PUSINGAN AZMIN, BERPUSING-PUSING

2.8k
SHARES
16.3k
VIEWS

Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Saja hendak tanya. Wajah Azmin semakin terang atau semakin kabur?

Di PRK Slim, Azmin dakwa lebih ramai orang akan mati kerana PH bukan kerana COVID-19. Baginya Kerajaan PH gagal membela rakyat. Azmin ‘pusing habis’.

Masa itu Azmin Menteri paling berpengaruh. Apakah Mahathir punca kegagalan atau kerana Guan Eng?Tidakkah sebagai Menteri Ekonomi, dia terbabit sama?

Dalam kes 101 tender rundingan terus, Azmin ‘tumpang semangkuk’ hentam kerajaan PH. Soalnya, sebagai Menteri Ekonomi adakah dia maklum, janji hapus ‘direct nego‘ telah dinodai?

Justeru, kalau Azmin insaf, patut dedahkan lagi penyelewengan dan pembohongan Kerajaan PH. Dia mesti mempunyai banyak maklumat.

Jangan hanya berani tokok tambah bila ada Menteri PN lain buat pendedahan.

Kalau hendak pusing, biar pusing habis. Tetapi rakyat tidak akan terpusing. Pada mereka, wajah Azmin semakin terang benderang.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts