DARURAT DIISYTIHAR DI GERIK DAN BUGAYA

371
SHARES
2.2k
VIEWS

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui satu kenyataan media telah memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah memperkenan untuk mengisytiharkan darurat bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.054 di Gerik, Perak dan Pilihan Raya Negeri N.66 di Bugaya, Sabah selepas baginda berpuas hati wujudnya keperluan bagi pengisytiharan darurat tersebut dilakukan.

Pengisytiharan tersebut terpaksa dilakukan bagi membatalkan dan menangguhkan Pilihan Raya Kecil di kedua-dua tempat tersebut yang dijadualkan pada 16 Januari 2021, yang akan dilaksanakan pada tarikh yang bersesuaian kelak. 

Dalam menyembah nasihat kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Jemaah Menteri pada 4 Disember telah membincangkan secara terperinci sekiranya PRK tersebut tetap diteruskan memandangkan negara masih dilanda pandemik Covid-19, yang dilihat perlu dielakkan atas faktor ancaman ke atas kesihatan awam, faktor ekonomi dan juga ketenteraman awam.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts