DPMM MENYOKONG LANJUTAN MORATORIUM DAN BANTUAN BERSASAR

392
SHARES
2.3k
VIEWS

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA (DPMM) 

1. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 29 Julai 2020 berkenaan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar. Ini adalah antara langkah yang diambil oleh kerajaan di bawah Pelan Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN yang bertujuan untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi.

2. DPMM melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih di atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh YAB Perdana Menteri terhadap isu berkaitan moratorium seperti yang telah dibangkitkan dan dibincangkan oleh DPMM bersama-sama dengan delegasi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) semasa pertemuan bersama YAB Perdana Menteri di Parlimen pada 20 Julai 2020 yang lalu. Turut hadir di dalam perbincangan tersebut ialah YB Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed dan YB Dato’ Sri Tengku Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz.

DPMM juga ingin mengucapkan syabas kepada pihak Bank Negara Malaysia (BNM) kerana mengambil langkah proaktif untuk menggalakkan peminjam berhubung dan berbincang dengan pihak bank untuk membuat penstrukturan dan penjadualan semula (R&R) pinjaman kewangan mereka sebelum berakhir September 2020.

DPMM menggesa agar semua rekod peminjam yang bermasalah akibat pandemik COVID-19 ini, tidak dimasukkan didalam sistem ”Credit Rating History” CCRIS dan CTOS sepanjang program Penstrukturan dan Penjadualan semula (R&R) berlangsung termasuklah peminjam yang berurusan dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Ini adalah sangat penting bagi meringankan beban peminjam yang bermasalah melalui fasa pemulihan kehidupan, pekerjaan dan perniagaan mereka. Sekiranya rekod CCRIS dan CTOS ini masih direkodkan seperti biasa, maka dikhuatiri mereka akan menghadapi masalah untuk membuat pinjaman pemulihan perniagaan mereka di masa hadapan terutamanya perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS).

DPMM menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Dato’ Takiyuddin Hassan bahawa kerajaan akan memberikan pelepasan automatik kepada penghutang selepas tiga tahun diisytihar muflis.

Ini secara tidak langsung dapat memberikan nafas baru dan membantu golongan muflis untuk bangkit semula lebih-lebih lagi semasa negara sedang mengalami kelembapan ekonomi sekarang ini.

DPMM juga mencadangkan agar kerajaan menyegerakan pembentangan Rang Undang-Undang COVID-19 dan mendapatkan penyertaan awam dalam menyediakan dokumen tersebut. Sungguhpun pandemik COVID-19 telah lama melanda seluruh dunia, kelewatan meluluskan Rang Undang-Undang COVID-19 dikhuatiri akan membawa banyak implikasi undang-undang kepada urusan perniagaan di Malaysia.

Diharap agar pihak kerajaan dapal mempertimbangkan cadangan-cadangan dari pihak DPMM ini. DPMM sentiasa menyokong sebarang usaha pihak kerajaan untuk meringankan beban usahawan dalam usaha untuk memulihkan semula ekonomi negara pasca COVID-19 ini.

Sekian. Terima kasih.

Oleh Norsyahrin Bin Hamidon

Timbalan Presiden

Bagi pihak Majlis Eksekutif DPMM

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts