SEMUA SEKUTU SETUJU UKRAINE SERTAI NATO

69
SHARES
222
VIEWS

Semua sekutu NATO telah bersetuju negara jiran Rusia iaitu Ukraine wajar dibenarkan menjadi ahli sekutu itu, menurut Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg pada Jumaat lepas, seperti dilaporkan Sputniknews. 

Saya berkata di Kiev semalam [Khamis] bahawa masa depan Ukraine adalah dalam sekutu Euro Atlantik dan semua sekutu NATO telah bersetuju bahawa Ukraine akan menjadi ahli NATO,” kata Stoltenberg menjelang mesyuarat Kumpulan Hubungan Pertahanan Ukraine di Pangkalan Udara Ramstein milik Amerika Syarikat di Jerman.

Khamis lepas, Stoltenberg berkata semasa lawatan ke Kiev, sekutu mereka komited untuk menghantar lebih banyak jet, kereta kebal dan kenderaan berperisai ke Ukraine bagi membantu negara tersebut.

Seperti (bantuan) jet, pihak sekutu juga telah berikan, di mana Poland sendiri telah menghantar MiG-29. Terdapat perbincangan berterusan mengenai jenis jet yang lain,” tambah Stoltenberg.

Sebagai rekod, beliau menganggarkan bantuan ketenteraan NATO ke Ukraine sudah, melebihi $165 bilion sejak Februari 2022, ketika bermulanya operasi ketenteraan khas Rusia ke atas negara tersebut.

Semasa lawatan itu, Stoltenberg turut mengulangi pendirian bahawa sememangnya tempat Ukraine ialah di dalam NATO, tanpa memberikan garish masa tertentu untuk penyertaannya.

Beliau juga memberi jaminan kepada Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky bahawa mereka sentiasa bersama Ukraine untuk jangka masa panjang demi membantunya beralih kepada piawaian NATO dan memastikan kesalingoperasian sepenuhnya dengan pihak sekutu.

Pada September lepas, Zelensky mengumumkan Ukraine telah memohon untuk menyertai NATO dengan harapan ia bakal diterima masuk dengan kadar segera.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, Moscow sedang memantau perkembangan tersebut dengan teliti dan mengingatkan orientasi Kiev terhadap NATO menjadi salah satu sebab Rusia memulakan operasi ketenteraan Rusia di Ukraine pada Februari 2022 lepas. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts