1. Betty menangis kerana kononnya beliau teraniaya.
2. Betty kata, Tuhan memerhati apa yang anda (pemerintah sekarang) lakukan terhadap diri dia.
3. Suatu hari nanti, Betty kata, Tuhan akan membalas terhadap perbuatan (tuduhan rasuah) yang dilemparkan kepada dirinya (Betty).
PERSOALANNYA:
4. SPRM ada bukti sahih bahawa RM372,009 telah masuk ke akaun Public Bank Betty, oleh Syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn. Bhd.
5. Kemungkinan Betty tidak ingat ada duit sebanyak itu masuk ke akaun peribadi beliau.
6. Kemungkinan Betty ingat, itu duit sumbangan politik atau duit untuk kerja-kerja guaman dirinya.
7. Kemungkinan, atas arahan Guan Eng, duit RM372,009 masuk ke akuan Betty.
8. Betty tidak tahu. Betty tidak check duit masuk dan keluar dari akaun peribadi beliau.
9. Apapun, bapa mentua Betty, Kit Siang kata, tidak adil tuduh Betty di mahkamah kerana ada duit RM372,009 masuk ke akaun peribadi Betty.
10. Betty tidak bersalah. Tidak sepatutnya Betty dituduh kata Lim Kit Siang.
11. Ini bukti yang SPRM dapat setakat ini.
Betty bukan seperti Rosmah Mansor, kata Lim Kit Siang kepada Media.
12. Betty adalah isteri Guan Eng, yang jujur, amanah dan ibu kepada beberapa orang anak Guan Eng.
13. Seharusnya standard SPRM sepatutnya berbeza antara isteri Guan Eng dengan isteri bekas Perdana Menteri (Najib Razak).
14. Seperti standard Tun Mahathir mengenai Isu kleptokrasi.
15. Standard kleptokrasi Najib Razak dengan kleptokrasi keluarga Tun Mahathir amat berbeza.
16. Apa makna kleptokrasi?
Kleptokrasi bermaksud;
Masyarakat di mana, ada seorang pemimpin negara, membuatkan dirinya kaya-raya dan berkuasa, dengan mencuri daripada orang lain (rakyat).
A society whose leaders make themselves rich and powerful by stealing from the rest of the people.
17. Tun Mahathir tuduh Najib Razak – kleptokrasi.
18. Rakyat ingin bertanya sama ada Tun Mahathir mengamalkan kleptokrasi di dalam keluarga beliau sendiri?
19. Sehinggakan 3 anak lelaki beliau kaya-raya.
20. Mukhriz, Mirzan dan Mokhzani semuanya multi billionaire bukannya millionaire.
21. Rasanya, Lim Guan Eng juga seperti mengamalkan kerajaan kleptokrasi di Pulau Pinang ketika dia menjadi Ketua Menteri.
22. Pemimpin negeri Pulau Pinang, seakan-akan seperti membuat diri dan keluarganya kaya-raya dengan mencuri daripada orang lain (ini tuduhan dari SPRM).
23. Kita tunggu kes ini di mahkamah nanti.
24. Betty boleh mempertahankan dirinya di Mahkamah Tinggi nanti.
25. Rosmah Mansor sudah diheret ke mahkamah, Rosmah kini mempertahankan dirinya.
26. Kini, giliran Betty pula. Hadapilah kes pertuduhan rasuah ini di mahkamah. Kalau Betty benar-benar jujur dan tidak bersalah, pasti rule of law, akan berpihak kepada Betty.
Salam.
DSBA
16 Ogos 2020