KERAJAAN SEPATUTNYA JAMIN TIADA LANJUTAN DARURAT

504
SHARES
1.6k
VIEWS

Oleh Shahril Hamdan

Ayat yang dilaporkan oleh media: “Sila yakin bahawa tidak ada motif jahat di sebalik pengisytiharan Darurat ini” – Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Sejak awal lagi, contoh yang selalu digunakan untuk merasionalkan langkah pengisytiharan darurat adalah kemampuan kerajaan untuk “penggunaan aset hospital swasta, mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih hospital swasta atau membuat permintaan menggunakan sumber hospital swasta bagi merawat pesakit COVID-19“.

Tanpa memanjangkan polemik, kerajaan mampu meyakinkan tiada udang disebalik batu dengan 3 perkara:

1. Membuka sidang Parlimen dan DUN
– Wakil-wakil rakyat hampir selesai divaksin.

– Kuasa mengambil milik aset hospital swasta, mengenakan denda tinggi dan lain-lain kuasa di bawah ordinan darurat tidak terkesanpun jika Parlimen bersidang.

2. Membentang perancangan perbelanjaan tambahan.

– Semak dan imbang perbelanjaan kerajaan adalah fungsi asas demokrasi.

– Sekali lagi, membentang perancangan belanja tambahan tahun 2021 untuk dibahas dan disemak oleh wakil-wakil rakyat tak memberi kesan kepada kuasa darurat lain yang sering dijadikan justifikasi.

3. Menjamin bahawa tiada perancangan untuk melanjutkan darurat melangkaui 1 Ogos.

– Sekiranya tidak boleh laksana (1) dan (2) sekalipun, langkah paling utama untuk memberi keyakinan dalam hal ini adalah segera menjamin bahawa darurat akan berakhir pada 1 Ogos.

– Sekaligus ia membuktikan tiada niat untuk demokrasi terus tergendala, termasuklah dalam hal pembentangan dan perbahasan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat kelak.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts