• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Tuesday, September 26, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

PRN 6 NEGERI: PAS MELEMAH TANPA DANA BERSATU?

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
May 30, 2023
in Laporan, Utama
0
PRN 6 NEGERI: PAS MELEMAH TANPA DANA BERSATU?
19
SHARES
206
VIEWS

Keributan dalam kem Perikatan Nasional terutamanya antara PAS dan Bersatu dilihat semakin parah apabila masing-masing berdepan kekangan kewangan kerana pelbagai akaun Bersatu dibekukan. Cara yang sama dilakukan oleh Bersatu terhadap UMNO-Barisan Nasional sebelum ini, namun apabila terkena atas batang hidung sendiri baru mahu menjerit bertanya mana keadilan, mana ketelusan.

Sungguhpun begitu, situasi terkini Perikatan Nasional ini bakal memberi kesan teruk buat mereka terutamanya PAS yang sememangnya bergantung harap kepada dana besar Bersatu. Ada juga maklumat mengatakan Perikatan Nasional sempat menyalurkan sebahagian besar dana ini keluar untuk digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di 6 negeri kelak tetapi berhati-hati kerana khuatir perbelanjaan besar dan mewah seperti di PRU-15 lepas dapat dihidu kembali oleh pihak berkuasa. 

Kesan besar yang dirasai PAS ini bakal menyukarkan Perikatan Nasional berdepan dengan PRN kelak kerana bagi PAS, tiada wang maka tiadalah jentera. Tetapi malangmya jenis tarbiah PAS rupa-rupanya, “Wallahi, saya undi PAS” dan duit dihulurkan.

Ini tidak menghairankan kerana PAS ini bukanlah agama, hanya parti politik seperti parti-parti lain. Maka tentu khidmat kepada PAS hanya bererti khidmat kepada parti, sama sahaja seperti ahli DAP mencurahkan khidmat kepada partinya. Tanpa duit dihulur, apapun tidak akan mampu dijayakan. Maka sampai bila-bilapun masalah tidak akan dapat diselesaikan selagi dana dan duit menjadi keutamaan. 

Justeru, PAS melemah tanpa wang ringgit, PAS gagal dengan ujian ‘takhta’ dan ‘harta’, iaitu kalah dengan tawaran jawatan dan habuan dana besar Bersatu sehingga sanggup menggadaikan maruahnya sendiri. UMNO dan Muafakat Nasional ditinggalkan semasa sukar, walaupun sebelum itu PAS menangis kononnya demi perpaduan ummah.

Mungkin kerana itulah orang tua-tua sudah berpesan, jika mahu mengenal siapa rakan sejati, nilaikan ketika kita susah – dan sudah terbukti pemimpin-pemimpin PAS bukanlah orangnya.

Persoalannya, PAS mahu ‘himpit’ dan ‘kikis’ siapa pula selepas ini? 

Tags: Dana PolitikPASPerikatan NasionalPRN 6 NegeriScheme of Thing
Previous Post

PAS ‘GOLD DIGGER’ BAKAL TINGGALKAN BERSATU, PN?

Next Post

YAKIN KUASAI 4 NEGERI, PAS KINI MAHU JAWATAN MB SELANGOR

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

ALLAH ITU ALAM GHAIB? – DR. RAMALAN YUNUS

ALLAH ITU ALAM GHAIB? – DR. RAMALAN YUNUS

August 24, 2023
ZAHID, PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO PERLU TERLIHAT MEMBELA NAJIB

ZAHID, PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO PERLU TERLIHAT MEMBELA NAJIB

August 23, 2023
TEGURAN DARI ISTANA – DR. RAMALAN YUNUS

TEGURAN DARI ISTANA – DR. RAMALAN YUNUS

August 23, 2023
A GREAT LEADER IS A GREAT FOLLOWER – DR. RAMALAN YUNUS 

A GREAT LEADER IS A GREAT FOLLOWER – DR. RAMALAN YUNUS 

August 20, 2023
ANTARA PAS DAN ISLAM – DR. RAMALAN YUNUS

ANTARA PAS DAN ISLAM – DR. RAMALAN YUNUS

August 19, 2023
FORMULA KEJAYAAN PAS DAN DAP – DR. RAMALAN YUNUS 

FORMULA KEJAYAAN PAS DAN DAP – DR. RAMALAN YUNUS 

August 16, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In