Petang tadi buat kali kedua dalam seminggu Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan kononnya dia tidak ada kena mengena dengan Langkah Sheraton yang telah menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.
Mahathir juga bersungguh-sungguh mahu tunjukkan yang dia kini kononnya berlaga dan tidak sehaluan dengan Azmin dan Muhyiddin serta dia kononnya tidak ada kena mengena dengan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional.
Biasanya apabila seorang ahli politik seperti Mahathir bersikap ‘over‘ defensif dalam menafikan sesuatu perkara, ia adalah suatu tanda yang perkara yang dia cuba nafikan itu adalah sememangnya benar dan berasas.
Dan walaupun umpama menegak benang yang basah, Mahathir bersungguh-sungguh cuba untuk menidakkan kesimpulan yang telah dilihat rakyat yang boleh menghidu kebenaran.
Jika kita tolak tepi lakonan-lokanan Mahathir dan Azmin baru-baru ini, fakta dan kebenarannya adalah: Mahathir, Muhyiddin dan Azmin adalah dalam satu kapal; dari dulu, kini dan selamanya.
Mahathir dan Azmin hanya mahu membentuk persepsi yang kononnya mereka bergaduh supaya gabungan PPBM, UMNO dan PAS dalam Perikatan Nasional boleh dibentuk untuk PRU-15.
Sebab jika semakin ramai pemimpin dan akar umbi dalam UMNO dan PAS tahu dan yakin bahawa Mahathirlah sebenarnya dalang dan tuan besar di belakang Perikatan Nasional, lebih kuat kebarangkalian UMNO dan PAS akan menolak atau tidak bersetuju untuk bergabung dengan PPBM dalam menghadapi PRU-15.
Jika UMNO tidak membantu atau PAS menarik diri dari Perikatan Nasional dalam PRU-15 nanti dan PPBM terpaksa bertanding bersendirian, Mahathir, Azmin dan Muhyiddin tahu yang mereka dan parti mereka PPBM akan ‘bungkus’.
Sebab itu mereka terdesak dan bermati-matian untuk menyelamatkan diri mereka kini dengan apapun cara.
Cukup-cukuplah menipu rakyat Tun, Azmin. Rakyat sudah boleh baca pergerakan anda. Bertaubatlah.
ISHAM JALIL
2 Disember 2020
https://www.facebook.com/220524935369705/posts/870981116990747/?d=n