LANGKAH MENCABAR MEREALISASIKAN BAJET 2021 HINGGA PRU-15

119
SHARES
385
VIEWS

1. Berbicara soal politik negara, analisis daripada satu kajian oleh pakar bidang melaporkan bahawa kekalutan politik melampau yang dialami negara hari ini sebenarnya bukan bermula selepas 24 Februari 2020, iaitu sebaik sahaja peletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu adalah Ketua Pakatan Harapan, tetapi ia sudah bermula jauh ke belakang lagi sebelum Pakatan Harapan memenangi PRU-14.

Di antara faktornya adalah disebabkan kempen memfitnah melampau secara besar-besaran oleh Pakatan Harapan terhadap kerajaan tampuk pimpinan Barisan Nasional yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak dengan taburan pelbagai persepsi yang dicipta khas bertujuan untuk menjatuhkan kerajaannya.

2. Naratif panjang ini ditanam dan diratibkan setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan dengan pelbagai isu – sekecil mana sekalipun akan sengaja diperbesar-besarkan, misalnya kewangan negara sengaja dibuat kelihatan teruk seolah-olah negara sedang menuju ke ambang kebinasaan dan muflis. Pendekatan kotor ini pantas bercambah dengan rangkaian RBA (Red Bean Army – kumpulan cytro Pakatan Harapan) upahan yang meluas, dan akhirnya berjaya mencapai matlamat apabila para pengundi membuat “swing across the board” dengan tersungkurnya kerajaan 60 tahun, juga yang pertama kali tumbang dan berganti dengan yang lain dalam sejarah negara, daripada kerajaan Barisan Nasional ke tangan Pakatan Harapan.

3. Sebagai rakyat biasa kita tidak perlu terikut-ikut rentak ahli politik bermain catur kerana pastinya yang menang akan dilamun khayal manakala yang kalah membuang masa mengkaji mengapa dan kenapa pengundi beralih angin. Semua ini sudah dipentaskan oleh pakar bidang sama ada di media, jurnal, kertas kerja dan terdapat beratus kajian yang telah dilakukan oleh pelbagai golongan daripada pelbagai latar belakang baik dari para akedemik dan ahli politik, baik dari pihak musuh politik mahupun dari parti kawan yang menjadi mangsa fitnah melampau, semuanya sudah tersedia ada dalam bentuk literature sedia ada untuk tatapan umum.

4. Mungkin jika perlu, warga maya boleh fikirkan tentang bagaimana boleh tersungkurnya kerajaan 60 tahun itu ke tangan bekas Perdana Menteri yang dahulu pernah menguasainya selama 22 tahun di bawah kerajaan yang ditumbangkannya itu. Dan paling utama sekali ialah bagaimana beliau boleh bersekongkol dengan musuh tradisinya yang selama 22 tahun beliau bersama dengannya menjatuhkan kerajaannya sendiri dengan alasan korupsi atau RASUAH.

5. Realiti kancah politik hari ini, harus kita sandarkan kepada fakta yang kini menunjukkan bahawa pengundi Malaysia hari ini sudah sedar, sudah semakin bijak dan celik politik. Perbahasan di Parlimen antara kerajaan dan pembangkang yang dipertontonkan secara langsung kepada lebih 30 juta warga Malaysia menzahirkan segala-galanya. Sekalipun dikatakan dapat memberi impak positif apabila rakyat memahami bahawa mereka kini harus lebih cermat, teliti dan berfikiran jauh apabila membuat pemilihan calon di peti undi semasa PRU-15 nanti.

6. Rakyat hari ini tidak seperti dahulu kerana kali ini mereka akan lebih berhati-hati bila membuang undi semasa PRU-15 nanti. Mereka juga harus bijak menilai, mengkaji dan memberi kepercayaan kepada siapa yang paling layak mewakili kawasan mereka, sekaligus siapa yang layak menggantikan Perdana Menteri sedia ada dan bijak mendapatkan maklumat dari sumber-sumber media yang boleh dipercayai. Dengan perkembangan terkini selepas pembentangan bajet kita boleh predict bahawa PRU-15 sudah semakin hampir sangat, just around the corner.

7. Perkembangan baru ini, setidak-tidaknya membuat golongan politikus semakin tersepit dengan keadaan, kalau dahulu menipu adalah sebahagian daripada kepakaran yang perlu dikuasai jika mahu menjadi ahli politik, tetapi kali ini delivery itu yang menjadi penilaian rakyat. Dan ini pastinya perkara sukar yang akan dihadapi oleh golongan politikus oportunis, sukar untuk menipu pengundi dengan janji-janji manis di masa PRU-15 akan datang. In other words, there’s LANGKAH MENCABAR MEREALISASIKAN BAJET 2021 HINGGA PRU-15. 

8. Oleh sebab itu, semua parti yang bertanding di PRU-15 kelak, dijangkakan akan menghadapi saingan paling sengit dalam sejarah politik tanahair, ini dapat dilihat semasa pembentangan bajet baru-baru ini bagaimana kerajaan menang tipis dalam pengundian. Semua ini bakal dihadapi oleh semua parti dengan terpaksa berusaha keras untuk meraih selera pengundi. Semua bergantung sangat kepada faktor kredibiliti dan keupayaan calon berkenaan unutk memberi khidmat terbaik agar dapat menarik keyakinan kepada pengundi kawasan masing-masing.

9. No more undi “calon level cap ayam” atas nama parti secara pukal dan borong. Semua ini, dengan kempen pilihan raya bukan sekadar akan melibatkan faktor kewangan yang berlipat kali ganda tetapi keikhlasan dari hati para pejuang yang sangat memberi kesan. Kita biasa dengar: “Bila bagi duit ambil, bagi kain ambil, hidang mihun kita makan, tetapi bila mengundi tidak semestinya kena undi dia.”

10. Polemik calon menipu kelulusan akademik, atau bekas menteri atau Ahli Parlimen yang ada rekod buruk, seperti yang biasa dapat dilihat berkelakuan umpama siamang terjerit terpekik terlolong semasa dalam Dewan Parlimen, bukan lagi dipandang sebagai mileage kehebatan, tetapi satu kebodohan yang nyata. Bagi Ahli Parlimen seperti ini, rakyat harus menolak mereka kerana kita mahukan wakil rakyat yang punya pemikiran jauh yang mampu melihat permaslahatan rakyat dan negara. Begitu juga rakyat harus menolak mereka yang ada kes rasuah dan jenayah atau yang berakhlak buruk. Ahli Parlimen ‘kalut’ seperti ini pastinya akan ditolak dan bakal menerima hukuman daripada pengundi yang semakin cakna dan akan menilai secara kritis dan tuntas sebelum membuang undi di peti Parlimen dan DUN. No more free ride.

11. Manakala yang sudah ‘kering otak’ dimamah faktor usia melewati pandangan umum dan berkali-kali tidak ingat apa kerosakan yang sudah dia sendiri lakukan – usahlah bertanding lagi, buat menyemak sahaja kerana negara di era milenium ini memerlukan fresh blood atau darah muda lagi segar dan baru. Ahli Parlimen berkenaan tidak semestinya berumur terlalu muda, asalkan wajah baru atau sedia ada yang lebih meyakinkan dan mampu membawa kepimpinan yang lebih ‘organized‘ dan berhala tuju yang lebih jelas, telus lagi meyakinkan untuk membina negara.

12. Rakyat menantikan leadership yang mampu membangunkan semula dari segala penjuru setelah banyak hasil mahsul negara diratah oleh politikus yang tamak haloba dan rakus menjahanamkan sendi-sendi negara, dan tunjang ekonomi negara, tidak kira sama ada yang di zaman Barisan Nasional atau Pakatan Harapan hatta Perikatan Nasional sekalipun. We really need a new and more convincing, formidable bunch of leaders – iaitu yang benar-benar mampu memimpin negara berasaskan kepada pasak yang sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

13. Semua warga wajib ingat bahawa asas dan dasar Perlembagaan kita yang berteraskan Raja Berperlembagaan itulah yang telah menyelamatkan negara daripada political impasse setelah episod 24 Februari 2020 berkenaan tanpa riot, tanpa pertumpahan darah kerana kearifan lokal (local wisdom) sedia ada tersemat dalam Perlembagaan Persekutuan yang dimaktubkan 1957 berasaskan pengalaman bertahun-tahun kita menerusi pentadbiran Negeri-Negeri di bawah Raja-Raja Melayu ratusan tahun lamanya dan berpangkalkan Kanun Melayu Melaka yang berasaskan syariah, hasil didikan, ta’dib dan tarbiah yang dibawa oleh pendakwah silam yang berjaya melestarikan Islam di segenap penjuru Tanah Melayu dan Nusantara daripada belenggu faham animisme, Hindu dan Buddha sebelum ini (rujuk kajian-kajian Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1969, 1972, 1978 dan 2011).

14. Oleh yang demikian tindakan sebaiknya ialah kerajaan sedia ada yang sudah diabsahkan menerusi 30-0 undian Bajet 2021 di Dewan Rakyat di dalam Parlimen terus melaksanakan amanah yang sudah diberikan. Wajib ke atas Ahli Parlimen yang berjaya dan terpilih itu menjalankan amanah mengurus tadbir negara berdasarkan kepada bajet yang diluluskan untuk kesemua kementerian dan jabatan kerajaan. Ketelusan pengurusan dan akauntabiliti sangat dituntut oleh warga maya dengan penuh minat supaya tiada ketirisan tadbir urus dan sebarang elemen salah laku, kecuaian dan rasuah dapat dibanteras dan dihapuskan terus. Perlu diingat sepenuhnya: justice (keadilan) bukanlah sama rata (equal) semata-mata kerana equality sahaja tidak menjamin justice ditegakkan sepenuhnya. Berikan kepada mereka yang lebih berhak menerimanya adalah menepati ‘justice’ dikehendaki.

15. Kepada para Ahli Parlimen Pakatan Harapan – jadilah pembangkang yang efektif mewakili rakyat untuk menjalankan tugas semak dan imbang. Tidak hina tiada jawatan sebagai Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar atau Exco namun anda akan menjadi cacian dan kebencian netizen jika hanya andai memekak melolong di “Dewan yang mulia” sebagaimana diungkapkan setiap kali perbahasan Parlimen dan DUN, kerana gagal menjalankan peranan sebagai Ahli Parlimen atau Ahli DUN yang berkesan untuk manfaat rakyat.

16. Zaman milenium adalah juga zaman digital dan media sosial di alam maya tanpa sempadan. Seharusnya Muafakat Nasional hari ini sudah ada calon-calon pengganti yang akan menyukarkan golongan politikus daripada terus membuli, memperkecilkan bahkan menipu rakyat yang merupakan bakal pengundi. By gone those days dan bersedialah dengan bukti, angka dan fakta bukannya auta!

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Ketua Komunikasi & Multimedia PEMBELA

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts