNO:

Dengan kedudukan terkini ini, jelas menunjukkan bahawa Dr. Mahathir masih kurang 31 Ahli Parlimen.

Anwar Ibrahim masih kurang 19 Ahli Parlimen untuk jadi Perdana Menteri ke-8.

Kerana itu, berkemungkinan Presiden merasakan bahawa BN dan UMNO akan jadi SUARA PENENTU, pada bulan Mei 2020 nanti sama ada Dr. Mahathir kekal Perdana Menteri atau Anwar jadi PM dan Dr. M digulingkan.

Maka, sekiranya tindakan displin diambil terhadap Hishamuddin sekarang, UMNO akan berpecah dan ini akan melemahkan parti UMNO dan Barisan Nasional.

Maka, tindakan Presiden ini dilihat sebagai satu tindakan yang paling bijaksana serta meletakkan parti di landasan yang betul dan kuat.

Sekiranya tiada jalan penyelesaian pada bulan Mei 2020 ini, maka jalan yang kedua terbaik, BUBARKAN PARLIMEN dan serah kuasa memilih semula kepada rakyat jelata.

KITA TUNGGU DAN LIHAT.

Salam. 

DSBA

28 Disember 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts