• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Monday, November 27, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

HATI-HATI DALAM AGIHAN KERUSI BERSATU, KELAK MENJADI ‘TROJAN HORSE’ KEPADA MN

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
August 9, 2020
in Politik, Utama
0
HATI-HATI DALAM AGIHAN KERUSI BERSATU, KELAK MENJADI ‘TROJAN HORSE’ KEPADA MN
185
SHARES
2.1k
VIEWS

Ketika ini ‘rancak’ ahli-ahli Bersatu di Selangor keluar parti termasuk beberapa ADUN mereka dan dijangka sehingga 80 peratus Bersatu Bahagian di Selangor akan turut berbuat demikian.

Rujuk; https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/95698

Perkara ini berlaku selepas Tun Mahathir menubuhkan parti baharu dan menjadikan anaknya sendiri selaku Presiden.

Alasan lain yang diberi juga mengenai ‘pemecatan’ Mahathir dan lima pimpinan Bersatu yang lain melalui istilah ‘keahlian terbatal’ yang membuatkan ahli-ahli pro Mahathir keluar beramai-ramai secara serentak sehingga beberapa bahagian Bersatu dibubarkan.

Di sebalik pelbagai hinaan terhadap bangsa sendiri, penipuan dan tidak menunaikan janji serta menghentikan pelbagai bantuan kepada rakyat, ahli-ahli Bersatu akar umbi ini masih percaya kepada Mahathir dan tidak mempercayai Tan Sri Muhyiddin Yassin – yang banyak memberikan bantuan terutama dalam usaha menangani ancaman pandemik Covid-19.

Apa yang berlaku dalam Bersatu ini perkara biasa dalam politik walaupun tidak berlaku kepada semua parti namun hakikatnya inilah ‘sepak terajang’ politik yang perlu dihadapi.

Sungguhpun begitu, Muafakat Nasional yang membantu menyokong dan menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional melalui sokongan Ahli-ahli Parlimen mereka kepada Muhyiddin, wajar berhati-hati jika ingin berbincang mengenai pembahagian kerusi.

Satu perkara utama yang perlu diambil kira oleh UMNO-PAS dalam Muafakat Nasional ialah mengenai ‘trend‘ terkini keluar parti secara beramai-ramai yang berlaku dalam Bersatu – kerana jelas dengan pembentukan parti baharu Mahathir ini, Bersatu berjaya dipecah-pecahkan, yang akan memberi kesan kepada Muafakat Nasional. 

Apa yang dibimbangkan, jika pembahagian selesai sekalipun dan PRU-15 dapat diharungi bersama dalam suasana penuh ukhwah, dikhuatiri ada ADUN dan Ahli-ahli Parlimen yang menang kelak  akan melompat ke kem Mahathir dan Pakatan Harapan selaku ‘Trojan Horse‘ yang akan menumbangkan Muafakat Nasional kelak. 

Strategi Mahathir membuat parti untuk memecah belahkan Bersatu ini jelas bertujuan untuk menguntungkan Pakatan Harapan pada PRU-15 kelak kerana ketika ini sokongan dan kepercayaan rakyat menurun teruk tidak seperti ketika PRU sebelumnya.

Ditambah lagi ketika ini Pakatan Harapan terpalit dengan pelbagai siasatan dan skandal termasuk yang terkini isu Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew ditahan dan didakwa SPRM. 

Maka Muafakat Nasional tidak boleh berada dalam ‘masalah’ Bersatu yang masih tidak mampu diselesaikan oleh Muhyiddin dan pembahagian kerusi wajar dipertimbangkan sebaik mungkin kerana kelak akan memudaratkan Muafakat Nasional  – sedangkan ia boleh dielak daripada awal. 

Tags: BersatuMuhyiddinPiagam Muafakat NasionalTun MahathirUMNO-PAS
Previous Post

SOKONGAN AKAR UMBI SEMAKIN LEMAH, ADAKAH BERSATU MASIH MAHU TUNTUT BANYAK KERUSI?

Next Post

PERJUANGAN PARTI BERASASKAN SEMANGAT, BUKAN DUIT – MAHATHIR

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

ISU MUHYIDDIN KATA HARAM UNDI CALON PH – DR. RAMALAN YUNUS 

ISU MUHYIDDIN KATA HARAM UNDI CALON PH – DR. RAMALAN YUNUS 

September 4, 2023
BERSATU SUDAH MULAI BERTELAGAH – DR. RAMALAN YUNUS

BERSATU SUDAH MULAI BERTELAGAH – DR. RAMALAN YUNUS

August 27, 2023
AN EYE FOR AN EYE – DR. RAMALAN YUNUS

AN EYE FOR AN EYE – DR. RAMALAN YUNUS

August 27, 2023
PERBICARAAN YANG ADIL – DR. RAMALAN YUNUS

PERBICARAAN YANG ADIL – DR. RAMALAN YUNUS

August 26, 2023
(VIDEO) DIDAKWA DI ZAMAN MAHATHIR TIDAK SEMESTINYA KOTOR, TIDAK DIDAKWA BELUM TENTU BERSIH

(VIDEO) DIDAKWA DI ZAMAN MAHATHIR TIDAK SEMESTINYA KOTOR, TIDAK DIDAKWA BELUM TENTU BERSIH

August 24, 2023
(VIDEO) KEBEBASAN BERSUARA LEBIH BAIK DI BAWAH ANWAR BERBANDING MAHATHIR

(VIDEO) KEBEBASAN BERSUARA LEBIH BAIK DI BAWAH ANWAR BERBANDING MAHATHIR

August 24, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In