TOMMY THOMAS DAN LATHEEFA KOYA: SILA DUDUK DAN JANGAN LARI

1.8k
SHARES
1.7k
VIEWS

Hari ini tumpuan terarah kepada berita peletakan jawatan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. Seorang lagi lantikan politik oleh kerajaan PH selepas Tommy Thomas berundur. Tommy Thomas mengakui jawatan yang disandangnya adalah lantikan politik.

Latheefa Koya pula masih cuba bermain ‘silap mata’ enggan mengakui jawatan yang disandangnya adalah lantikan politik. Konon mahu kembali aktif sebagai aktivis hak asasi manusia.

Tindakan Tommy dan Latheefa ini adalah cerminan mengapa mereka dilantik.

Tommy pernah menjadi peguam kepada Chin Peng (ketua pengganas komunis) yang seperti ‘gila talak’ mahu kembali ke Malaysia. Tommy dalam tulisan-tulisan dan artikel beliau banyak menyebelahi DAP dan Anwar Ibrahim. Setelah BN tumbang pada PRU14 lalu, Tommy mencatat sejarah menjadi Peguam Negara. Banyak keputusan beliau dilihat menyokong PH, bukannya mendukung prinsip keadilan.

Begitu juga Latheefa Koya. Latheefa adalah ahli PKR yang aktif. Beliau memegang jawatan di dalam PKR dan hanya meletak jawatan di dalam PKR setelah diumumkan pelantikan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. Ketika menjawat jawatan tersebut, Latheefa lebih senang mengikut arahan Tun Mahathir yang menekan lawannya. Kes-kes rasuah yang melibatkan pemimpin PH disenyapkan.

Sekali lagi, SPRM dilihat menjadi alat kepada kerajaan PH. SPRM langsung tidak mendukung prinsip keadilan dalam penyiasatannya. SPRM hilang kredibiliti. Zaman Latheefa jauh lebih teruk dari zaman Tan Sri Shukri Abdull yang dikatakan turut menyokong PH.

Jika benar berpegang kepada prinsip keadilan, mengapa mahu melepaskan jawatan setelah kerajaan berubah? Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah penjawat awam yang berkhidmat kepada kerajaan semasa.

Eloklah Tommy dan Latheefa meletakkan jawatan mereka. Namun peletakan jawatan mereka bukanlah satu penyelesaian.

Segala tindakan salah guna kuasa dan penyelewengan mereka MESTILAH diadili.

Jika PM baru ini bercakap tentang integriti dan ketelusan, mulakan dengan mereka berdua ini. Banyak kerosakan sistem perundangan dan penyiasatan telah dilakukan mereka berdua.

Tahan pasport mereka. Jangan benarkan mereka keluar negara. Tommy ada ‘kepentingan’ di Kanada. Latheefa jika benar mahu kembali sebagai aktivis hak asasi tentunya punya hubungan dengan NGO luar negara. Potensi mereka untuk keluar negara amat besar.

Rakyat mengharap ketegasan kerajaan dalam hal ini. Ini adalah keutamaan. Ini kerana jika tidak dilakukan segera kita bakal kehilangan dua ‘pemain utama’ kerajaan PH yang mempermainkan makna keadilan dan ketelusan yang sebenar….

Paku Warren

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts