E-HAILING: WAJAR WAJIBKAN CARUM PERKESO

116
SHARES
374
VIEWS

Kerajaan disarankan mewajibkan pemandu e-hailing membuat caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan bukan hanya menasihati mereka, bagi mengelakkan kejadian sama yang menimpa pemandu GRAB, Aiman Nosri yang meninggal dunia dan didapati tidak dilindungi oleh PERKESO.

Atau penyedia perkhidmatan e-hailing itu sendiri yang mensyaratkan agar PERKESO diwajibkan, sama ada menolak daripada komisyen pemandu ataupun mencarumkannya secara percuma sebagai sebahagian daripada faedah bekerja dengan e-hailing tersebut.

Selain itu persatuan pemandu e-hailing juga wajar memainkan peranan memberi kesedaran dan memperjuangkan kebajikan pemandu terutamanya aspek keselamatan bukan hanya menjadi medium bagi menyuarakan ketidakpuasan hati ahli-ahlinya.

Ini akan meningkatkan keyakinan pemandu dan keluarga, selain itu mereka juga boleh mendapatkan perlindungan insurans tambahan buat diri mereka kerananya ramai pemandu yang terlepas pandang dua perkara penting ini sebelum menjadi pemandu perkhidmatan e-hailing.

“Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan 2017 (Akta 789) jelas mewajibkan semua pemandu teksi dan perusahaan yang seumpamanya untuk mendaftar dan mencarum dengan PERKESO.”

“Tapi masih ramai yang mungkin kurang kesedaran, mereka memikirkan ini sebagai satu bebanan, lihat apa yang berlaku kepada seorang pemandu GRAB baru-baru ini, andai kata kalau dia mendaftar, warisnya sudah tentu akan dapat faedah PERKESO, jadi mungkin ada yang melihatnya sebagai satu bebanan tetapi kita perlu melihatnya sebagai satu perlindungan keselamatan sosial,” – Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas isu pemandu GRAB, Aiman Nosri yang meninggal dunia dan didapati tidak dilindungi PERKESO.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts