UMNO TIDAK PERNAH DAN TIDAK PERLU MEMBINCANGKAN SOAL KERJASAMA DENGAN DAP

401
SHARES
2.4k
VIEWS

1. Hari ini tular poster yang diedit menggunakan logo portal berita Sinar Harian dan MalaysiaGazette kononnya saya menyokong kerjasama dengan DAP.

2. Pendirian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sejak dari awal lagi konsisten dan tegas bahawa DAP adalah parti cauvinis yang tidak pernah mahu mengiktiraf Islam sebagai AGAMA PERSEKUTUAN, KEDUDUKAN RAJA-RAJA MELAYU DAN KEISTIMEWAAN MELAYU-BUMIPUTERA yang sudahpun termaktub dalam Perlembagaan.

3. HAKIKATNYA UMNO SEHINGGA HARI INI TIDAK ADA REKOD BEKERJASAMA DENGAN DAP BAHKAN TIADA LANGSUNG HASRAT KE ARAH ITU.

4. 191 Bahagian UMNO yang selesai bersidang kelmarin termasuk Pemuda UMNO seluruh Malaysia TIDAK ADA SATUPUN yang mengusulkan atau membincangkan soal keperluan untuk bekerjasama dengan DAP.

5. Justeru PEMUDA UMNO berpendirian tegas bahawa TIDAK RELEVAN LANGSUNG ISU KERJASAMA DAP ini untuk dibangkit dan dibincangkan dalam MAJLIS KERJA TERTINGGI mahupun PERHIMPUNAN AGONG UMNO.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

4 Januari 2021

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts