CORONAVIRUS: WHO ISYTIHAR KECEMASAN ATAU DARURAT KESIHATAN AWAM

196
SHARES
633
VIEWS

Pagi tadi Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) mengisytiharkan bahawa pandemik wabak Coronavirus yang sedang merebak adalah suatu “kecemasan atau darurat kesihatan awam di peringkat antarabangsa“.

Semalam Amerika Syarikat melaporkan kes Coronavirus pertama jangkitan individu ke individu (person-to-person) di negara itu yang mana ianya dikesan di bandaraya Chicago, 11,500 km daripada Wuhan, China.

Persatuan juruterbang-juruterbang syarikat penerbangan American Airlines sedang memfailkan saman ke atas syarikat penerbangan tersebut untuk menghentikan semua penerbangan ke China kerana ia adalah “membahayakan keselamatan penumpang dan anak-anak kapal”.

Setakat pagi ini, dalam tempoh seminggu 170 orang telah mati dan 7,834 kes telah dikesan, dua kali ganda dari dua hari lepas.

2,000 kes baru telah dilaporkan dalam 24 jam yang lalu.

Kepada pemimpin-pemimpin dan menteri-menteri PH, hentikanlah cubaan anda untuk terus meremehkan perkara ini dengan menyamakan ia dengan denggi, kemalangan jalan raya dan sebagainya, ia hanya akan menyerlahkan keaiban dan kedangkalan anda.

Dalam hal wabak virus berbahaya yang cepat merebak dan tiada ubat ini, adalah lebih baik kita bertindak “over-react” atau mengambil tindakan berlebihan daripada kita “under-react” atau mengambil langkah “wait and see” atau tunggu dan lihat apa negara lain buat.

Sebab risikonya jika kita lambat bertindak atau mengambil remeh adalah kematian nyawa rakyat.

Negara-negara lain mengambil tindakan segera bukan kerana mereka panik tidak tentu pasal, namun sebab mereka tahu bahaya dan risiko kritikal yang menimpa rakyat mereka akibat virus ini.

Jika kita mengambil mudah atau meremehkan perkara ini dan berlagak cool tidak bertempat dengan hal ini dengan pelbagai alasan sindrom penafian, maka kita akan memperjudikan nyawa kita sendiri dan nyawa rakyat.

Jika rakyat kita mati kerana sebab ini, maka kematian itu adalah kerana kebodohan pemimpin dan kerajaan kita sendiri.

ISHAM JALIL

31 Januari 2020

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/644526119636249/?d=n

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts