BENARKAH DAP SUDAH DITOLAK DI SABAH?

570
SHARES
3.4k
VIEWS

Secara jujurnya, DAP masih kuat dan kukuh di beberapa kawasan terutamanya bandar-bandar di seluruh pelusuk Malaysia baik di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak. Perhalusi apa yang berlaku pada PRN Sabah baru-baru ini. Terbukti mereka masih kuat apabila bilangan yang menyokongnya tidakpun berkurangan. Mengapa?

Mungkin boleh disimpulkan seperti berikut:

1. Cina tetap bersatu dalam segala hal melibatkan kaum mereka. DAP berjaya membuktikan bahawa kaum Cina terus kekal bersama mereka. Sebab itu dikatakan mereka tetap parti rasis Cina walaupun mereka menafikan bahawa parti mereka adalah parti pelbagai kaum.

2. Boleh dikatakan semua ibu kota, atau bandaraya, tidak kira kecil atau besar merupakan penempatan yang bermajoriti kaum Cina kecuali bandar Shah Alam sahaja. Itupun sudah mulai meningkat dalam naratif jangka panjang mereka (20-30 tahun) akan datang untuk menguasai sekitar Shah Alam. Mereka akan mewujudkan penempatan bandar baru melalui pembangunan perumahan baru dengan kadar harga rumah yang tinggi supaya orang Melayu tidak mampu membelinya.

3. Strategi menguasai bandar adalah bertujuan mengukuhkan penguasaan ekonomi mereka. Termasuklah ekonomi ‘black market’ dan ‘haram’. Sebab jika ekonomi kukuh, penguasaan politik akan lebih kuat. Mereka boleh membeli sesiapa sahaja untuk “menghalalkan cara” termasuk Datuk Bandar dan ahli-ahli politik yang lain.

4. Oleh itu, mereka masuk ke gelanggang politik dengan banyak tujuan terutama sekali adalah untuk menguasai negara melalui kerajaan. Banyak pengubahsuaian yang akan dilakukan untuk mengekalkan penguasaan ekonomi mereka.

5. Mereka menyeru anak-anak Cina supaya jangan bersekolah di sekolah kebangsaan kerajaan tetapi bersekolah di sekolah swasta Cina. Paling tidak mereka akan memastikan anak-anak kaum mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dengan tujuaan untuk mengasingkan pemikiran generasi mereka supaya bersemangat patriotisme terhadap kaum mereka sahaja dan supaya tidak berkawan dengan bangsa Melayu dibimbangi terpengaruh dengan budaya keMelayuan yang kononnya malas dan lemah.

6. Pemikiran liberalisme sememangnya serasi dengan budaya kaum Cina dan cuba mempengaruhi generasi bangsa Melayu yang tinggal di bandar dengan menggalakkan bercampur-gaul dengan anak-anak Orang Kaya Melayu Bandar (OKMB) yang pergi ke sekolah swasta.

7. Dalam masa yang sama, cuba mempengaruhi juga anak-anak orang Melayu dengan mengatakan sistem pendidikan kerajaan kita ketinggalan zaman dan melemahkan minda generasi muda. Dipasak pada minda OKMB kononnya keluarganya hebat dan elit lalu mengasingkan anak-anak Melayu kaya ini supaya tidak bercampur dengan anak-anak Melayu miskin yang di sekolah kebangsaan biasa.

8. Mereka meracuni pemikiran masyarakat yang tinggal di bandar untuk menguasai Bahasa Inggeris sahaja, manakala Bahasa Melayu tidak penting untuk dipelajari. Mereka mengatakan universiti atau kolej awampun tidak bagus dan lemah. Jadi mereka mengajak orang belajar ke luar negara dan sebab itu menurut mereka penguasaan Bahasa Inggeris jauh lebih penting daripada Bahasa Melayu yang bagi mereka bahasa murahan atau kelas kedua.

9. Masalah bangsa Melayu liberal ini amat serius malahan boleh memberi ancaman jika tidak dipantau dengan baik. Meraka akan mengalih pandangan anak-anak muda Melayu supaya membenci politik, terutamanya UMNO. Mereka akan tetap tuduh Melayu sebagai punca perpecahan dan mengamalkan rasis paling teruk. Anak-anak muda kita akan terpengaruh dan mula merasai negara ini patut mengamalkan kesamarataan dan semua perkara adalah hak milik semua kaum dengan alasan hak asasi kemanusiaan.

10. Mereka memecah-belahkan bangsa Melayu terutama di bandar untuk menguasai persada politik. Sebab tu wujudnya PAN. Dulu PKR. Jadi, apa yang telah berlaku di PRN Sabah sebenarnya banyak yang kita boleh pelajari dan teladani. Apapun, DAP sendiri ‘goyang’ sampai bertanding kena pakai bendera Warisan. DAP pun sudah mula risau logo mereka menjadi fobia kepada rakyat Malaysia.

11. Kesimpulannya di sini, kegagalan kita bukan berpunca dari strategi mereka, sebab itu memang strategi DAP dan sedang mereka lakukan. Punca kegagalan adalah diri kita sendiri yang gagal memahami dan bersatu bagi menghadapi segala propaganda mereka. Akibatnya kita yang kecundang. Sekarang adalah masa untuk kita orang Melayu Islam bangkit bersatu dan berdiri teguh kukuh di bawah SATU PANJI-PANJI walaupun dengan PELBAGAI BENDERA.

Haji Rashidi bin Haris @ Lebai Kampung

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts