APAKAH ADA AGENDA BESAR HINGGA DIPAKSA MELETAKKAN JAWATAN?

430
SHARES
986
VIEWS

Hanya dua hari tirai Tahun 2020 dibuka, belum tamat kemeriahan sambutan tahun baru tersebut, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengumuman peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan oleh Dr Maszlee Malik berkuatkuasa pada 3 Januari 2020.

Di saat sesi persekolahan baru bermula, Menteri yang mengetuai portfolio pendidikan negara pula meletakkan jawatan dengan nasihat daripada mentornya, iaitu YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

2. Peletakan jawatan Dr. Maszlee adalah sama sekali bertentangan dengan sebaran berita mengenai prestasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dikatakan telah mencapai tahap tertinggi di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Seringkali dilihat Dr. Maszlee mahupun timbalannya, Teo Nie Ching dalam program bersama guru-guru sekolah menyampaikan pelbagai sumbangan bermula daripada bantuan kewangan sehinggalah kepada kerja-kerja penaiktarafan sekolah-sekolah kerajaan dan bukan kerajaan. Tidak terlihat masalah dalaman KPM yang memungkinkan pengumuman drastik Menterinya itu.

3. Namun, belumpun jauh kita melangkah ke tahun baru yang kita tahu bahawa seluruh rakyat Malaysia ternanti-nanti sejarah yang bakal diukir dengan lembaran Wawasan 2020, tiba-tiba rakyat dikejutkan dengan tindakan drastik peletakan jawatan oleh Dr. Maszlee yang kebelakangan ini panas dengan isu “Tulisan Jawi”, provokasi yang sengaja dibangkitkan oleh Dong Zong dengan alasan kononnya pembelajaran tulisan Jawi merupakan usaha Islamisasi terhadap murid-murid bukan Islam Cina dan India.

4. Satu hujah dangkal lagi dungu daripada sebuah persatuan yang buta sejarah pembangunan dan perkembangan kemodenan negara.

5. Namun itulah yang terjadi, dalam masa yang sama kita sebagai rakyat tertanya-tanya adakah benar peletakan jawatan Dr Maszlee adalah disebabkan oleh kontroversi isu tulisan Jawi ataupun ada sesuatu yang lebih besar lagi daripada itu sebagaimana laporan Sabahkini2.com bertarikh 2 Jan 2020.

Khabarnya kerana pembatalan projek-projek besar kroni pihak tertentu yang melibatkan kerugian berbillion ringgit? Dan ada pula tularan media yang mengatakan ia adalah disebabkan prestasi KPM yang merudum teruk?

6. Bantahan berterusan pembelajaran tulisan Jawi daripada pertubuhan Dong Zong terutamanya, tidak patut menjadi sebab utama peletakan jawatan Dr. Maszlee Malik, kerana Dong Zong tidaklah berkuasa untuk menentukan hala tuju pendidikan negara. Isu tersebut amat kecil untuk dijadikan sebab utama Maszlee perlu melepaskan jawatan di kementerian strategik itu.

7. Seterusnya, jika peletakan jawatan itu adalah disebabkan prestasi teruk Maszlee, KPM bukanlah satu-satunya kementerian yang menunjukkan prestasi lemah di bawah pemerintahan PH, kerana Kementerian Perpaduan di bawah YB Waytha Moorty adalah jauh lebih teruk.

Waytha Moorty dilihat tidak langsung berkemampuan untuk menjaga perpaduan kaum apatah lagi dengan kes kematian Allahyarham Adib yang tidak mendapat pembelaan. Jika dinilai daripada prestasi, tentulah Waytha Moorty patut meletakkan jawatan lebih awal daripada Maszlee.

8. Dan jika peletakan jawatan itu adalah disebabkan tekanan daripada pihak-pihak tertentu sepertimana yang dilaporkan secara terperinci oleh Sabahkini2.com, maka sebagai seorang bekas pendidik yang mempunyai integriti tinggi, Dr. Maszlee seharusnya melaporkan perkara ini kepada SPRM untuk siasatan lanjut dan mendesak supaya siasatan menyeluruh dilakukan jika berlaku campur tangan taikun-taikun tersebut dalam hal pengagihan kontrak-kontrak di bawah seliaan KPM.

Siasatan SPRM adalah perlu bagi memastikan urusan pengagihan kontrak kerajaan dilakukan dengan telus. Dan rakyat berhak tahu bahawa masih ada tangan-tangan ghaib yang melakukan rasuah di dalam negara.

9. MUAFAKAT memandang serius perkara ini dan mahukan kepastian apakah sebenarnya yang sedang berlaku di dalam Kementerian Pendidikan sehingga Menterinya terpaksa meletakkan jawatan. Kerajaan PH harus bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat semua kemusykilan ini agar PH tidak terpalit dengan fitnah dan skandal dalaman.

10. Akhir sekali, MUAFAKAT mendesak supaya satu laporan lengkap dibuat ke atas peletakan jawatan Dr. Maszlee Malik ini. Rakyat berhak tahu hasil laporan tersebut bagi mengelakkan PH dianggap sebagai kerajaan yang gagal.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Naib Pengerusi UMMAH

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts