KELUAR WANG SENDIRI PAYAH (KWSP)

978
SHARES
5.8k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi

Itu sindiran tajam rakyat kepada kerajaan jika dua permintaan utama rakyat ditolak.

Kenyataan CEO KWSP dan Gabernor Bank Negara Malaysia (BNM) memberi petunjuk permintaan rakyat untuk moratorium automatik dan pengeluaran ‘one off‘ RM10,000 KWSP akan ditolak.

Kerajaan tolak kerana takut kesan politik. Kalau setuju, Najib disanjung kerana dia yang bawa isu itu dengan sokongan bersyarat.

Kali ini cerita Hikayat Puteri Gunung Ledang amat relevan digunakan.

Prof. Hamka turut mengulas hikayat tersebut. Beliau membaca pemikiran Sultan Mahmud Shah sebagai pemerintah. Sultan sanggup dengan semua syarat kecuali darah anaknya.

Baginda boleh mengerah rakyatnya untuk mendapatkan hati kuman dan nyamuk termasuk jambatan emas dan perak. Tetapi bab darah anak sendiri baginda tolak kerana menjejas kepentingan diri.

Adakah pemikiran Sultan Mahmud ada pada Perdana Menteri? Syarat ‘one off‘ RM10,000 KWSP dan moratorium automatik akan menjejaskan imejnya.

Sebab itu ia ditolak.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts