UMMAH UCAP TAHNIAH DAN SOKONG KERAJAAN PERPADUAN UMMAH-MUAFAKAT NASIONAL

625
SHARES
2.4k
VIEWS

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) melahirkan rasa syukur kerana kemelut politik yang melanda negara kini sampai ke penghujungnya.

UMMAH memuji tindakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berjaya menyelesaikan isu ini dengan penuh bijaksana.

Hari ini sah YAB Tan Sri Muhyiddin  Md Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.

UMMAH akan menyokong penuh kerajaan gabungan tiga parti besar dominan Melayu-Islam ini dan akan memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya demi memelihara Islam, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu serta bangsa dan agama lain bagi mengukuhkan perpaduan nasional.

UMMAH juga menuntut kerajaan baru ini akan menegakkan keadilan ‘rule of law‘ dalam setiap masa, berintegriti, inklusif, kompeten, beramanah dan bertanggungjawab bagi membangunkan negara Malaysia yang sejahtera serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

MOHD ZAI MUSTAFA

Pengerusi

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
29 Februari 2020 | 5 Rejab 1441

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts