PENDEDAHAN SPRM MENDEDAHKAN KESAHIHAN “COUP D’ETAT”

602
SHARES
3.1k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

SPRM mendedahkan rakaman perbualan berprofil tinggi tanpa sebarang penjelasan lengkap dan siasatan terlebih dahulu.

Ia senjata makan tuan.

Sebabnya, rakaman itu bertukar menjadi bukti memang wujud konspirasi peringkat tertinggi untuk menyingkirkan Najib ketika itu.

Ia adalah “coup d’etat” tanpa senjata. Cukup menggunakan “charge sheet” untuk mendakwa Najib. Supaya akhirnya Najib meletak jawatan.

Lathefaa mendakwa rakaman telefon antara Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan  Datuk Seri Rosmah itu berlaku pada 5 Januari 2016. Ketika itu TS Dzlkifli adalah pendakwaraya.

Dzulkifli dilantik menjadi Pesuruhjaya SPRM hanya pada 1 Ogos 2016.

Merakam perbualan seorang Perdana Menteri sudah cukup membuktikan wujud konspirasi “peringkat tertinggi”.

Kenapa baru sekarang disiarkan rakaman itu kepada rakyat ketika Najib bukan lagi PM.

Motifnya ialah membina persepsi untuk memalukan Najib semata-mata.

Salahkah TS Dzulkifli selaku penjawat awam memaklumkan kepada PM yang dilantik secara sah dan demokratik bahawa terdapat ‘usaha’ untuk mendakwa beliau.

Selaku penjawat awam yang setia kepada “government of the day” Dzulkifli berhak memaklumkan kepada PM wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau.

Dalam rakaman itu TS Dzulkifli menyebut “Not very good”. “Bila tengok IP tu macam nak menangis saya rasa”. “Sampai to that extent”.

Dia nak menangis bukan kerana terdapat bukti kukuh Najib bersalah. Tetapi terkejut kerana sampai ke satu peringkat seorang Perdana Menteri mahu didakwa.

Dzulkifli menyatakan “Datuk Seri memang kena ‘main,’ ”

Dia turut menyatakan “Pelik, kenapa laporan siasatan dihantar kepada lima orang Panel Khas”.

Menurutnya “Kertas siasatan itu sepatutnya diserah kepada AG Chambers terlebih dahulu”, bukan Panel Khas.

Kenyataan di atas menguatkan lagi syak wasangka bahawa memang Najib kena ‘main’.

Apatah lagi dalam rakaman itu TS Dzulkifli mendedahkan apa yang Abu Kassim (bekas bos SPRM) kata kepada Ghani Patail.

Katanya, “Tan Sri (Ghani) tuduh sahajalah. Tan Sri pun nak bersara. You will be remembered by the people after this”.

Sebelum dipecat dari UMNO pada 24 Jun 2016, viral video pengakuan TS Muhyiddin dalam mesyuarat MT bahawa konspirasi untuk menjatuhkan Najib memang wujud. 

Menurutnya konspirasi itu ‘real’ tetapi Muhyuddin menafikan dia turut terlibat.

Di samping itu, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataannya pada 27 Februari 2016 menyatakan, memang ada “konspirasi peringkat tertinggi” untuk menjatuhkan Najib.

Menurutnya apabila Peguam Negara ketika itu memberi taklimat dan berkongsi maklumat sulit kepada Muhyiddin ia tidak beretika bahkan melanggar OSA.

Azalina mendakwa “charge sheet” telah disediakan oleh AG bulan Mei 2015 sebelum Panel Khas diwujudkan dan sebelum siasatan dimulakan pada bulan Jun 2015.

Begitu juga sebelum SPRM mengambil keterangan daripada DS Najib pada bulan Disember 2015.

Baca di sini;

http://www.astroawani.com/berita-politik/langgar-osa-muhyiddin-terlibat-dalam-konspirasi-jatuhkan-najib-azalina-96437

Dalam rakaman itu Najib ada menyebut, “Saya tidak terlibat langsung”.

“Ini memang nak mengenakan saya”.

Itu membuktikan Najib tidak ada “guilty conscious” pada dirinya.

Nampaknya, Latheefa seperti mahu bermain persepsi terlebih dahulu. Lathefaa membenarkan “trial by media”.

Pada kaca mata rakyat, Latheefa menjadikan SPRM alat politik. Rule of law semakin terhakis.

Pendedahan rakaman audio itu menyebabkan luka PH lebih dalam. Latheefa patut ikut jejak Maszlee.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts