“DO YOUR HOMEWORK” – PUAD TEGUR RADZI JIDIN

408
SHARES
2.4k
VIEWS

Baru semalam Radzi Jidin Menteri Pendidikan bersuara. Itupun tidak konsisten.

Cara Menteri KPM urus sesi persekolahan di waktu pandemik amat mengelirukan. Adakah Radzi Jidin buat kerja rumah (homework) yang sempurna?

Adakah dia merujuk KKM sebelum membuat keputusan? Kita ragu. Wujud beza pandangan antara dia dengan Menteri KKM.

Dia patut turun ke bawah melihat sendiri tahap kesiapsagaan sebenar sekolah. 

Sebelum itu Radzi Jidin umum KPM komited teruskan sesi persekolahan ketika angka Covid-19 semakin meningkat.

Tetapi beberapa jam kemudian dia buat pusingan-u. Menurutnya selepas cuti Aidilfitri, sekolah akan diteruskan dengan kaedah PdPR sahaja.

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah akan diadakan selama dua minggu sebagai ganti sesi bersemuka.

Radzi berkata keputusan baru itu dibuat untuk elok risiko jangkitan Covid-19 di sekolah lepas cuti Aidilfitri. 

Kenapa sebelum buat u-turn, Radzi mahu sesi sekolah diteruskan? Dia dakwa sekolah adalah selamat dan bukan tempat pencetus kluster Covid-19.

Dia dakwa keputusan KPM itu berdasarkan data dan analisis. “Adakah menutup sekolah keputusan yang tepat (pada masa ini)?” hujah Radzi Jidin

Katanya lagi sekolah di bawah KPM hanya melibatkan 2,274 kes. Ia adalah 4.8 peratus daripada keseluruhan kluster atau 2.07 peratus daripada kes kluster.

Tetapi di hari sama Menteri KKM maklumkan, 23,739 pelajar di bawah umur 12 tahun telah dijangkiti Covid-19 tahun ini (2021).

Sebagai perbandingan, sebanyak 8,369 kes seperti ini telah dilaporkan sepanjang tahun 2020.

Menurut Adham data itu menunjukkan betapa mudahnya kes ditularkan di sekolah akibat pergaulan.

Tahukah Radzi Jidin ada ibu bapa yang diuji postif tetapi membiiarkan anak mereka datang ke sekolah?

Do your homework. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts