BILA SI JAHIL MAHU BERSYARAH AGAMA…

479
SHARES
1.4k
VIEWS

Inilah yang dikatakan “intellectual barbarian”, apabila mereka yang bukan ahli dalam sesuatu bidang cuba mengajar yang lain dalam bidang berkenaan.

2. Sedangkan pihak yang ditegur itu sudah berpuluh tahun menangani isu yang berkaitan dengan ancaman golongan Syiah. Rujukan bukan sekadar kitab alim ulamak Ahli sunnah wal Jamaah (ASWJ) tetapi juga kitab kitab rujukan Syiah dijadikan hujahan dalam jurang pertembungan tauhid.

3. Yang membimbangkan ialah kesan dan akibatnya terdapat orang awam yang akan terkeliru dengan penjelasan dari yang bukan ahli atau mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Ia akan memberi kesan negatif dan membuatkan masyarakat umum semakin celaru untuk memahami sesuatu fatwa. Tambah pula ini adalah soal akidah dan bukannya masalah khilaf furu’iyah dalam bab feqah.

4. Membuat kenyataan secara terbuka oleh Dr Ahmad Farouk Musa dari Islamic Renaissance Front (IRF) terhadap pihak JAIS sebagai autoriti agama yang diiktiraf oleh Ketua Agama Negeri yakni Tuanku Sultan Selangor ternyata melampau serta biadap. Farouk telah “cross the line” dalam bidang yang bukan kepakarannya, sepatutnya beliau bermuzakarah dan mendapatkan penjelasan terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan tersebut jika beliau benar inginkan pencerahan.

5. Kenyataan beliau itu hanya memalukan diri sendiri serta menunjukkan kejahilan beliau dalam memahami doktrin Syiah atau asalnya dikenali sebagai golongan Rafidhoh. Pertentangan antara ASWJ atau nama lain yang jarang disebut iaitu golongan Firqah Najiyah adalah pertentangan dalam bab akidah yang sudah diperbahas ratusan tahun sebelum ini. Golongan Rafidhoh ini jelas dalam iktikadnya mengkafir dan melaknat para Sahabat Radhiyallahu’Anhum serta melaknat para isteri Saidina Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam.

6. Hujah Farouk yang mengatakan: “tiada seorangpun pengikut Syiah yang ditahan kerana kegiatan pengganas di Malaysia”, ternyata menunjukkan kedangkalan beliau dalam memahami pertembungan antara dua firqah terbesar dalam dunia Islam. Ini bukannya isu baru berusia beberapa bulan atau tahun yang lalu.

7. Amat mendukacitakan bagi MUAFAKAT apabila seseorang yang menganggap dirinya ilmuan membuat kenyataan yang gopoh itu, ia bagai mahu menunjukkan bahawa organisasi yang diwaklinya itu hanyalah gah pada nama sahaja namun isinya hampas.

8. Sepatutnya beliau terlebih dahulu memahami hujahan ulama nusantara serta para ilmuan dari golongan Firqah Najiyah yang selama ini berdepan menangani golongan Rafidhoh ini atau nama terkenalnya Syiah.

MUAFAKAT bersedia untuk berbincang dengan Farouk mengenai hal ini.

Mahmud Hishamuddin

Setiausaha Agong MUAFAKAT

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts