ISU KALIMAH ALLAH: DASAR SEDIA ADA KEKAL, JUNJUNG TITAH YDP AGONG – PM

349
SHARES
2.1k
VIEWS

Kerajaan hari ini membuat keputusan mengekalkan dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, jemaah menteri menghormati, memperakui, dan menerima pakai ketetapan Enakmen Negeri-negeri dan titah Yang DiPertuan Agong pada 7 Februari lalu yang menggesa dasar sedia ada mengenai penggunaan kalimah Allah dikekalkan.

Jemaah menteri mengambil maklum bahawa keputusan yang dibuat hanya berkisar soal pentadbiran dan tidak merubah ketetapan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2014.

Bagi menyelesaikan isu ini secara menyeluruh dan bersepadu, Jemaah Menteri pada hari ini telah mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong untuk mempersembahkan cadangan-cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah kepada Majlis Raja-Raja dan pada masa yang sama memperkukuh perpaduan dan keharmonian di antara kaum dan agama di Malaysia,” tambah Anwar.

Justeru, seperti yang dimaklumkan oleh kerajaan hari ini yang komited menjunjung tinggi titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, semoga tiada lagi mana-mana pihak berani mencabar kesucian agama Islam.

Jika selepas ini ada lagi yang mempolemikkan kalimah Allah, melarang laungan azan di masjid atau surau serta memperlekeh amalan Islam yang lain, perlu serta dikenakan tindakan yang tegas bagi memelihara kesucian agama Islam. 

Daulat Tuanku! 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts