JALIL PERLU PULANGKAN GAJI LUMAYAN DI PNB DAN ZETI PERLU LETAK JAWATAN

5.3k
SHARES
26.3k
VIEWS

Lembaga Pengarah Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada Isnin 15 Jun 2020 mengumumkan bahawa mereka telah menerima peletakan jawatan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Jalil Rasheed.

Peletakan jawatan Jalil sudah dihidu sejak Sabtu lepas ketika akhbar The Edge melaporkan bahawa Jalil yang berusia 38 tahun itu mungkin diganti kerana ‘masalah’ tertentu mengenai pelantikannya dalam PNB.

Antara masalah yang dibangkitkan adalah isu kelayakan akademik dan juga pengalaman bekerja Jalil Rasheed yang dikatakan mempunyai sedikit keraguan.

Perkara ini tidak dijelaskan sepenuhnya dan masih menjadi tanda tanya apakah sebab sebenar Jalil Rasheed meletakkan jawatan.

Eloklah Jalil meletak jawatan. Ini kerana, selagi isu latar belakang akademik serta pengalaman kerja Jalil Rasheed tidak diselesaikan, maruah PNB sebagai satu institusi yang dihormati akan tercalar.

Malah, rakyat Malaysia terutamanya orang Bumiputera yang melabur di dalam dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang diuruskan PNB tidak mahu dana mereka diuruskan oleh PNB yang mempunyai seorang Chief Executive Officer (CEO) yang diragui kelayakan akademik serta pengalaman bekerjanya.

Kita semua masih ingat ‘kejayaan’ Jalil Rasheed menjadi CEO PNB.

Antara ‘kejayaan’ paling hebat beliau adalah mengumumkan pengagihan dividen yang paling rendah dalam sejarah sejak tahun 1990 yang lalu iaitu 5.5 peratus seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Tindakan Jalil Rasheed ini akhirnya membuat pelabur di dalam ASB marah, dan ramai yang tidak puas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh PNB di bawah pentadbiran beliau.

Selain itu, tindakan pemimpin Pakatan Harapan seperti Syed Saddiq menjadikan isu peletakan jawatan Jalil Rasheed sebagai satu isu politik merupakan satu tindakan terdesak dan hipokrit.

Ini kerana pada 9 Mei 2018, apabila Pakatan Harapan menjadi kerajaan ramai CEO Government Link Companies (GLC) yang terpaksa melepaskan jawatan mereka tanpa sebarang alasan.

Antaranya adalah sembilan pengarah Khazanah Nasional Bhd termasuk Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Nor Md Yusof meletak jawatan bagi memberi laluan kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan memutuskan kepimpinan dan hala tuju syarikat pelaburan kerajaan itu.

Keputusan itu dibuat beberapa minggu selepas mantan Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik Khazanah Nasional.

Peletakan sembilan pengarah Khazanah Nasional Bhd adalah dengan jelas kerana campur tangan politik dari pihak kerajaan Pakatan Harapan.

Namun yang peliknya, pemimpin lain di dalam Pakatan Harapan semua diam seribu bahasa.

Akhir sekali, rakyat Malaysia mahukan seorang CEO yang berintegriti memimpin PNB.

Tidak kira sesiapa sahaja asalkan CEO baru ini beramanah, mempunyai integriti yang baik serta jujur dalam menjalankan amanah yang diberi.

PNB adalah payung kepada orang Bumiputera di negara ini jadi ia harus ditadbir dengan baik oleh seorang profesional demi memastikan kelangsungan PNB dan juga semua pelaburan yang dibuat akan menguntungkan pelabur yang majoriti adalah orang Bumiputera. Itu sahaja.

Ura-ura mengatakan bahawa antara sebab Jalil dilepaskan daripada PNB adalah kerana dia telah menipu sijil kelulusan akademiknya.

Jika ini benar, Jalil sepatutnya perlu memulangkan gajinya yang lumayan ketika menjawat jawatan CEO di PNB kerana gaji dan jawatan tersebut diperoleh atas dasar penipuan beserta prestasinya yang buruk.

Zeti Aktar iaitu Pengerusi PNB juga perlu bertanggungjawab dan meletak jawatan dan tidak boleh terlepas begitu sahaja.

Dipetik dari laman Facebook Barisan  Nasional Selangor 

https://www.facebook.com/407605752591041/posts/3517146124970306/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts