KEPERLUAN MENYEMAK KEPUTUSAN SSM MENGHENTIKAN PERKHIDMATAN ATAS TALIAN

361
SHARES
2.1k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN BATU SAPI

1. Saya merujuk kepada notis SSM bertarikh 17 Mac 2020 yang mengumumkan penutupan sementara kaunter dan perkhidmatan atas talian SSM.

2. Susulan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menangani wabak Covid-19 di Malaysia, SSM telah menghentikan operasi kaunternya bermula pada jam 3 petang hari ini dan sejurusnya menghentikan perkhidmatan atas taliannya pula pada pukul 5 petang tadi.

3. Tujuan utama SSM adalah bagi bertindak sebagai agensi untuk mendaftarkan syarikat serta perniagaan dan menyediakan maklumat berkaitan syarikat dan perniagaan kepada masyarakat umum.

4. Oleh itu, ini jelasnya merupakan satu keputusan yang diambil secara terburu-buru oleh SSM. Ia merupakan satu keputusan yang bukan sahaja akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara tetapi yang turut mendatangkan oleh pelbagai kesan buruk yang lain.

5. Pelbagai sektor dan pihak seperti sektor kewangan dan telekomunikasi, agensi pelaporan kredit, firma guaman, firma kesetiausahaan syarikat dan agensi penguatkuasaan undang-undang sangat bergantung kepada maklumat dan dokumen yang disediakan oleh SSM untuk menjalankan perniagaan mereka dan melakukan pelbagai siasatan.

SSM dan Kerajaan Persekutuan yang baharu perlu sedar bahawa pendaftaran oleh SSM adalah sangat penting bagi tujuan melakukan proses due diligence dan proses pengesahan entiti perniagaan oleh kedua-dua sektor swasta dan awam.

7. Sebagai contoh, institusi-institusi kewangan sangat bergantung kepada maklumat daripada SSM untuk melakukan due diligence dan pengesahan entiti semasa proses pembukaan akaun bank perniagaan dan dalam memberikan pinjaman perniagaan. Bagaimanakah Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) dapat meneruskan proses pendaftaran serta memohon pembiayaan daripada sama ada institusi Kerajaan ataupun swasta apabila perkhidmatan atas talian SSM
dihentikan? Soalan-soalan seperti ini perlu dijawab oleh SSM dan Kerajaan Persekutuan baharu.

8. Saya tidak dapat melihat atau memahami tujuan SSM dalam menghentikan perkhidmatan atas taliannya pada satu masa negara dilanda krisis seperti ini. Penggantungan ini hanya beroperasi untuk memburukkan lagi keadaan sedia ada. Ia akan menyebabkan ekonomi dan operasi perniagaan di sekitar negara merosot lebih lagi. Keputusan ini juga berkemungkinan menghalang penyiasatan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang seperti Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang memerlukan maklumat daripada SSM.

9. Oleh itu saya menyeru kepada SSM dan Kerajaan Persekutuan untuk segera menyemak keputusan untuk menghentikan perkhidmatan atas talian SSM.

Y.B. DATUK LIEW VUI KEONG

Ahli Parlimen P.185 Batu Sapi

Rujuk notis penutupan tersebut di  laman Facebook SSM di pautan:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2878592948894756&id=112188875535191

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts