KENYATAAN WAN SAIFUL MENYAMAKAN KWAN DENGAN KWSP MENONJOLKAN KEBODOHAN SENDIRI

586
SHARES
1.9k
VIEWS

Kenyataan tidak cerdik Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan mengundang kecaman ramai kerana menyamakan pengeluaran iSinar KWSP dengan Kumpulan Wang Amanah Negara bagi menghalalkan tindakan kerajaan sebelum ini.

Jika beliau ingin tahu jawapan sebenarnya apa kata Wan Saiful mendesak kerajaan untuk meneruskan Sidang Parlimen agar ia dapat dibahaskan di Dewan Rakyat, bukan bertindak bacul di sebalik darurat, tanpa ada sesiapa boleh mempertikai tindakan tidak wajar kerajaan tersebut.

Kenyataan separa masak Wan Saiful ini turut dikecam oleh bekas Perdana Menteri keenam Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. 

Sebab rakyat biasa dibenar buat pengeluaran i-Sinar dari simpanan KWSP maka kerajaan pun mahu buat pengeluaran ala i-Sinar dari tabung simpanan KWAN. Itulah jawapan diberi PPBM semalam kenapa kerajaan guna ordinan darurat untuk korek tabung amanah KWAN berjumlah sebanyak RM16.9 bilion yang dibina masa BN.

Tetapi ada bezanya. Sebab rakyat biasa tak pinjam sekitar RM85 bilion (termasuk RM5.4 bilion dari pinjaman asing Sukuk Hijau dibuat minggu lepas) dalam tempoh 4 bulan sejak darurat bermula.”

Beliau juga mempertikai tindakan kerajaan ini kerana menurutnya kenapa masih perlu kikis tabung simpanan masa depan negara jika sudah meminjam RM85 bilion dan menjual banyak aset dalam tempoh 4 bulan sejak permulaan tahun?

Ke mana perginya bajet asal RM3 bilion diluluskan dalam bajet 2021 yang kerajaan kata sudah cukup untuk membeli vaksin untuk 85 peratus penduduk?” 

Ke mana perginya peruntukan tambahan RM2 bilion yang menjadikan jumlah bajet bagi vaksin sebanyak RM5 bilion yang diumumkan PM8 pada bulan Mac?

Inilah sahaja taraf pemikiran kerajaan hari ini yang tidak mampu berdepan dengan persoalan yang dikemukakan oleh rakyat dan pemimpin-pemimpin lain.

Selain itu Wan Saiful juga dilihat menghina rakyat seluruhnya apabila berkata mereka yang selalu mengkritik kerajaan ini sebagai “Kluster Merungut” sedangkan rakyat hanya mengecam tindakan kerajaan yang sesuka hati berhutang dan menjarah dana negara.

Cakap sahaja berdegar-degar tetapi Wan Saiful sendiri tidak berani menggesa kerajaan membuka Parlimen agar semua dapat dijawab segera. Bersatu jelas takut walaupun selalu beranggapan Perdana Menterinya mendapat sokongan padu, popular dan diterima rakyat.

Cubalah bubar Parlimen serta-merta jika Bersatu benar-benar yakin mendapat mandat rakyat. Tentu Wan Saiful akan merungut sambil beri alasan Covid-19. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts