MACAM ANWAR, EZAM JUGA SUDAH TIDAK RELEVAN DALAM POLITIK MALAYSIA

404
SHARES
2.4k
VIEWS

SURAT PEMBACA | “Saya tidak tertarik langsung dengan parti PEJUANG. Jauh sekali menyokong Mahathir.” – Namun kenyataan Gerak98, inspirasi daripada Ezam Mohd Nor mengundang ketawa daripada banyak pihak. Bukan sekadar ketawa, tetapi ketawa terbahak-bahak sambil berguling-guling.

NGO terbaru Ezam mengatakan “di mana Mahathir bertanding, mereka akan ikut” hanya retorik politik. Bak tong kosong sahaja, bunyi kuat tetapi habukpun tiada. “Otai reformasi” dalam PKR sendiripun sudah ‘move forward‘.

Namun Ezam masih lagi dibelenggu ‘kegemilangan silam’. Nama NGO itu sendiri menggambarkan segala-galanyanya. Peristiwa 1998 terus diulang-ulang. Kehebatan “kuasa rakyat” ketika itu dinyanyikan NGO Ezam bagi melalaikan pengikut.

Kebangkitan “Sumpah Keramat Pemuda PKR” tahun 1998 terus dijaja. Konon mahu diterapkan kembali kepada anak-anak muda sekarang. Walhal Ezam sendiri yang lari meninggalkan pentas “sumpah keramat’ kerana tidak yakin dengan perjuangannya sendiri.

Ezam tidak boleh hidup tanpa organisasi. Seboleh mungkin beliau akan menghidupkan apa juga pertubuhan bagi menunjukkan dirinya kekal relevan dalam arus perdana politik Malaysia.

Daripada UIA, IKD, UMNO, PKR, beliau kembali kepada UMNO. Kemudian keluar UMNO, masuk BERSATU. Keluar lagi, tubuh pula parti ‘jubin’ (anti rasuah) dan kini mahu berjinak-jinak kembali dengan PKR.

Sementara itu, konon bila tidak lagi mahu terlibat dengan politik, Ezam tubuh NGO bernama GERAK. Kemudian keluar GERAK, tubuh pula Yayasan Nusantara. Selepas itu tubuh HISBAH. Sekarang Gerak98 pula. Berapa banyak dana terlibat daripada penubuhan semua ni?

Politik Ezam juga mesti bersandar kepada personaliti pihak ketiga. Dahulu pemuja Anwar, kemudian mengikut Pak Lah. Selepas itu Najib. Selepas Najib, Mahathir pula yang paling baik bagi Ezam. Kemudian cuba hendak ikut Muhyiddin, sekarang balik kepada Anwar selepas kata macam-macam kepada Anwar.

Kerana itu orang macam ini tidak boleh kita ikut. Bila dia lawan Mahathir sekarang sebenarnya dia hanya hendak dapat publisiti. Konon jadi hero, pembela rakyat kononnya. Dia cuba menempatkan dirinya di kalangan kita sedangkan dirinya telah ketinggalan jauh.

Kita wajar bersatu dan ‘move forward‘. Usah terbuai dengan kehebatan masa silam. Barisan Nasional yang dikatakan hebat selama 60 tahun dahulupun kini sudah karam, apatah lagi ‘kegemilangan’ 1998. Yang penting kita pandang ke hadapan. Jangan layan manusia yang melompat merata-rata untuk kepentingan dirinya sahaja.

“Saya ulanggg…” (baca dengan sengau dan nada tinggi), sebagaimana Anwar tidak lagi relevan dalam politik Malaysia, samalah juga dengan Ezam.

Kita perlu ‘move forward‘ dan perlukan pemimpin lain bagi memimpin Malaysia di masa hadapan.

SAYA ULANGGGGGG…….

Paku Karat PKR

Kuala Lumpur

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts