Sumbangan Artikel dan berita

Kami menyeru mana-mana pihak sama ada individu, pertubuhan dan parti politik, NGO termasuk NGO Islam agar berhubung dengan wakil kami secara terus melalui email malaysiaeditor@gmail.com atau bagi mereka yang mengetahui nombor kami bolehlah terus menghantar artikel anda ke nombor tersebut.

Sebarang sumbangan artikel tidak dikenakan sebarang bayaran dan pihak kami tidak pernah meminta sumbangan atas artikel yang disiarkan. Sungguhpun begitu pihak kami tidak bertanggungjawab dengan sebarang implikasi daripada artikel tersebut dan pihak yang tersinggung atau ingin meminta penjelasan bolehlah terus berhubung dengan pengirim artikel tersebut yang namanya akan disertakan dalam setiap artikel.

Justeru pengirim artikel tersebut wajar terlebih dahulu menyemak fakta yang diketengahkan dan pihak kami tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya ada kandungannya menyentuh isu-isu tertentu yang dibangkitkan.

Isu ‘wakil’ atau orang tengah

Editor Malaysia tidak pernah menggunakan mana-mana orang tengah ataupun melantik sebarang wakil bagi mendapatkan artikel atau berita yang akan disiarkan.

Pihak kami sebelum ini ada menerima sumbangan artikel daripada pelbagai individu dan NGO termasuk NGO Islam namun ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan nama kami untuk bertemu dengan pihak yang lain kononnya bagi sumbangan berita ataupun artikel.

Ingin kami tegaskan di sini pihak kami selaku media independen tidak pernah mengenakan sebarang bayaran bagi setiap sumbangan artikel ataupun berita dan tidak melantik mana-mana wakil untuk berbincang, berunding ataupun bagi membantu pihak kami untuk mendapatkan sumbangan, dana ataupun imbuhan.

Dengan tegas pihak kami ingin nyatakan, ada individu tertentu termasuk dari NGO Islam yang dikenali telah menggunakan nama kami untuk berunding dan berbincang dengan pelbagai pihak termasuk parti dan pihak kerajaan kononnya kami Editor Malaysia memerlukan dana dan bantuan untuk meneruskan operasi.

Pihak kami mempunyai kesemua bukti termasuklah cetakan skrin (screenshot) dan rakaman perbualan dengan pihak yang dinyatakan daripada awal termasuklah pengakuan mereka menerima dana daripada pihak tertentu.

Pihak kami telahpun membuat penafian kepada pihak ketiga yang ditemui oleh NGO Islam tersebut bagi menjelaskan kedudukan yang sebenar iaitu bukan pihak kami yang terlibat sebaliknya nama Editor Malaysia telah digunakan tanpa kebenaran.

Yang terkini, ada pihak menyalah anggap dan mengaitkan kami dengan individu tertentu sedangkan pihak kami hanya menerima dan menyiar kembali artikel mereka tanpa ada sebarang imbuhan ataupun ganjaran. Kami tidak terlibat atas kecenderungan mereka dengan mana-mana pertuduhan, parti ataupun gerakan, termasuk yang mahu menumbangkan kerajaan. 

Justeru kami memohon mana-mana pihak sama ada individu, pertubuhan dan parti politik, NGO termasuk NGO Islam agar berhubung dengan wakil kami secara terus melalui email malaysiaeditor@gmail.com.

Sekali lagi ingin kami tegaskan, jangan ada pihak yang mengambil kesempatan atas bantuan dan kebaikan pihak kami membantu mereka (sama ada menyiarkan artikel, konsultansi dan membuat kertas cadangan) sebelum ini dan jika didapati berterusan menggunakan nama Editor Malaysia maka pihak kami tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan perkara tersebut termasuk dengan bukti-bukti mereka menerima dana daripada pihak tertentu.

Komen Pembaca

Segala sumbangan berita/artikel serta komen dan pandangan yang dilontarkan pembaca melalui laman web ini tidak mempunyai kaitan dengan pendirian pihak Editor Malaysia @ editormalaysia.com.

Segala komen yang dilontarkan oleh pembaca melalui akaun masing-masing adalah pandangan peribadi mereka sendiri. Segala risiko dan akibat yang terhasil melalui komen tersebut adalah tanggungan dan bebanan mereka sendiri.

Walaubagaimanapun, pihak Editor Malaysia berhak memadam komen yang tersiar sekiranya didapati komen dan pandangan tersebut amat keterlaluan yang boleh mengancam keharmonian di negara kita seperti menghina kaum, agama, Raja-raja dan tokoh negara secara melampau.

Kita mengharapkan agar pembaca bersikap budiman, bermaruah dan memberi komen cerdik berlandaskan fakta dan bukannya berunsurkan fitnah dan tanggapan semata-mata.

Wallahualam. Terima kasih.