CALON MENTERI BESAR PH KECUNDANG DI DUN LAYANG-LAYANG

349
SHARES
2.1k
VIEWS

Calon Menteri Besar Pakatan Harapan Dr. Maszlee Malik kecundang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-layang apabila tewas kepada calon UMNO-Barisan Nasional, Abd Mutalip Abd Rahim dengan majoriti 3,016 undi. Sungguhpun begitu Maszlee berkata beliau reda dengan kekalahan tersebut dan bersyukur kerana masih kekal sebagai Ahli Parlimen Simpang Renggam.

Pakatan Harapan hanya memperoleh kemenangan di 11 DUN berbanding 36 kerusi berjaya dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sebelum ini yang menunjukkan bukti jelas penolakan rakyat terhadap Pakatan Harapan termasuk Bersatu yang kini berada dalam Perikatan Nasional.

Rakyat dalam kalangan pengundi-pengundi Pakatan Harapan terutamanya yang menggunakan Tol Simpang Renggam berasa terkilan kerana setelah menang di PRU-14 lepas, janji memansuhkan tol di sana gagal ditunaikan. Rakyat tidak kisahpun jika tol tidak dimansuhkan asalkan mempunyai alasan yang kukuh tetapi bukan dengan nada ‘menganjing’ Tun Mahathir iaitu “Manifesto bukan kitab suci”.

Sebagai rekod, Maszlee yang begitu baik dengan Tun Mahathir sebelum ini dan sering memuji beliau ketika bersama dalam Bersatu, bertanding menggunakan tiket PKR. Parti Pejuang milik Tun Mahathir pula gagal memenangi sebarang kerusi pada PRN kali ini berbanding MUDA yang juga berasal daripada Bersatu, berjaya menang selesa di DUN Puteri Wangsa dengan majoriti 7,114 undi. Pejuang wajar malu kepada parti yang baru ditubuhkan tersebut kerana mereka mempunyai dana dan sumber yang jauh lebih besar dan mungkin merupakan parti terkaya di negara ini dan mungkin juga di Asia. 

Selain itu, parti PAS juga wajar malu kepada MUDA kerana selaku parti jauh lebih lama dan berpengalaman, dibarisi oleh golongan agamawan dan profesional, mereka hanya berjaya menang satu kerusi di DUN Maharani. Kenyataan Haji Hadi yang menjadi liabiliti besar buat PAS apabila menyindir rakyat Johor sebagai “kurang kesedaran dalam politik Islam” akhirnya dibalas dengan kekalahan memalukan di PRN Johor. 

Justeru, semoga Maszlee Malik dan calon-calon lain yang kalah di PRN Johor termasuk PAS dapat berlapang dada, muhasabah diri dan lakukan ‘post-mortem‘ segera bagi mengenal pasti punca utama kenapa Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional ditolak rakyat yang muak dengan janji-janji kosong dan mahukan kerajaan yang stabil.

Apapun tahniah Bangsa Johor yang bijak memilih UMNO-Barisan Nasional. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts