SHAHRIR SAMAD SINDIR ‘CONGAK POLITIK’ ANNUAR MUSA

404
SHARES
2.4k
VIEWS

Tinjauan yang dilakukan secara dalam talian oleh portal UtusanTV bagi menentukan “Siapakah pemimpin wanita pilihan anda?” menunjukkan anak Presiden PKR iaitu Nurul Izzah yang sebelum ini memperoleh undian tertinggi telah dipintas oleh Zahida Zarik Khan di tempat pertama dengan 25 peratus berbanding Nurul Izah sebanyak 23 peratus. 

Rujuk pautan; https://utusantv.com/2021/03/15/siapakah-pemimpin-wanita-pilihan-anda/

Selain itu, melalui undian yang hampir mencecah 70,000 responden ini, peserta undian turut memilih pemimpin politik daripada UMNO lain yang menduduki tempat ketiga (Datuk Azalina Othman Said) dan keempat (Datuk Noraini Ahmad) serta Halimah Mohamed Sadique di tempat kesembilan dengan keseluruhan undian diperoleh oleh keempat-empat mereka adalah sebanyak 66 peratus atau 45,662 daripada 69,248 undian.

Perkara ini turut disentuh oleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang berkata sokongan kepada pemimpin-pemimpin wanita UMNO melebihi keseluruhan undian daripada parti-parti lain, dengan menyindir kiraan yang dibuat oleh Datuk Seri Azmin Ali yang kemudiannya ‘dijawab’ oleh Tan Sri Annuar Musa.

Kalau dicampur jumlah peratus sokongan untuk pemimpin wanita dari UMNO, ia melebehi dari peratusan kesemua pemimpin wanita dari parti-parti lain. 22% + 22% + 21% + 1% = 66%!” 

Bukan macam congak durjana politik, 1 + 1 + 1 …. ‘8′, jawab Annuar Musa!

Adakah melalui tinjauan demi tinjauan sebelum ini yang dilakukan oleh pelbagai pihak, yang menunjukkan sokongan terhadap UMNO-Barisan Nasional semakin mengukuh boleh menjadi penentu aras bagi parti tersebut untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)?

Serta adakah ‘tenggelamnya’ parti Bersatu dalam setiap tinjauan dilakukan (kecuali satu tinjauan oleh QGenAnalysts (QGA) yang hanya melibatkan tidak sampai 500 responden di Pantai Timur menunjukkan majoriti daripadanya memilih Muhyiddin dan Perikatan Nasional) menunjukkan Perdana Menteri dan partinya tidak popular di kalangan rakyat dan bakal berdepan laluan sukar di PRU-15 kelak?

Hanya masa yang menentukan dan apa yang pasti, strategi “scheme of thing” Muhyiddin bagi memperoleh sokongan tidak akan berjaya kerana terdapat ‘loophole‘ yang besar iaitu hanya berjaya menarik sokongan Ahli Parlimen tetapi bukan pengundi yang tidak sabar-sabar ingin menghukum mereka yang melompat parti. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts