• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Monday, March 20, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

DATO DZULKIFLI DITUNTUT JELASKAN ISU INTEGRITI DAN TADBIR URUS FGV

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
January 27, 2022
in Ulasan, Utama
0
DATO DZULKIFLI DITUNTUT JELASKAN ISU INTEGRITI DAN TADBIR URUS FGV
252
SHARES
2.8k
VIEWS

SURAT PEMBACA | Desas-desus mengenai tindak-tanduk Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Dato Dzulkifli Wahab mencabuli tadbir urus korporat, mencetuskan persoalan besar.

Memandangkan isu ini adalah serius dan FGV merupakan syarikat milik kerajaan yang disenaraikan di Bursa Malaysia maka beliau perlukan memberikan penjelasan segera. Jika tidak, nafikanlah dan jika benar ia berlaku, jelaskan dengan hujah yang kuat. Ini juga bagi berlaku adil kepada Dato Dzulkifli dan mengelakkan beliau menjadi mangsa fitnah atau tohmahan.

Sebagai Pengerusi, beliau perlu responsif dan ambil tanggungjawab mengatasi isu-isu kritikal yang berbangkit demi menjaga kepentingan FGV.

PERTAMA: Adakah benar beliau melantik dua kenalan beliau semasa menjadi Pengarah Besar FELDA dan Pengerusi Felda Technoplant Sdn Bhd sebagai Ahli Lembaga FGV yang berstatus “Independent and Non-Executive”?

Mereka adalah Dato Mohd. Rafik Shah Mohammad dan Kasmuri Sukardi yang telah dilantik pada 1 Julai 2021.

KEDUA: Adakah benar, beliau juga telah melantik  Dato Mohd. Rafik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Pengerusi Jawatankuasa Pelantikan/Ganjaran?

Dalam kedua-dua jawatankuasa ini, Dato Rafik telah melantik pula Dato Dzulfikli sebagai “permanent invitee”, yang status beliau adalah sama dengan ahli jawatankuasa yang lain.

Ini bercanggah dengan Malaysia Code of Corporate Governance Suruhanjaya Sekuriti. Adalah pelik untuk melantik Dato Mohd. Rafik menerajui dua jawatankuasa yang amat penting ini sedangkan terdapat beberapa lagi Ahli Lembaga Pengarah yang berwibawa dan berkelayakan.

KETIGA: Selain itu, adakah benar Dato Dzulkifli telah melantik Dato Anas Ghazali sebagai Pengawai Perhubungan Awam (PRO), walaupun tiada keperluan mewujudkan jawatan itu? Dato Anas dikatakan tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi dan tidak bersesuaian dengan peranan tersebut. Dato Anas pernah menjadi pegawai khas kepada Dato Dzulkifli semasa beliau memegang jawatan Pengerusi Felda Technoplant pada tahun 2015.

KEEMPAT: Adakah benar Dato Anas melalui mandat daripada Dato Dzulkifli, terlibat mencampuri urusan operasi FGV termasuk mengarahkan pemberhentian beberapa pegawai kanan pengurusan yang mempunyai merit?

KELIMA: Adakah benar Dato Dzulkifli (bukan Pengerusi Eksekutif) memainkan peranan eksekutif secara langsung mahupun tidak langsung? Antaranya campur tangan dalam soal operasi seperti menentukan status kontrak kerja sesetengah pekerja FGV, pembelian jentera, trading/ jualan minyak sawit. Juga benarkah beliau terlibat berdampingan dengan kontraktor-kontraktor yang berkepentingan dengan FGV? 

KEENAM: Sekiranya benar berlaku gejala-gejala tersebut, kita ingin tahu adakah pihak pengurusan ‘tunduk’ terhadap pencabulan dan pelanggaran tadbir urus oleh Pengerusi dan beberapa lembaga pengarahnya?

Sejauh mana pihak pengurusan termasuk setiausaha syarikat bertindak memberikan pandangan dan teguran sebenar tanpa ragu dan takut kepada Pengerusi?

KETUJUH: Adakah benar Lembaga Pengarah tidak menerima cadangan untuk melantik wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi memantau hal ehwal perjalanan tadbir urus FGV? Ia adalah sebahagian daripada langkah bagi mendokong amalan integriti dan mencegah rasuah serta salah guna kuasa.

KELAPAN: Adakah Dato Dzulkifli masih dibuai sentimen dan gaya pengurusan lama di Felda dengan mahukan kuasa penuh? Beliau harus faham bahawa urus tadbir Felda dan FGV amat berbeza. FGV lebih ketat dalam kawal selia, audit dan ketelusan serta integriti ke arah pengurusan yang efektif. Akhirnya yang penting adalah melaksanakan amanah dan profesionalisme pada tahap tertinggi demi kepentingan FGV secara keseluruhan.

Dalam hal ini, menjadi harapan rakyat agar Dato Dzulkifli menjadi teladan yang baik dan Pengerusi yang boleh dipercayai serta dibanggakan oleh FGV. Kegagalan untuk mematuhi tadbir urus yang baik akan menjejaskan kredibiliti Dato Dzulkli selain beliau akan turut dilihat sebagai liabiliti kepada kerajaan, FGV dan Felda.

Apapun selain menuntut penjelasan daripada Dato Dzulkifli dan Lembaga Pengarah, diharap SPRM, Suruhanjaya Sekuriti dan Pengerusi Felda, Dato Seri Idris Jusoh dapat melihat isu-isu pencabulan tadbir urus dan integriti ini.

Pemerhati FGV

Kuala Lumpur

Tags: Dzulkifli WahabFELDAFGV
Previous Post

BERSATU CADANG WUJUD GRJ BERSAMA DAP-PH, APA KATA PAS?

Next Post

PUTRA KECAM MAJIKAN BUKAN ISLAM SEKAT PEKERJA ISLAM BERSOLAT

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

SURAT TERBUKA KEPADA AWANG ADEK

SURAT TERBUKA KEPADA AWANG ADEK

June 13, 2022
KEMELUT FGV: BERI DATO DZULKIFLI PELUANG 

KEMELUT FGV: BERI DATO DZULKIFLI PELUANG 

February 27, 2022
ISU INTEGRITI FGV: DATO DZULKIFLI PERLU JAWAB

ISU INTEGRITI FGV: DATO DZULKIFLI PERLU JAWAB

February 27, 2022
FELDA DIGESA HENTI ‘GUNA’ PENGURUS FELDA UNTUK DESAK PENEROKA JUAL SAHAM FGV

FELDA DIGESA HENTI ‘GUNA’ PENGURUS FELDA UNTUK DESAK PENEROKA JUAL SAHAM FGV

January 29, 2021
PENJELASAN SHAHRIR SAMAD MENGENAI KEUPAYAAN FELDA BERHUTANG

PENJELASAN SHAHRIR SAMAD MENGENAI KEUPAYAAN FELDA BERHUTANG

December 28, 2020
USAHA FELDA MENGAMBIL SEMULA FGV DI ZAMAN BARISAN NASIONAL – SHAHRIR SAMAD

USAHA FELDA MENGAMBIL SEMULA FGV DI ZAMAN BARISAN NASIONAL – SHAHRIR SAMAD

December 11, 2020

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In